Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 31 May 2012

'AKTA KETERANGAN' AKTA YANG AKAN DIKUATKUASAKAN 1JUN 2012,?! BLOGGERS, FACEBOOKERS DLL WAJIB BACA

Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.

Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.

Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.


Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya: Read More...

Nik Aziz Minum Air Pakai Penapis Mahal, Rakyat Kelantan Pakai Air Perigi Jer

Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai Talian Hayat Terakhir PAS?

Mulanya kerajaan PAS Kelantan terutama sekali Husam Musa menjangkakan pengumumannya untuk membina lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (KB-KK) pada Ogos 2011 lepas dapat dimanipulasikan sepenuhnya dalam PRU 13 yang diramalkan akan berlangsung pada November 2011.

Perkiraan PAS Kelantan cukup mudah, peristiwa menang nyawa-nyawa ikan di PRK Manek Urai (Julai 2009) dengan kelebihan hanya 65 undi serta kekalahan PAS di kerusi DUN Galas (Okt 2010) dengan majoriti lebih 1,000 undi menyedarkan PAS dari lamunan panjang.

Kekuatannya dikalangan pengundi dalam negeri semakin merosot manakala sokongan pengundi luar pula kian merudum. Disebabkan itu apabila ramai pemerhati meramalkan pilihanraya bakal berlangsung dalam bulan November 2011, PAS mengambil langkah segera mengumumkan pembinaan lebuhraya tersebut pada Ogos 2011.

Dengan langkah tersebut PAS percaya akan mampu menarik kembali sokongan majoriti pengundi luar sekiranya projek tersebut dapat dimanipulasikan sepanjang kempen pilihanraya sekaligus dapat menampung kemerosotan sokongan dari kalangan pengundi dalam negeri.

Tanpa sokongan besar pengundi Kelantan yang berada di luar negeri agak sukar untuk PAS meneruskan hayat pemerintahannya di negeri tersebut tatkala asakan gelombang merah semakin kuat merobek kekuatan PAS di Kelantan.

Soal pembinaan lebuhraya tersebut mampu direalisasikan atau sebaliknya, bukan persoalan penting kerana baik Husam mahupun kerajaan PAS Kelantan mereka tahu pembinaan jalan baru menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai sememangnya akan direalisasikan juga oleh Kerajaan Pusat sebagaimana termaktub dalam perancangan Central Spine Expressway.

Bagaimanapun hasrat PAS untuk mengabui mata umum gagal dengan kehendak Allah s.w.t apabila pilihanraya umum tidakpun berlangsung dalam bulan November 2011. Berikutan itu selama beberapa bulan isu pembinaan lebuhraya KB-KK tenggelam begitu sahaja.

Apabila khabar angin pilihanraya umum kembali bertiup kencang pada awal tahun 2012 yang menjangkakan pada bulan Jun 2012 parlimen akan dibubarkan, PAS melalui Husam Musa sekali lagi tampil dengan idea pembinaan lebuhraya tersebut.

Setelah PAS pasti parlimen akan dibubarkan pada Jun 2012, maka mereka segera bermesyuarat menetapkan tarikh majlis pecah tanah sebagai monumen bukti penting lebuhraya tersebut benar-benar akan dilaksanakan.

Pun demikian, setelah majlis pecah tanah selesai dilaksanakan oleh Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012, keesokan harinya Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan pembentangan Belanjawan 2013 akan dilakukan pada 28 September 2012 yang menandakan pilihanraya umum hanya akan berlangsung selepas pembentangan tersebut.

Kini PAS pening kepala mencari idea untuk membuktikan projek lebuhraya tersebut tetap akan dilaksanakan juga tanpa perlu menunggu tempoh tiga empat bulan lagi sementara menanti tarikh pasti pilihanraya umum ke 13.

Melihat pada gerak tari politik PAS kita boleh menjangkakan banyak cara yang mereka akan lakukan untuk mengabui mata masyarakat bagi tujuan memanfaatkan talian hayat terakhir ini, namun di hujung sandiwara itu kelak akhirnya Kerajaan Pusat juga yang akan dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan janji politik PAS.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

DAP Pun Tidak Bebas Dari Salahguna Kuasa Dan Korupsi

HAKIKAT yang ramai orang lupa, DAP hanyalah sebuah parti politik yang sama standardnya seperti mana parti politik lain yang menjadi kawan dan lawannya di negara ini. Tujuan penubuhan ialah untuk menubuhkan kerajaan dan mempromosi agenda perjuangannya zaman berzaman. Kalau PAS berbangga dengan perjuangan Islamnya, DAP pula mempromosikan intergriti dan ketelusan serta apa-apa ayat yang boleh dikaitkan dengan itu sebagai tujuan utama penubuhannya.

Walaupun hakikat sebenarnya mereka mahu menubuhkan kerajaan dengan orang cina sebagai ketua.

Oleh yang demikian, bukanlah suatu perkara yang mengejutkan bila salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP bagi kawasan Kg Tunku dalam negeri Selangor, Lau Weng Sen baru-baru ini berbalas-balas laporan polis dengan salah seorang pembantunya berhubung jenayah penyelewengan (criminal breach of trust-CBT) membabitkan sejumlah wang.

Kisahnya pada pandangan penulis, mudah saja. Malah jumlah yang terlibat pun bukan besar mana, hanya RM 5,000. Kononnya wang ini gagal didepositkan ke dalam akaun ADUN tersebut oleh pembantunya tapi dinafikan oleh pembantu terbabit. Apa yang susah, tunjuk sajalah rekod deposit kalau benar sudah didepositkan, apa yang nak buat laporan polis apa segala?

Sudah tentu bila ada laporan polis, menunjukkan kes ini sebenarnya serius dan ada sesuatu yang cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat. Dan seperti mana persediaan untuk tindakan undang-undang yang lebih lanjut, laporan polis perlulah dibuat. Sebagai ADUN dari parti DAP yang dipenuhi peguam, Weng Sen tahu tentang itu.

Pendek kata laporan polis ini adalah untuk melindungi Weng Sen dari tuduhan lain yang mungkin dihamburkan kepadanya nanti. Bukan sesekali bermaksud dia mahu bersikap telus.

Maklumat yang penulis terima menyatakan bahawa, wang RM 5,000 ini adalah sumbangan dari sebuah syarikat pembinaan bagi 'jasa' Weng San mendapatkan satu projek dalam negeri Selangor. Sumber yang sama turut menyatakan kepada penulis bahawa jumlah yang sebenarnya adalah lebih besar lagi tapi diberi secara beransur melalui wakil Weng Sen bernama Dariff Din.

Seorang lagi pembantu Weng Sen yang terlibat dikenali sebagai Evelyn Gan, tapi wanita ini telah dipecat sejak April lepas atas tuduhan menyelewengkan wang yang sepatutnya dibayar kepada Weng Sen.

Tujuan penulis membangkitkan hal ini adalah untuk menyatakan kepada rakyat bahawa DAP tidak kebal dari penyelewengan dan salahgunakuasa. Usahlah DAP bercakap besar dan menjaja dirinya ke sana sini sebagai parti yang bebas rasuah dan penyelewengan, kalau hal yang sebenarnya mereka juga melakukan hal sama yang sering dituduh kepada UMNO (majoriti tuduhan tidak terbuktidi Mahkamah).

