Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 20 November 2011

Usah Politikkan, Manipulasi Bantuan RM100 Setiap Pelajar


Pemberian bantuan tunai RM100 bagi setiap murid menerusi Bajet 2012 tiada motif politik, sebaliknya ia bermatlamat meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan pembelajaran kepada anak-anak.


Bantuan berkenaan diberi kepada semua murid yang layak tanpa mengira kedudukan dan kepercayaan politik ibu bapa mereka. 


Justeru, kita berharap agar wang bantuan ini digunakan dengan sebaik-baiknya untuk persekolahan dan tujuan pembelajaran bagi meringankan beban.


Dalam Bajet 2012 yang dibentangkan bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.


Langkah itu bagi meringankan beban perbelanjaan persekolahan dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 5.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan RM530 juta.

No comments:

Post a Comment