Kebelakangan ini parti pembangkang dilihat begitu aktif mengadakan ceramah di merata tempat di negeri ini telah menimbulkan persoalan apakah pula langkah yang akan dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional.
Menteri Besar memberitahu Barisan Nasional (BN) membuat sesuatu bukan mengikut rentak parti pembangkang kerana BN mempunyai cara juga strategi sendiri dalam aspek memenangi hati rakyat iaitu dengan mengutamakan perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
BN sentiasa mendekati rakyat dengan mengambil tahu hal – ehwal serta menyelesaikan masalah mereka dan konsep sesi mendengar ini sentiasa berterusan sebagai bukti BN sentiasa membela rakyat seterusnya memberi keyakinan kepada perjuangan BN selama ini.
Ujar, “ Parti pembangkang boleh buat apa saja tetapi telah tenyata semua tidak betul, semua yang mereka cakap hanya pembohongan serta fitnah yang cuma mahu mngelirukan rakyat”.
Menteri Besar, Dato Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan memberikan ulasan terhadap isu ini ketika ditanya pemberita di sidang media di Wisma Negeri, tengah hari tadi.
Sumber : http://n9kini.com/?p=40726
No comments:
Post a Comment