Mungkin jumlah yang terlibat ini adalah kecil tapi seperti yang dinyatakan, RM 5,000 itu sepatutnya masuk ke dalam akaun Weng Sen dengan sebahagian besar yang lain masuk ke dalam tabung DAP. Jenayah CBT ini bukan kira sekecil atau sebesar mana, jenayah tetap jenayah. Hari ini kecillah pasal yang terlibat pun ADUN dengan pembantu sendiri, bagaimana kalau rakyat beri peluang kepada puak-puak ini untuk memerintah negara kelak?

Sudah tentu diwaktu itu, RM 5,000 ini hanya jadi bahan gelak.

Ini sepatutnya tidak mengejutkan kerana kes kematian Teoh Beng Hock (membunuh diri), mendedahkan bagaimana amalan tidak sihat seumpama ini dilakukan DAP demi memenuhkan tabung parti tersebut. Antaranya menyediakan sumber pembiayaan bagi projek-projek kelas F yang dikhaskan semata-mata untuk golongan Bumiputera dan kemudian melahap sebahagian besar dari keuntungan projek tersebut untuk tabung parti tersebut.

Itu setakat yang terdedah, yang didiamkan berapa banyak pula?

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday 30 May 2012

Selangor Waters: Khalid's Empty Words

Many have laughed when they read Selangor Chief Minister, Tan Sri Khalid Ibrahim's suggestion in leading in water from Tasik Kenyir, Terengganu to Selangor to overcome their water crisis that might occur in 2014.
Khalid said, new pipes would be developed along with gas pipes along Banjaran Titiwangsa which connects  Terengganu and Selangor for the matter.

But he was informed that water and gas do not carry the same weight, water is a lot heavier than gas. Easy experiment, try pouring carbonated drink into a glass, what is it that gushes up and what stays down? Obviously gas would go up and water would stay down.

Thus, to implement his suggestion, Khalid would have to build a high-pressure water pump to push water from Tasik Kenyir through Banjaran Titiwangsa so that it could get to Selangor.

How much are the cost of all that? Khalid might not know any of that. But one thing for certain, this pump cannot fail or citizens of Selangor might suffer this water crisis, in a rainy season!

Why would Khalid take such hard solution when there are easier ways to get water?

What he needs to do is to continue the water drainage system project from Sungai Pahang to Selangor (Loji Langat 2) what what BN had started a while back, that is it. The project is already halfway and if it was not because of the pressure made by Khalid that caused it to stop, it might have been done a long time ago.

This showed how Khalid really is. Unlike what Pakatan Rakyat's supporters might have thought, Khalid is not as smart in everything. All he's good at is managing estate, not a problematic state.

If we are to look back, since four years ago Khalid kept on making suggestions, but nothing really happened up until today. Let's take the example of one of his suggestion, using mine waters as an alternative source of water for Selangor. Up to today, how many mines are there that could be the source for the alternative that was suggested by him?

That is one thing, another thing is, has he found the way to clean the water that is polluted with heavy metal contamination which is often related with mine works such as Boron etc. How can he ensure that the water is clean enough to be drank?

Not just the mining water is not that safe for Selangor, even their river is not that clean that it was confirmed that it cannot be drank due to the pollution from an uncontrolled industrial waste in the state since Pakatan Rakyat took over.

In short, there are just too many issues when it comes to water in Selangor. Without any swift action, citizens of Selangor would only have two choices, either change their government to BN or face the risk of getting illnesses due to drinking polluted water

Tuesday 29 May 2012

Tiada lagi usaha bawa pulang - KP1M

Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) tidak lagi akan memberi tumpuan membawa pulang gadis tempatan yang melarikan diri bersama jejaka warga asing ke luar negara pada masa depan.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, keputusan itu perlu bagi membolehkan KP1M memberi tumpuan kepada usaha membantu rakyat tempatan yang menghadapi masalah kehidupan kritikal.

Beliau berkata, ia juga bagi mendidik bukan hanya para gadis agar berhati-hati dalam menjalin hubungan cinta dengan jejaka asing, bahkan ibu bapa supaya bertindak bijak dalam menangani percintaan anak gadis mereka.

"Kita mahu perlahankan sedikit usaha yang sudah masuk kali ke-51 ini kerana banyak lagi perkara lain yang patut kita lakukan seperti yang menyentuh mengenai kesihatan, ekonomi, pelajaran dan sebagainya.

KES RASUAH AZMIN ALI DIDEDAHKAN


RPK didalam lamannya hari ini telah mendedahkan satu kenyataan lengkap dari pegawai penyiasat BPR bagaimana Anwar Ibrahim telah mengarahkan Ketua Pengarah BPR untuk menutup kes Rasuah Azmin Ali. Anwar pada ketika itu memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Kes ini berlaku pada tahun 1995 yang ketika itu Azmin adalah sebagai Setiausaha Sulit kepada Anwar Ibrahim.

Lihat pendedahan DI SINI

WWW 1 - Nizar Hina Sultan Johor


PADA ketika artikel ini ditulis, penulis suka nak memaklumkan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaludin yang mula mempolitik isu ini melalui twitternya sejak malam tadi telah tampil dengan penjelasan – UMNO sengaja membesar-besarkan isu tersebut.

‘Penjelasan’ ini diberikan setelah anakanda Sultan Johor, Tengku Ismail sendiri tampil menangkis tuduhan Nizar bahawa DYMM Tuanku menggunakan wang rakyat untuk membida nombor plat yang mencecah harga sebanyak RM 520,000 – yang juga merupakan rekod dalam sebarang bidaan nombor plat di negara ini.

Seperti biasalah, bila Pakatan Rakyat ada masalah, UMNO akan dijadikan kambing hitam.  Ini bukan masalah besar yang nak dipeningkan sangat.

Soal duit rakyat atau tidak itu bukan isunya kerana sebagai Sultan Johor, baginda mempunyai pendapatan sendiri seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang tubuh negeri Johor, malah turut dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia juga.  Itu baru bercakap tentang pendapatan, belum lagi kemudahan-kemudahan lain yang dikhaskan untuk baginda.

Malah sebelum ini pun baginda adalah Tengku Mahkota Johor untuk satu tempoh yang sangat panjang iaitu 29 tahun, sebelum ditabalkan sebagai Sultan Johor pada 2010 bagi menggantikan Alhmarhum Ayahandanya, Tuanku Iskandar yang mangkat pada 2010.  Jawatan Tengku Mahkota itu juga adalah jawatan rasmi dan bergaji.

Semua inilah yang melayakkan baginda turut serta dalam bidaan tersebut dan motif disebalik tindakan Nizar mempolitikkan isu ini, bukanlah terlalu sukar untuk dibaca.

Nizar cuba membangkitkan sentiment kebencian di kalangan rakyat, kononnya DYMM Sultan Johor ini menghabiskan duit rakyat.  Ini memang sikapnya yang sudah banyak termakan budi dengan DAP yang diketahui ‘membenci’ sistem beraja dan sering mencari jalan untuk menghapuskannya.  Benci dalam erti kata pendapatan yang diterima, tapi kerana hanya orang melayu sahaja yang boleh menduduki jawatan tersebut.

