Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 16 May 2011

UMNO perlu mempertahankan parti serta berjuang membela maruah Bangsa, Agama dan Negara



SEREMBAN : 16 Mei – Perhubungan UMNO Negeri Sembilan bersama UMNO Bahagian Seremban menganjurkan perjumpaan santai di Medan Selera Penghulu Chantek, petang tadi.

Majlis santai ini bertujuan mengeratkan hubungan silatulrahim yang terjalin sambil bertukar pandangan serta menyelesaikan masalah yang ada demi kepentingan bersama.

Menteri Besar hadir dan memberitahu, sememangnya perjumpaan ini dirancang untuk bertemu dengan kepimpinan UMNO di semua Bahagian sebelum mereka mengadakan Mesyuarat Agung .

Mesyuarat Agung adalah tanggung jawab yang mesti di laksanakan dan semua ahli mesti mengikut serta menyokong Ketua Bahagian yang telah mereka pilih, juga sentiasa mengutamakan kepentingan parti demi menjamin kelancaran perancangan yang akan disusun .

Semua pihak mesti bersatu menjamin kekuatan UMNO juga bekerja kuat supaya kemenangan dalam pilihan raya akan datang tercapai seterusnya UMNO akan kekal menerajui Kerajaan.

Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan berharap semua masalah yang telah lepas dijadikan panduan, kini masanya untuk memandang ke hadapan memikirkan langkah seterusnya untuk menjadikan UMNO Negeri Sembilan semakin mantap serta diterima rakyat.

Ujarnya, “yang paling penting adalah mempertahankan parti serta berjuang membela maruah Bangsa, Agama dan Negara”.

Menteri Besar berharap kepimpinan UMNO Bahagian Seremban di bawah Ketuanya Dato’ Haji Ishak Ismail akan berjaya mengukuhkan kekuatan parti dan akan menjadi contoh kepada Bahagian yang lain.

Biarpun tarikh pilihan raya belum pasti, namun semua ahli dan jentera parti mesti sentiasa bersedia menjalankan semua agenda parti.

Menyentuh isu masih ramai pengundi yang telah layak namun masih belum mendaftar, Menteri Besar menjelaskan daripada 115,000 yang belum berdaftar di Negeri Sembilan, 17,000 adalah ahli UMNO sendiri , maka tugas akan dilakukan untuk memastikan ahli ini mendaftar seterusnya barulah yang diluar.

Hadir sama, Dato’ Hasim Rusdi, Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Sembilan dan Kepimpinan UMNO Cawangan.

No comments:

Post a Comment