Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 1 June 2011

Jalur lebar : ‘Kampung Tanpa Wayar’ kurangkan jurang digital

REMBAU : 30 Mei – Menjadi agenda Kerajaan Negeri Sembilan untuk mencapai kadar penembusan jalur lebar sampai secara menyeluruh kesemua kawasan.

Segala usaha sedang dilaksanakan bagi mengurangkan kadar jurang digital antara kawasan bandar juga kawasan luar bandar seterusnya memberi kemudahan kepada seluruh rakyat.

‘Majlis Penyampaian Komputer Riba 1 Malaysia’ oleh Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan telah berlangsung di Dewan Seri Rembau, petang tadi.
Di Negeri Sembilan, sebanyak 16,494 unit  komputer riba akan diserahkan kepada semua daerah dan Rembau menjadi daerah pertama menerima 2600 unit komputer hari ini.

Lapan buah kampong sekitar daerah Rembau pula akan mendapat kemudahan  penembusan jalur lebar ‘ Kampung Tanpa Wayar ‘ bagi ekses internet dengan 113 buah kampung disasarkan di seluruh Negeri Sembilan akan mendapat kemudahan yang sama secara berperingkat.

Kementerian Pelajaran Malaysia bertidak sebagai badan yang memilih para pelajar yang layak menerima  ‘Komputer Riba 1 Malaysia’ ini manakala setiap Parlimen Barisan Nasional  bertindak mengagihkan kepada pelajar tersebut.

Menteri Besar menjelaskan bahawa sememangnya Kerajaan Negeri Sembilan memberi fokus serta keutamaan kepada prasarana penembusan jalur lebar ini agar sampai kesemua kawasan yang berpenduduk khasnya, serta juga  semua kawasan pelancongan .

Katanya, “ pada penghujung tahun lalu kadar penembusan jalur lebar di Negeri Sembilan mencapai 69 % dan sekarang  meningkat 72 %  manakala sasaran 75 % penembusan jalur lebar dijangka tercapai menjelang tahun 2013, menjadikan Negeri Sembilan di tempat kedua dalam Negara dalam kadar kejayaan penembusan jalur lebar".

Di sidang media, Menteri Besar amat berpuas hati serta menyatakan terima kasih bagi pihak  kerajaan negeri terhadap sokongan serta perhatian yang diberikan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang prihatin menjayakan program yang sangat bermanafaat ini.

Kerajaan Negeri akan terus mempertingkatkan serta memperluaskan kadar penembusan jalur lebar ini bagi memastikan ianya sampai kepada semua pengguna seterusnya akan membantu mereka mendapatkan info dan ilmu seterusnya hasrat mensejahterakan rakyat akan berjaya.

Hadir sama, YB Tuan Haji Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau merangikap Ketua Pemuda Malaysia.







 sumber : http://n9kini.com/?p=40473

No comments:

Post a Comment