DAP, seperti mana parti induknya PAP di Singapore, lebih suka kalau orang bukan melayu juga berpeluang untuk menjadi ketua negara, disamping ketua kerajaan (Perdana Menteri), yang sedang menjadi topik perbincangan hangat di laman-laman sosial sekarang.

Yang Nizar tidak nampak ialah wang sebanyak RM 520,000 itu dibayar semula oleh Tuanku Sultan kepada rakyat – kalau benarlah tuduhan Nizar bahawa DYMM Tuanku menggunakan wang rakyat untuk membida nombor plat tersebut, kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menguruskan bidaan tersebut adalah sebuah jabatan kerajaan.

Kalau difikir-fikirkan, DYMM Sultan Johor tidak perlu turut serta pun dalam bidaan tersebut, baginda boleh sahaja menggunakan pengaruhnya untuk meminta kerajaan menyerahkan nombor tersebut kepadanya.  Tapi baginda bukan seorang yang begitu, baginda tetap turut serta dalam bidaan tersebut bagi mengelak prasangka yang lebih buruk di kalangan rakyat, terutama dikalangan ahli perniagaan kaya yang turut mengintai peluang untuk menggunakan nombor plat yang mempunyai tarikan tersendiri itu.

Isu ini sebenarnya bukan isu politik pun, tapi kerana sudah namanya Nizar, dia akan cuba juga memastikan ia dipolitikkan, dengan dia sendiri sebagai pemulanya.  Yang penting kepada Nizar ialah komen-komen lain yang menyusul selepas isu ini menjadi sensasi.  Itu yang sebenarnya dimahukan Nizar sebagai balasan kepada DAP yang meletakkannya sebagai Menteri Besar Perak (walaupun PAS hanya mempunyai 6 kerusi di DUN Perak).

Monday 28 May 2012

What Would PAS's Members Do If PAS's Leaders Are Proven Wrong?

If UMNO stated that the fatwas that was brought by PAS saying that 'vote for PAS, one would go to heaven', PAS would accuse UMNO of being jealous, stupid and probably kafir.

Thus, we would like to ask PAS's members, is Masjidil Haram's Fatwa Council member, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi is jealous, stupid and kafir for saying that fatwas that are brought by PAS is stupid? The statement was made by him in an interview with Mingguan Malaysia yesterday.

The response of PAS's leaders regarding the statement made by Dr.  Sulaiman could just be that 'UMNO had given wrong information about PAS to Sheikh Dr. Sulaiman that he somehow misunderstood the fatwas."
PAS's straight members would probably say the same to defend themselves. Other members who would have probably think before they say anything, would deny the fact that their leaders made such fatwa and they might say that UMNO was exaggerating.

What is certain, PAS's leaders and members would do just about anything to tell themselves that they are right, although it is clear that they have taken the wrong path. Ego and pride would stop them from realizing their mistakes.
Sh. Dr. Sulaiman's statement is very welcomed here in Malaysia because it seems that Muslims in Malaysia are fighting against each other because of some issues and confusion. But, the efforts in bringing them back to the right path would not be easy. All because Muslims here think that they are right even though they are heading at the wrong direction in faith, all because of their hate against the government.

Back then, Malaysian Muslims would be told by PAS to hate the government for not implementing Islamic law, which was seen as something that is kafir, but now PAS still plant their rage against the government although they had terminate the fight to build an Islamic nation when they started working alongside DAP and PKR.

It gets even sadder when PAS is not dominant in Pakatan Rakyat. Instead, they are merely followers of DAP and PKR. Whether they realize this or not, PAS is actually helping pluralist PKR and Christian Evangelist DAP to set their power in Malaysia in total through politics.

This may be hard to swallow but PAS has gone way far to the wrong direction, too far, too deep, since the 70s, and it is getting worse for the society. And in this matter, perhaps the government suffered a little out of it for not banning PAS since it was established.

Back then, PAS's slip was covered by the extreme and Muslim fanatics' image, but now it gets more clear as they are seen following the liberals who puts human rights in front of religion. From there, their leaders had to come up with contradicting statements to justify their position in the coalition.

Even though they are clearly wrong when they come up with a fatwa saying 'vote for PAS, heaven will be yours' has been around for a long time, Muslims in PAS probably want easy entrance to the paradise.

Heaven is something big, a blessing to men only for those who had done good deeds to everyone and the mother nature. Heaven is for those who is grateful for everything they have. It is not made based on laws made by men. Heaven and hell are decided by Allah S.W.T. And for that, that is why we hear stories of how a prostitute gets to go to heaven for feeding a dog and how a scholar ended up in hell because of pride.

We cannot understand how PAS members who act as if they put religion first could understand the basic things in Islam (heaven and hell) when one simply choose to go to either one of those places.

Sh. Dr. Sulaiman is not an UMNO member, not a politician and he does not represent the Egyptian government ot any other Arab nations. He is a man that speaks on the capacity of Muslim scholars who is responsible for the truth for the betterment of Muslims.

So, it is up to PAS members to either follow their leaders or to take the advice from Sh. Dr. Sulaiman to get back to reality

Hati Najib Tak Tenteram, Khalid Anjur Program Dapat sambutan Melebihi Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya

Ramainya peserta..
Padat sungguh dewan
Sedap sungguh Katerer ni.. Berebut orang nak makan..
Lihat pada gambar diatas.. Bukan main ramai belia yang hadir untuk Himpunan & Konvensyen Belia Selangor 2012. Tak muat dewan.. Begitu meriah sambutan dari belia-belia dari Selangor.. 
 
Untunglah TS Khalid.. Betul-betul buat kerja Pakatan Rakyat ini.. Kalau tidak, manakan Dato seri Najib susah hati.. Khalid buat program sama tarikh dengan Himpunan Sejuta Belia yang diadakan di Putrajaya..

Untuk berita selanjutnya KLIK SINI


Saturday 26 May 2012

Did Lim Guan Eng 'Harrass' Ng Paik Kheng?


Ng Paik Kheng may be unknown to others. She is not a film star nor even an athlete. But there is something about her that will make her popular - even though it is not exactly celebrity popular.

It was foretold that Ng Paik Kheng was involved in a forbidden relationship with someone. Writer do not know who that person is but the relationship had annoyed ADUN Kota Laksamana from DAP, Betty Chew that she decided to 'harrass' the woman. Rumor said that the harassment somehow involved physical violence as well.

This issue has become one of the hot topics between DAP's inner circle who are close with Betty Chew.
In the beginning, we are not that interested with Betty Chew's issue with this woman. But somehow, the relationship involves a politician. We all know that politicians are just as same as celebrities where their privacy are owned by rakyat because rakyat are the ones who gave the the power.

And when physical violence is involved, obviously rakyat would need to know on what is really happening out there.

That is one matter, another thing is when we receive information saying that DAP's propaganda team is tried their best to deny the existence of that woman. It was so bad that writer was informed that the picture and name of this Paik Kheng was changed to avoid people from knowing her real identity.

But we are good too. We have the real picture and name of that particular woman.

But somehow their effort has brought us to yet another question. They must be hiding something big. Because the last time they did such a thing was when one of Penang's Chief Minister's children were connected with an attempt to grope a female student's breast in Penang.

In a way, DAP's propaganda team would not be that hardworking is the case was not that serious and that it could affect the party.

