Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 8 February 2012

RM14 Juta untuk pampasan. Banyak tu

Kerajaan Pulau Pinang perlu memberi penjelasan kepada rakyat berhubung pemberian wang sebanyak RM14 juta dalam isu tanah Tan Hak Ju kerana ia melibatkan wang rakyat.
 
Menurut pensyarah Kuliah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr. Zulfakar Ramlee, jumlah tersebut amat besar sebagai pampasan daripada sebuah kerajaan yang memerintah.

''Jika pampasan itu daripada pihak swasta ia mungkin tidak perlu dipertikaikan tetapi kalau daripada kerajaan negeri ini sesuatu yang perlu diperjelaskan,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kata beliau, rakyat Pulau Pinang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disaran untuk memantau isu berkenaan bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan.

''Kita kena lihat atas dasar apa kerajaan negeri boleh mengeluarkan wang sebegitu banyak sebagai pampasan,'' katanya.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Teng Hock Nan yang menyifatkan tindakan kerajaan negeri itu sebagai 'pelik' kerana ia masih dalam perbicaraan di Mahkamah Rayuan.

''Kalau kes itu masih di peringkat rayuan oleh mana-mana pihak maka, tindakan kerajaan negeri itu seolah-olah memperlekehkan fungsi mahkamah,''

No comments:

Post a Comment