Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 22 February 2012

Pas sepatutnya tolak kepimpinan Anwar

Pas sepatutnya menolak kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat kerana pendirian Ketua Pembangkang itu jelas menyimpang daripada prinsip parti itu berhubung perjuangan rakyat Palestin dan rejim Tel Aviv, kata bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.

"Pas seharusnya membuat pendirian tegas menolak kepimpinan Anwar dan menolak Pakatan Rakyat. Malangnya, kita melihat ada pula sesetengah pimpinan Pas menyatakan bahawa dalam Pakatan Rakyat perlu ada perbezaan pandangan.

"Apakah ini perbezaan pandangan yang hendak dipertahankan oleh Pas? Ini bukan perbezaan pandangan biasa. Ini satu kesalahan yang amat berat, satu pelanggaran terhadap akidah Islamiah terhadap soal benteng iman seorang Islam bila mana menyatakan sokongan dalam bentuk apa pun kepada negara haram Israel,”

Semalam, Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata, Menteri Besar Kelantan Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memahami penjelasan beliau berhubung kenyataannya yang menyokong keselamatan Israel seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ).

Sebaliknya, hari ini Nik Aziz dalam kenyataannya berkata, Pas tetap tidak mengiktiraf “negara haram” Israel.

No comments:

Post a Comment