Thus, writer think that it is wise Betty Chew come up with a press conference to explain this matter to the public. Is it true that she 'harrased' the woman in question? Because if that really happened, DAP would be in deep trouble, considering that they are proud with the concept of accountability and integrity.

No one can be above the law. Betty Chew should know about that. If Paik Kheng really broke the law, she should lodge a report to the police so that actions can be taken. Writer feels that most DAP members would advise her about the law, that is, if she understands it.

Unless, Paik Kheng's actions had nothing to do with the law but it was more towards personal issue?
Whatever it is, we are not interested to talk about this issue from the angle of sensation, even though, it would really be interesting to follow the updates. All we know is, this law breaking actions were committed by a person who makes the law.

Today it might be state law, perhaps in the future, parliament? This matter is not impossible, the fact that it happened in DAP, because the party is only controlled by a few leaders from their own families, then and now.

What would happen is the person who makes the law ends up breaking it?

Friday 25 May 2012

Semboyan Perang UMNO Rembau telah ditiupkan

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya


Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti

UMNO Bahagian Rembau yang diketuai oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan telah meniupkan 'Semboyan Perang' bagi menghadapi pilihanraya ke-13 yang akan datang. Walaupun kerja jentera parti telah dilakukan sejak PRU yang lepas, simbolik pengisytiharan semalam menunjukkan UMNO telah bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi pilihanraya.

Tuesday 22 May 2012

Punca Kes Liwat Anwar Tertunda Lebih 60 Kali Terjawab

Kes Liwat Anwar yang membabitkan Saiful Bukhari telah berakhir dengan kejutan pada 9 Januari tahun ini, iaitu setelah lebih 60 kali atau lebih 3 tahun tertangguh jika dikira dari tarikh laporan polis dibuat.

Ketika kes masih berjalan, ramai yang tertanya-tanya apakah drama atau permainan yang sedang dimainkan oleh pihak pengamal undang-undang Malaysia? Mana tidaknya, jika kes jenayah seksual tersebut melibatkan rakyat biasa, pastinya ia sudah lama selesai, lebih-lebih lagi apabila terdapat bukti forensik dan saintifik yang nyata.

Ramai yang mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan keseluruhan perbicaraan apabila pihak pembela dilihat mendapat kelebihan untuk menangguhkan kes dengan berbagai-bagai alasan yang tidak masuk akal dan merapu. Lebih pelik lagi, pihak pendakwa juga tidak banyak menyanggah alasan-alasan yang tidak masuk akal dan merapu itu. Sebaliknya, pihak pendakwa membiarkan saja pihak pembela mempermainkan undang-undang dan seolah-oleh mengejek rakyat jelata yang dambakan keadilan.

Walaupun hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden begitu baik, konklusif, tepat serta layak diberi 'tepukan berdiri', tetapi sikap beliau yang keberatan atau enggan menyanggah strategi licik pembela untuk terus menunda kes membuatkan kita hairan.

Dan apabila peguam Anwar memilih untuk membela diri dengan hujah 'suka-sama-suka', mereka sebenarnya telah membuka ruang untuk pihak pendakwa mengikat terus keputusan berdasarkan undang-undang Malaysia yang mengharamkan aktiviti homoseksual tanpa mengira keadaan suka-sama-suka berlandaskan hak asasi dua orang dewasa yang waras.

Inilah yang dijangkakan oleh rakyat, kecualilah jika rakyat tidak dimaklumkan yang undang-undang ini telah dihapuskan?

Jika alasan penghakiman adalah DNA yang diperolehi dari lokap tidak wajar diterima, maka pihak pendakwa seharusnya berusaha memohon sampel melalui perintah mahkamah bagi mencari keadilan.

Namun, ini tidak berlaku. Rayuan juga tidak berlaku. Yang berlaku ialah Anwar lepas bebas. Pembebasannya membuatkan ramai yang kecewa termasuk orang-orang di dalam 'inner-circle'nya yang bercita-cita untuk mengambil tempatnya. Dunia bagaikan terkedu sekejap, cuba menjustifikasi pembebasan beliau yang dianggap mustahil jika dilihat dari perkembangan perbicaraan.

Akhirnya, hari ini, sebahagian dari kemusykilan kita sudah terjawab iaitu apabila Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, bekas pendakwaraya dalam kes liwat tersebut kini dilantik sebagai peguam bela Anwar dalam kes BERSIH 3.0.

Benarlah, bila ianya melibatkan Anwar Ibrahim, tidak ada apa-apa lagi yang boleh mengejutkan kita. Begitulah juga dengan perkembangan terbaru ini.

Jika dulu, Karpal Singh adalah antara orang pertama yang mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah peliwat tegar, tetapi kemudian Karpal Singh juga yang menjadi peguambelanya menafikan yang beliau meliwat. Jika dulu Karpal Singh mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana terlibat dalam salahlaku homoseksual tetapi kemudiannya Karpal Singh juga yang berhujah bahawa aktiviti homoseksual di antara dua orang dewasa yang suka-sama-suka adalah tidak salah.

Justeru, apa beza Karpal dengan Datuk Mohd Yusof? Hampir tiada. Kedua-duanya dibayar untuk membela Anwar, dan kita pasti bayarannya amatlah lumayan sekali. Jika ada pun perbezaan, ialah kerana Karpal mendapat 'bonus tambahan' iaitu dari segi keuntungan politik.

Benar, dari segi perundangan Datuk Mohd Yusof tidak salah untuk membela Anwar. Yang nampak salahnya hanyalah dari segi etika kemanusiaan dan persepsi masyarakat yang melihat beliau sebagai tidak berpendirian.

Namun, melihat dari sikap Majlis Peguam yang langsung tidak punya etika, professionalisme dan integriti, maka seperti juga Anwar, tiada apa lagi yang mengejutkan kita mengenai watak-watak para pengamal undang-undang di Malaysia.

Bagi ramai pengamal undang-undang hari ini, undang-undang itu adalah mengatasi keadilan, moral, etika malah agama juga. Jika ada pun yang lebih 'tinggi' dari undang-undang, ia adalah wang!

Apapun, yang pasti, seperti juga kes liwat, Anwar mungkin menang dalam kes BERSIH 3.0.

Namun, selagi Anwar tidak sanggup bersumpah laknat, selagi Anwar terus bersekongkol dengan zionis dan kafir harbi, selagi Anwar tidak sanggup menunjuk jam omeganya dan selagi Anwar terus cuba menghuru-harakan negara dan memburukkan nama negara dengan berbagai cara, selagi itulah nama Anwar tidak akan bersih.

Biarpun terlepas dari undang-undang, sejarah tetap akan merekodkan riwayat hidup Anwar sebagai seorang peliwat dan pengkhianat.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Apa Motif Fauzi Shaari Menyertai PAS?

DALAM keadaan sekarang, di mana imej pasukan polis dimata penyokong Pakatan Rakyat berada di tahap terendah, sudah tentu ramai yang terkejut dengan tindakan bekas Pengarah Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai salah satu parti komponen dalam Pakatan Rakyat, iaitu PAS.

Ini bukan kita persoalkan kebebasannya yang dibenar dibawah amalan demokrasi untuk menyertai mana-mana parti politik. Itu adalah haknya sebagai individu yang telah bersara dari pasukan polis.

Nak masuk parti mana pun kita peduli apa, tapi janganlah bagi kenyataan kononnya kemasukannya ke dalam PAS setelah yakin yang dirinya tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah. Apakah dia bermaksud semua pegawai polis yang masih berkhidmat dan telah bersara tapi tidak menyertai PAS, terlibat dengan kegiatan jenayah?

Itu satu hal. Satu hal yang lain ialah, bagaimana cepat Fauzi melupakan segala sumpah seranah yang pernah dilemparkan PAS terhadap pasukan polis yang pernah disertainya dulu, terutama yang membabitkan tindakan polis mematahkan tunjuk perasaan dan jenayah lain yang dilakukan mereka sejak 1998?

Malah kalau nak dilihat lebih jauh ke belakang, iaitu pada 1985 dimana berlakunya kejadian Memali yang menyaksikan penyokong PAS diketuai Ibrahim Libya, menyerang dan membunuh 4 orang anggota polis sebelum dia dan 13 pengikutnya yang lain dibunuh kerana tindakan tersebut, nescaya tidak ada alasan kenapa Fauzi perlu menyertai PAS.

Sebabnya, kejadian Memali menunjukkan bahawa kebencian PAS terhadap polis bukan setakat terhad kepada kata-kata nista dan kecaman, tapi lebih dari itu juga.

Lupakah Fauzi bahawa dalam kejadian itu semua ahli PAS yang mati, dikebumikan tanpa dimandi, dikafan dan disembahyangkan kerana didakwa mati syahid? Syahid kerana mereka mati dibunuh oleh pasukan polis yang dituduh kafir ketika itu? Kalau Fauzi masih kurang yakin, tanyalah Hadi yang mengeluarkan fatwa tersebut. Ironinya, Hadi juga yang hari ini menerima borang keahlian Fauzi – bekas pegawai kanan polis.

Dunia, dunia.

Secara rasminya, Fauzi baru 3 hari menjadi ahli PAS, boleh dikatakan sumbangannya terhadap parti itu masih belum ada lagi. Tapi satu yang pasti, 'sumbangan' PAS terhadap Fauzi semasa mengecam dalam banyak kes-kes jenayah yang melibatkan PAS, terlalu banyak untuk dijelaskan dalam ruang yang agak terhad ini.

Dengan kekuatan pasukan polis ini diukur dari segi intergriti dan maruah, tindakan Fauzi ini tidak boleh diterima sama sekali - walaupun Fauzi memberikan alasan mahu menerangkan kepada penyokong PAS mengenai jasa dan sumbangan polis yang mungkin tidak diketahui penyokong parti tersebut (HarakahDaily, 20 Mei 2012).

Setakat yang penulis lihat, persepsi penyokong PAS terhadap polis selepas penyertaan Fauzi masih sama, tidak ada apa yang berubah. Majoriti dari yang penulis temui, berasa ragu-ragu dengan tindakan Fauzi menyertai PAS. Pada mereka, kalau dah sekali jadi 'anjing kerajaan' (polis), selamanya jugalah akan jadi 'anjing kerajaan' juga. Kelihatannya mereka ini tidak berkongsi perasaan yang sama dengan kepimpinan tinggi PAS yang bangga menerima kemasukan 'anjing' ini ke dalam parti mereka.

Itu menjadikan kenyataan Fauzi kononnya untuk membetulkan pandangan ahli PAS terhadap pasukan polis adalah satu kenyataan yang mengarut. Bukan penyokong PAS tak tahu yang polis hanya menjalankan tugas seperti yang dibenarkan dibawah undang-undang, mereka tahu, tapi semua penghinaan itu masih dilemparkan kerana mereka tidak berpuas hati niat mereka untuk membuat kacau digagalkan oleh polis.

Sepatutnya sebagai bekas pegawai tinggi polis, Fauzi perlu mempertahankan tindakan polis dan mengecam pihak yang melanggar undang-undang. Ini tidak, Fauzi memilih untuk bersekongkol pula dengan mereka.

Kalau nak menambah ilmu agama dan sebagainya, ada lebih banyak badan-badan yang berkecuali seperti Perkim, YADIM atau JAKIM. Kenapa PAS juga yang dicari? PAS tidak langsung berkaitan dengan agama, kecuali dari sudut pakaian dan perkataan yang ada arab-arab sikit.

PAS adalah sebuah parti politik yang ditubuhkan untuk menang pilihanraya dan menubuhkan kerajaan, tidak ada yang berkurang dari itu. Malah dalam menjayakan cita-cita politiknya, PAS sanggup mengorbankan Islam seperti ketika menggugurkan negara Islam dari perjuangan PAS dan cadangan menggantikan Islam dalam perlembagaan kepada Addin.

Justeru penulis yakin, kemasukan Fauzi ke dalam PAS adalah untuk mencari peluang dicalonkan dalam pilihanraya, itu sahaja motifnya. Walaupun dia menafikan, itu bukan suatu yang mengejutkan. PAS dan munafik adalah pasangan kembar siam yang tidak boleh dipisahkan malah antara syarat utama untuk menjadi ahli parti tersebut (tidak terkecuali Fauzi) – kalau boleh dikatakan begitu.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PM bukan melayu jika Pakatan memerintah-Karpal

Pemimpin-pemimpin tertinggi Pas dicabar untuk membuat kenyataan sama ada bersetuju atau tidak dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu individu bukan Melayu iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi perdana menteri.

Cabaran itu dilontarkan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melihat insiden kononnya Karpal hampir tersasul menyebut Guan Eng sebagai Perdana Menteri pada satu majlis di pasar Air Itam, Pulau Pinang semalam sebagai bukan disengajakan.

Sebaliknya, NGO-NGO berkenaan melihat pihak berkenaan sudah memasang niat untuk memastikan perkara itu berlaku jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia, Mohd. Jurit Ramli berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu tampil untuk menjawab persoalan tersebut.

"Sanggupkah mereka menerima kenyataan tersebut dalam keadaan umat Melayu Islam sekarang berpecah-belah akibat dolak-dalik yang dibuat oleh pemimpin Islam Pas," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam insiden berkenaan yang dilaporkan oleh The Star hari ini, Karpal seterusnya menjelaskan bahawa tiada salahnya dengan konsep bukan Melayu menjadi perdana menteri.

Menurut Mohd. Jurit, Pas pada hari ini sudah dilihat oleh umat Islam sebagai kuda tunggangan DAP, malah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengaku bersedia menjadi kuda tunggangan DAP, justeru kenyataan Karpal itu bukanlah suatu mainan.

Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah juga mencabar pemimpin tertinggi Pas untuk menjawab kenyataan Karpal itu secara terbuka.

"Apa yang diucapkan oleh Karpal itu bukan perkara mustahil dan kita mahu parti sekutu DAP iaitu Pas untuk menjawab sama ada setuju atau tidak kerana kita tengok sejak kebelakangan ini Pas meletakkan kepentingan yang pelik-pelik dalam partinya," katanya.

Kata beliau, Pas perlu sedar bahawa mereka sepatutnya menjadi parti yang dominan dalam pakatan pembangkang, bukan membiarkan DAP menjadikannya sebagai kuda tunggangan yang sekali gus akan menghancurkan umat Islam dan Melayu.

