Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 13 June 2011

DUN Pilah Ukuran Sokongan Bangsa Cina Kepada BN.

YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan menjelaskan bahawa beliau dan beberapa Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri telah melakukan simulasi keputusan pilihanraya. Menurutnya, BN perlu bekerja keras di DUN Pilah. Disamping mengekalkan prestasi di 4 DUN yang kebanyakannya pengundi Melayu.

Barisan Nasional memerlukan 20% undi bangsa Cina manakala 80% undi  bangsa Melayu sekiranya hendak mengekalkan DUN Pilah. Seperti yang diketahui bahawa pengundi Cina adalah bersifat tekad dan nekad kerana mereka memiliki kelebihan ‘dominant power’.

Manakala, BN memerlukan 50% undi dari bangsa India bagi menentukan kemenangan.

Merujuk kepada laporan SPR pula, di Malaysia sebanyak 2.3 juta pengundi atas 21 tahun tidak berdaftar. Daripada jumlah itu, 1.7 juta adalah orang Melayu. Di Negeri Sembilan sebanyak 115000 masih belum daftar pemilih. Amat merunsingkan 90% daripadanya ialah orang Melayu. Usaha daftar pemilih ini perlu dipergiatkan agar kita tidak tewas sebelum bertanding.

“Daripada keputusan penyelidikan pula, sebanyak 73% sokongan rakyat kepada kerajaan adalah tidak berbelah bahagi. Namun apabila disentuh berkaitan parti, BN hanya memenangi 56% sokongan sahaja. Perkara ini perlu diambil berat dan punca yang berlaku perlu dicari.” Tegasnya lagi.

Dato Seri' Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan juga menyeru agar ahli-ahli parti mengenepikan agenda pribadi, tidak berpuak-puak dan fokus kepada agenda memenangi PRU ke 13 untuk BN kekal memerintah.

Sudah sampai masanya Bilik Gerakan diwujudkan dan kajian sikap dikemaskinikan kerana PRU ke 13 semakin hampir.

Oleh yang demikian, Program Berfokus dan Bersepadu adalah sangat perlu sekali. Negeri Sembilan tiada pilihan lain iaitu perlunya mempertahankan kerusi yang ada. Dalam masa yang sama perlu mengambil semula kerusi yang kalah dalam PRU 12.


 Sumber : http://ciliapibloggers.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment