Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 7 June 2012

RM 3 BILLION ANWAR BAKAL DIHADAPKAN KE MAHKAMAH MALAYSIA, PERANCIS, BATAM, MEDAN DAN BETONG


Anwar Ibrahim semasa berucap di perhimpunan “ Black 14 “ yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini sempena menyambut hari “ tamat edah “ beliau yang membolehkannya bergiat semula di arena politik tanah air ada menyebut supaya satu suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat Tun Dr.Mahathir Mohammad. Seolah-olah beliau menunggu saat-saat itu untuk melepaskan dendam kesumatnya terhadap Tun Dr.Mahathir Mohammad.

Apabila mendengar kata-kata Anwar, teringat kembali ketika Anwar Ibrahim masih di zaman pelajar. Rakyat mungkin sudah lupa yang Anwar Ibrahim pernah bersumpah untuk menjahanamkan pimpinan Dr.Mahathir di depan Allahyarham Haji Sulaiman Palestin kerana ditahan ISA sewaktu Dr.Mahathir menjadi Menteri Pelajaran. Semasa menjadi pemimpin ABIM dan pelajar, Anwar lantang mengecam dan mengutuk habis-habisan UMNO dan para pemimpinnya sepertimana yang masih dilakukannya sekarang tetapi tidak lama kemudiannya menjelir lidahnya kelangit.

Sewaktu Anwar menjadi pemimpin ABIM dulu, prinsip agama Islam dijadikan asas perjuangannya untuk mencapai matlamat dalam politik. Setelah menyertai UMNO, semua prinsip dan perjuangan Islam hanya sebagai topeng saja sedangkan perjuangan sebenarnya adalah sebaliknya. Itulah Anwar Bin Ibrahim dengan dendam kesumatnya terhadap Tun Dr.Mahathir sejak dulu,kini dan selamanya.

Adakah ini peluang terbaik Anwar untuk mengeluarkan segala tomahan agar Tun Mahathir dapat diheretkan ke mahkamah sepertimana yang dilakukan didalam kes Linggam sekarang. Tetapi bagaimana pula dengan kes Anwar sendiri. Bagaimana dengan pengakuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan bahawa Anwar Ibrahim mengawal berpuluh akaun induk berjumlah berbilion ringgit semasa menjadi Menteri Kewangan. Jika dilihat kepada isi pengakuan bersumpah itu, ianya bukanlah mudah untuk direka-reka.

Didalam akuannya, Abdul Murad turut menyatakan nama beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan urusan dana berkenaan. Sebagaimana yang dinyatakan didalam akuan bersumpahnya, beliau menyelesaikan masalah individu tertentu setelah mendapat arahan Anwar menggunakan dana berkenaan. Risiko pendedahan Abdul Murad adalah besar jika beliau sendiri mereka-reka dakwaan berkenaan. Dakwaan Abdul Murad mungkin boleh dianggap berasas manakala penafian individu terbabit pula tidak boleh diketepikan begitu saja. Hanya penyiasatan rapi sahaja yang dapat menentukan segala-galanya.

Begitu juga, disebabkan kedudukan Abdul Murad di Bank Negara Malaysia sebelum ini begitu penting dan beratnya dakwaan yang dibuatnya itu, BPR tidak boleh menunggu masa yang terlalu lama untuk menjalankan siasatan. Tambahan pula, maklumat yang diberikannya itu adalah dalam bentuk akuan bersumpah. Sebagaimana dijelaskan oleh Ketua Pengarah BPR pada masa itu, Datuk Ahmad Zaki Husin, hampir setiap perenggan dalam akuan bersumpah itu adalah maklumat mengenai rasuah. Dalam sesuatu akuan bersumpah, setiap dakwaan perlu dibuat dengan rasa penuh tanggungjawab. Oleh itu, pengakuannya itu perlu ditangani segera.

Berhubung dakwaan Abdul Murad itu, BPR sudah pun membuat laporan polis dan dengan ini, siasatan dianggap sudah bermula. Abdul Murad pastinya orang pertama yang akan mempertahankan pengakuannya. Pengakuannya akan lebih jelas jika beliau dapat mengemukakan bukti, umpamanya segala dokumen berhubung urusan dengan bank terbabit. Mereka yang disabitkan dengan tuduhan itu juga seharusnya memberi kerjasama untuk memudahkan tugas BPR.

Satu perkara yang agak jelas Abdul Murad dan Anwar mempunyai hubungan yang rapat, sekurang-kurangnya ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan yang sering berurusan dengan Bank Negara di mana Abdul Murad bertugas. Abdul Murad sudah pun menyatakan beliau diperalatkan. Apa pun, rakyat seharusnya menunggu keputusan siasatan tanpa perlu membuat andaian sendiri.

Yang menjadi persoalan sekarang mengapa kes ini sepi membisu. Mengapa tiada kedengaran susulan cerita mengenainya. Adakah kes ini sudah ditutup atau masih lagi didalam siasatan polis dan BPR? Rakyat ingin mengetahui tentang hasil siasatan kes tersebut. Anwar Ibrahim memang bijak dalam mencari kesalahan orang lain tetapi pada masa yang sama beliau sendiri yang melakukannya. Adakah Anwar Ibrahim terlalu suci dan bersih dan tiada cacat cela sehingga sanggup memalukan sesiapa sahaja yang didendaminya. Adakah satu lagi Suruhanjaya perlu ditubuhkan untuk menyiasat kes Anwar Ibrahim ini? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

No comments:

Post a Comment