Monday 21 May 2012

Kalah Kes Liwat, Adakah Yusof Bersekongkol Dengan Anwar?

BUKAN sedikit mata yang terbeliak di hari perbicaraan Anwar dalam isu Bersih pagi tadi.  Semuanya gara-gara melihat peguam yang mewakili Anwar, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, bekas peguam cara II negara, yang juga mengetuai barisan pendakwaan kes liwat Anwar dan Saiful Bukhari.  Ia seolah-olah melihat Mahathir berpegang tangan dengan Anwar, sehari selepas memecatnya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Yusof dengan rasmi melepaskan jawatan sebagai Peguam Cara II Negara, beberapa hari sebelum Anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012.

Sementara ramai yang beranggapan, Anwar menang kes tersebut kerana Hakim terkhilaf dalam penghakimannya, tindakan Yusof kini menimbulkan kesangsian sama ada ketua pendakwaan sendiri pun ada memainkan peranan juga dalam pembebasannya.

Bagaimana dan berapa besar peranan yang dimainkan Yusof, penulis tidak pasti, tapi penulis yakin ada dan semua ini menuntut Yusof tampil memberikan penjelasan apa sebenarnya yang berlaku.  Lagipun kita sedang cakap Yusof sebagai peguambela sekarang, bukan Yusof sebagai peguam cara, dan kebetulan golongan peguam kini ada isu kredebiliti dan intergriti yang serius

Sekarang fahamlah kita kenapa kes Anwar ini tertangguh sekian lama tanpa dicabar pasukan Pendakwaan.  Fahamlah kita kenapa banyak kesilapan-kesilapan bodoh dari pihak pendakwaan dibuat dalam kes ini antaranya kegagalan mendesak Anwar mengemukakan saksi alibi yang nama-nama mereka dikemukakan kepada Mahkamah oleh Karpal Singh sebaik Anwar diarah untuk membela diri.

Begitu juga dengan tindakan menamakan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif sebagai sebagai sebahagian dari pasukan pendakwaan walaupun tahu beliau ada ‘isu’ dengan Saiful Bukhari.  Soal kebenaran disebalik ‘isu’ yang dibangkitkan itu tidak penting, yang penting kegagalan mengenal pasti masalah yang timbul telah menyebabkan kes tersebut hampir sahaja dibuang oleh Mahkamah.

Dan siapa yang patut bertanggungjawab dalam soal ini?  Penulis yakin Yusof, kerana sebagai ketua pendakwaan, dia yang bertanggungjawab memilih timbalan pendakwa raya mana yang layak untuk membantunya dalam mengendalikan kes tersebut. 

Penulis yakin, semua kegagalan ini memainkan peranan penting dalam mendorong Hakim membuat keputusan membebaskan Anwar dari kesalahan meliwat Saiful.

Yusof tidak perlu menjawab kepada media (apatah lagi yang pro pembangkang) seperti yang dilakukannya sebentar tadi.  Yusof perlu menjawab kepada rakyat kerana sepanjang dia berkhidmat di Jabatan Peguam Negara, wang rakyatlah yang membayar gajinya.

Ini bukan soal kecil, ini soal serius yang membabitkan intergriti pejabat Peguam Negara sebagai satu-satunya badan yang mempunyai keputusan penuh untuk meneruskan atau tidak sesuatu kes pendakwaan.  Begitu juga dengan menentukan sama ada rayuan akan dibuat ke peringkat Mahkamah yang lebih tinggi atau tidak.

Kita bimbang ada unsur-unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa terlibat.  Takkanlah semuanya terjadi secara kebetulan?  Kalau benar Yusof ‘dibeli’ semasa mengendalikan kes Anwar, perbicaraan semula perlu diadakan dengan barisan pendakwaan yang baru.

Silap-silap, Peguam Negara pun perlu letak jawatan.

PRASYARAT MUZAKARAH NIK AZIZ BUKTI KETIDAKIKHLASAN

Daripada penentang terkuat cadangan kerajaan perpaduan (UG) tiga tahun lalu, kini Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat menjadi penyokong paling lantang pula untuk bermuzakarah dengan Umno.

Perubahan sikap dan pendirian pemimpin politik berusia 80 tahun ini telah menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong beliau.

Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan 'political charmeleon' yang mampu bertukar-tukar warna pendirian politik apabila keadaan memerlukan.

Fenomena ini agak jelas dalam gabungan PKR-PAS-DAP yang menggelar mereka sebagai Pakatan Rakyat kerana pemimpin seperti Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang serta Lim Guan Eng sering bertukar pendirian politik apabila ia menguntungkan mereka.

Kalau dahulu Nik Aziz mengkritik hebat presiden partinya sendiri sehingga menyebut idea UG antara Umno dan PAS adalah seperti sampah - tidak berguna dan tidak ada nilai langsung untuk dipertimbangkan.

Sekarang Nik Aziz menyokong pula tetapi meletakkan syarat bahawa Umno perlu menyertai Pakatan Rakyat sebelum muzakarah boleh diadakan.

Niat muzakarah adalah baik untuk umat Melayu di negara ini bagi mengatasi masalah perpaduan semenjak puluhan tahun lamanya, tetapi prasyarat yang diletakkan adalah tidak masuk akal.

Inilah niat di lubuk hati Nik Aziz sebenarnya bahawa beliau tidak mahu melihat muzakarah antara dua parti besar Melayu diadakan, lantas mengenakan syarat yang pasti akan menggagalkannya.

Apabila gagal, pasti Nik Aziz dengan cepat akan menuding jari kepada Umno bahawa parti itulah dalang tidak mahu kepada muzakarah kerana tidak patuh kepada prasyarat yang diletakkan beliau.

Itulah politik licik dan kotor yang dimainkan oleh seorang yang digelar 'Tok Guru'.

Nik Aziz menyokong usaha mengadakan mebgadakan dialog Umno-PAS kerana 'survival' politik partinya.

Untuk mengalih kritikan hebat kerana mengorbankan perjuangan 'Daulah Islamiyyah' kepada 'Negara Berkebajikan' setelah bersekongkol dengan parti rasis Cina, DAP, Nik Aziz memerlukan satu modal supaya PAS tidak terus dijadikan sasaran serangan politik.

Maka dengan tidak semena-mena idea muzakarah dilontarkan sebagai strategi politiknya.

Sebenarnya PAS telah dikongkong dan dimanipulasi sepenuhnya oleh Nik Aziz.

Setiap cadangan yang beliau terima atau idea yang beliau bangkang, dianggap seolah-olah sebagai fatwa yang wajib dipatuhi oleh semua ahli-ahli PAS termasuk presiden dan timbalan presidennya sendiri.

Kawalan Nik Aziz ke atas aliran pemikiran PAS telah menjadikan sebagai satu organisasi politik yang jumud dan tidak berkembang selari dengan peredaran masa.

Nik Aziz ingin membawa PAS ke satu era di mana hanya seorang individu sahaja yang berkuasa mutlak untuk menentukan hidup mati sesebuah parti itu.

Sebagai Mursyidul Am, Nik Aziz melihat beliau mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan sebarang keputusan bagi pihak PAS, sama seperti konsep diktator yang diamalkan di sesetengah negara Eropah Timur dahulu, hanya bezanya agama Islam dijadikan sandaran untuk memastikan  kepatuhan dan kesetiaan anggota parti kepadanya.

