Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 19 December 2011

Panas!! Tun M Cabar Anwar Sumpah Laknat

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tunjukkan surat yang ditulis beliau kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Dr Mahathir berkata beliau adalah orang yang menolak pinjaman daripada Bank Dunia pada masa itu tetapi, sekiranya apa yang didakwa oleh Anwar itu benar, sila tunjukkan surat itu.
“Saya tahu kalau kita terima pinjaman daripada Bank Dunia, kita akan menjadi hamba kepada mereka yang tolong kita dan disebabkan itu kita tidak berbuat demikian.

“Kalau apa yang dikatakan oleh Anwar itu benar, saya cabar dia bersumpah laknat di Masjid dengan al-Quran. Saya sanggup berbuat demikian sekiranya diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Multaqa Wehdatul Ummah ke tiga di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah berita online (Malaysiakini) hari ini, yang melaporkan bahawa Anwar telah membuat dakwaan mengejutkan terhadap ‘bekas mentornya’ Dr Mahathir bahawa bekas perdana menteri itu pernah menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata Anwar terkenal sebagai orang yang memperkenalkan cara-cara Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada masa itu.

“Saya biasa cakap kepada dia (Anwar), kalau kita buat pinjaman kepada bank dunia, kita tidak akan ada gaji yang cukup untuk bayar kepada pegawai-pegawai kita. Tetapi dia telah ikut cara-cara bank dunia sampai rosak fikirannya,” katanya.

Sementara itu, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang turut bersama berkata beliau boleh menjadi saksi bahawa Dr Mahathir adalah orang yang menolak pertolongan bank dunia dan apa yang didakwa oleh Anwar itu tidak benar.

Nor Mohamed yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata beliau masih ingat ada satu ketika wakil daripada bank dunia dan IMF telah datang untuk mencari Dr Mahathir untuk membincang tentang cara untuk elakkan krisis pada 1999.

“Wakil bank dunia itu telah mencadangkan kepada Dr Mahathir untuk menambah kadar faedah rumah, kerajaan pula tidak boleh belanja dan bank negara harus tarik balik semua pinjaman untuk elakkan krisis ekonomi.

“Namun Dr Mahathir memberitahu mereka bahawa cadangan itu akan membawa kepada ‘bloods in the street’ dan mereka berkata ‘let it be bloods in the streets’ tetapi cadangan itu telah dibantah keras oleh Dr Mahathir yang kemudiannya menghalau wakil bank dunia itu keluar dari pejabatnya pada ketika itu,”

No comments:

Post a Comment