Tidak mungkin sebuah parti yang jumud dan berkuku besi seperti PAS akan mampu berdepan dengan perbincangan ilmiah yang diasaskan kepada peradaban dan nilai manusia yang tinggi serta sikap keterbukaan dan progresif seperti mana yang diamalkan oleh Umno.

Sunday 20 May 2012

Keseronokan Jelajah Hutan Dalam Bandar di Negeri Sembilan

Negeri Sembilan mempunyai produk pelancongan terkini apabila Hutan Simpan Sungai Menyala akan dibuka kepada orang ramai pada bulan depan
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, produk terbaru itu yang dipromosikan merupakan 'Hutan Dalam Bandar' dan Pusat Pelancongan Pendidikan Pengurusan Hutan Tropika pertama di negara ini disebabkan statusnya sebagai hutan dara yang masih wujud di Semenanjung Malaysia.

''Hutan lipur di negeri ini kebanyakannya terletak di tanah lembah, tetapi Pusat Pelancongan Pendidikan Pengurusan Hutan Tropika ini berada di hutan tanah pamah yang menjadikan ia satu lokasi unik untuk diterokai," katanya di Port Dickson dekat sini baru-baru ini.

Justeru, beliau menggalakkan pengusaha hotel di sekitar Port Dickson mengatur pakej lawatan ke lokasi tersebut bagi memperkenalkan produk baru pelancongan, di samping mempergiatkan aktiviti ekonomi.

Katanya, kemudahan yang disediakan amat memuaskan hati tetapi masih ada projek yang belum didirikan lagi.
''Perancangan Jabatan Perhutanan negeri bagi pembinaan Skyway yang dibuat daripada aluminium merupakan sesuatu yang menarik.

''Dengan ketinggian jejantas 30 meter dan laluan sepanjang 500 meter menuju ke menara setinggi 50 meter, pelancong akan berpeluang melihat flora dan fauna di sini," katanya.

Mohamad berkata, selain boleh menjadi tarikan baru pelancongan negeri, ia juga amat sesuai bagi menjalankan aktiviti penyelidikan mengenai hutan tropika, selain mempunyai kemudahan penginapan, dewan, bilik mesyuarat dan perpustakaan.

Dalam pada itu, Pengarah Perhutanan negeri, Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, sehingga kini, pihaknya hanya menerima pengunjung daripada jabatan kerajaan untuk menjalankan kursus.

''Kita akan menambah bilangan kakitangan apabila ia dibuka kepada umum kelak bagi mengawasi kawasan yang luas ini," katanya.

Katanya, apabila ia dibuka kelak, akan ada pemandu pelancong dalam kalangan kakitangan jabatan dan pengunjung dibawa melihat flora dan fauna, tumbuh-tumbuhan, hidupan liar, selain dibawa ke pameran Orang Asli serta jabatan ini.

''Sehingga kini, sebanyak RM5.5 juta dibelanja bagi membangunkan infrastruktur di sini yang diperbuat dari kayu balak dan beberapa juta lagi masih diperlukan bagi membina Skyway dan beberapa projek lain," katanya.

Friday 18 May 2012

Cubaan Rasuah Tunku Aziz ke SPRM: Siapa Yang Akan Mati Lagi?

Khabarnya, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan sudah membuat laporan kepada SPRM perihal percubaan Lim Guan Eng menyogok Tunku Aziz dengan jawatan bergaji RM50,000 serta peluang makan angin ke luar negara. Khabarnya juga berpeluh-peluh Guan Eng cuba menepis isu ini dan berpencak silat serta berkung-fu sakan pencacai-pencacainya cuba menyelamatkan boss mereka.

Mana tidaknya, apabila veteran parti, termasuk Karpal Singh sendiri yang sudah lama makan hati dengan kebiadapan Guan Eng juga tampil menempelak beliau.

Malah bapanya, Lim Kit Siang juga tidak menyebelahi beliau sebaliknya memihak kepada Tunku Aziz dalam hal ini. Memetik kata-kata Tunku Aziz, Guan Eng tidak boleh dipercayai, kurang ajar, biadap dan korup.

Jika Lim Kit Siang lebih pandai mendidik anak, tentu DAP tidak menghadapi masalah sebegini.

Namun, apakan daya, Lim Guan Eng adalah produk rasis, chauvinis tulen yang akar umbinya menjangkau jauh hingga ke Singapura dan negara asal nenek moyangnya. Sifat hormat, tolak ansur, timbang-rasa, belas kasihan, kasih sayang dan ikhlas terutama terhadap bangsa lain tidak pernah ada dalam kamus hidupnya.

Tidak pasti bagaimana taktik Guan Eng dan DAP untuk keluar dari masalah ini. Tetapi di peringkat awal ini nampak seolah-olah Guan Eng perlu memikul kesalahan ini sendirian.

Bagaimanapun, kita tidak hairan jika keadaan ini bertukar apabila siasatan mula dijalankan oleh SPRM.

Kita yakin, pada waktu itu, Karpal dan Kit Siang juga akan menyanyi lagu yang sama dengan Guan Eng dan menuduh Tunku Aziz menipu. Ini kerana, DAP mengamalkan prinsip parti lebih penting dari kebenaran. Prinsip ini amat berbeza dengan BN yang sanggup mengaku dan mengambil tindakan terhadap pemimpin yang benar-benar bersalah sebagai mendaulatkan integriti.

Dengan SPRM menjadi musuh utama parti yang penuh rasuah ini, kita yakin yang drama mengalihkan isu akan berulang lagi. Jika sebelum ini seorang saksi utama SPRM dalam kes rasuah DAP iaitu Teoh Beng Hock, telah ditemui mati, maka tidak mustahil taktik yang hampir sama juga akan dilakukan untuk mengalih isu dalam kes ini.

Kenapa agaknya DAP sukar sekali mengambil tindakan terhadap pemimpin yang bersalah? Adakah kerana pemimpin yang terlibat selalunya merupakan pemimpin di peringkat paling atas dan bukannya bawahan? Justeru, bagaimana kita mengharapkan pemimpin atasan ini mengambil tindakan terhadap diri mereka atau anak beranak mereka sendiri?

Inilah akibatnya jika parti mengamalkan nepotisme dan kronisme seperti DAP di mana hanya bapa, anak, menantu, rakan baik dan keluarga rakan baik sahaja yang berpeluang memegang jawatan tertinggi.

Apapun yang pasti, pendedahan Tunku Aziz berkenaan budaya rasuah dan kilas tangan DAP bukan perkara baru. Sikap ketidaktelusan DAP juga sudah terlalu biasa kita dengar dan sudah pun dijangka sejak sebelum mereka memerintah mana-mana negeri pun.

Nampaknya, apa yang kita jangka itu bukanlah tidak berasas. Ini terbukti apabila semua pemimipin mereka yang keluar parti memberikan alasan yang sama iaitu tidak lagi boleh menerima sikap kuku-besi, kiasu, samseng dan korup kepemimpin atasan DAP.

Justeru, adalah menjadi satu perkara yang lucu bila DAP terus-terusan melaungkan slogan CAT (Cekap, Amanah dan Telus) sedangkan sifat sebenar mereka sudah lama terserlah luas dan semakin hari semakin jelas dan terang benderang. Nampak benar mereka tidak tahu malu walaupun seluar sudah terlondeh hingga ke lutut.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday 15 May 2012

Hadi Awang Tolak Anwar, Azmin

Depan lain, belakang lain. Inikah sikap seorang yang diangkat sebagai Tuan Guru. Semata-mata untuk memuaskan nafsu untuk merampas kuasa dari kerajaan Hadi Awang menghalalkan perbuatan terkutuk rakan-rakan pemimpin pembangkang di Malaysia ini.

Jika di dalam Harakah, Hadi Awang dengan berani mengutuk perbuatan zina kenapa sebagai seorang pemimpin yang menerajui parti yang dikatakan memperjuangkan agama Islam beliau tidak berani menolak Anwar Aljuburi dan Azmin jamban.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Apabila Nik Aziz, Graduan Agama Dari India dan Bekas Guru Kemas, Tempelak Mufti

Semalam, Nik Aziz menempelak pandangan Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak terhadap PAS dengan menganggap kenyataan beliau bahawa PAS sudah menyeleweng dan menyalahgunakan agama Islam, sebagai pandangan lapuk dari seorang mufti. Sebelum ini Nik Aziz telah mempertikai fatwa bahawa 'merusuh untuk menentang kerajaan adalah haram', yang terhasil dari kajian 24 ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Kritikan keras Nik Aziz terhadap para Mufti ini adalah semata-mata untuk menjustifikasikan rusuhan BERSIH 3.0 sebagai sesuatu yang dibenarkan dalam agama Islam.

Masyarakat secara amnya menerima Nik Aziz sebagai Ulama. PAS pula menganggap Nik Aziz sebagai jauh mengatasi Ulama-ulama lain iaitu seorang Mursyid. Nik Aziz dianggap keramat, wali hatta mampu 'menerima wahyu' mengampunkan dosa orang lain. Kononnya, apa yang keluar dari mulut Nik Aziz pasti menjadi kenyataan. Maka, apabila Nik Aziz mendoakan agar Tun Dr. Mahathir pecah perut dan pengundi hanya nampak bulan di kertas undi, seluruh penganut PAS percaya dan tertunggu-tunggu 'mukjizat' itu diperlihatkan kepada seluruh manusia.

Namun, Tun Dr. Mahathir kekal segak bergaya, tajam fikiran, dihormati dan disanjungi di seluruh dunia dan disambut meriah di mana saja. BN juga kekal memerintah sehingga kini. Hanya Nik Aziz yang semakin hari semakin uzur sehinggakan terpaksa disediakan katil di pejabatnya dan tidak lagi dapat naik tangga.

Nik Aziz juga sudah berkali-kali bersama dengan penganut PAS mengadakan sembahyang hajat agar Anwar Ibrahim terpelihara. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Satu demi satu skandalnya terbongkar, seorang demi seorang rakannya meninggalkannya dan kini khabarnya beliau bergelut mengawal HIV di dalam darahnya. Entah benar entah tidak, bukan masalah kita tetapi masalah Anwar jua.

Maka, pernahkah kita bertanya, siapa yang melantik Nik Aziz sebagai Ulama? Apakah kelayakannya untuk mempertikai fatwa para mufti dan menghukum pandangan mereka sebagai lapuk? Tidakkah kita tertanya-tanya kenapa semua doa Nik Aziz tidak diterima tetapi yang terjadi adalah sebaliknya? Tetapi, kenapa Nik Aziz di'sembah' sebegitu rupa?

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia menerima hakikat bahawa Nik Aziz bukan Ulama.

Suatu ketika dahulu, beliau hanyalah seorang pemuda yang belajar agama di Deobond, India dan kembali ke Malaysia menjadi guru tadika Kemas sambil mengajar Al-Quran dan memberi tazkirah dan kuliah agama sebelum menjadi pemimpin PAS. Tetapi ini tidak menjadikan beliau seorang alim-ulama yakni seorang yang berpengetahuan dan berilmu serta bijaksana. Ini kerana, selama pulangnya dari India sehingga kini Nik Aziz tidak pernah mengkaji apa-apa, jauh sekali menghasilkan buku-buku ilmiah yang boleh dijadikan rujukan seluruh dunia.

Justeru, kenapa kita meletakkan taraf Ulama dengan sebegitu rendah sekali? Tahukah kita bahawa Ulama di zaman kegemilangan Islam adalah para saintis, doktor, jurubina, yang menyumbang kepada dunia dan manusia sejagat? Mereka mencipta, mencari penyelesaian dan jawapan kepada permasalahan cakerawala – langit, tanah, lautan dan udara selain manusia.

Kenapakah hari ini, Ulama hanya dihadkan kepada seorang yang belajar agama, tanpa mengira sumbangannya? Dan kenapakah sumbangan mereka hanya dinilai dari segi ceramah, dan bukannya hasil penyelidikan yang boleh dimanfaatkan oleh manusia keseluruhan? Kenapakah agama hanya dihadkan kepada persediaan untuk mati dan bukannya tentang keajaiban kehidupan?

Dalam kita mentafsirkan kembali kedudukan Nik Aziz dalam masyarakat, kita juga perlu mentafsirkan kembali siapa Ulama agar tidak mudah disesatkan oleh Ulama-ulama jahat yang berkeliaran di seluruh pelusuk dunia, memecahbelahkan dan menyesatkan manusia agar percaya yang batil itu haq dan yang haq itu batil.

Hari ini diri Nik Aziz semakin terhina. Beliau digelar dengan berbagai panggilan buruk. Tiada lagi cakap berlapik jika ingin mengkritik Nik Aziz. Tiada lagi rasa hormat walaupun sekadar sebagai seorang yang lebih tua. Jika Tun Dr. Mahathir dirujuk sebagai Ayahanda, Nik Aziz pula dirujuk sebagai wali selipar atau barua Cina.

Walaupun begitu, Nik Aziz masih berada di alam khayalan kononnya beliau adalah Ulama besar yang dihormati. Ternyata ketaksuban pengikut-pengikutnya telah menyebabkan beliau tidak lagi berpijak di bumi nyata. Sikap takbur dan riak telah menghindarkannya dari melihat kebenaran.

Artikel ini bukan berniat untuk memperlekeh Nik Aziz, tetapi untuk menarik Nik Aziz agar kembali ke bumi nyata melihat siapa dirinya. Nik Aziz dan Tan Sri Harussani umpama langit dengan bumi dari segi pengetahuan, pemikiran dan segala-galanya. Adalah tidak wajar jika ada di antara kita yang meletakkan pendapat Nik Aziz mengatasi pendapat Tan Sri Harussani dan mufti-mufti lain.

Sesungguhnya, Nik Aziz adalah lebih mulia ketika beliau hanya menjadi guru tadika, berbakti kepada anak-anak kecil dan masyarakat, berbanding sekarang apabila beliau menjadi Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS tetapi tidak mampu berbuat apa-apa melainkan kerosakan semata-mata-Beruang

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday 11 May 2012

Hadi Awang Sahkan Hudud Hanya Umpan Politik

Hukum hudud bukanlah satu keutamaan pakatan pembangkang, itu kata Hadi Awang yang juga Presiden PAS. Jelasnya lagi, hudud akan tetap dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang mengambilalih kerajaan. Tapi... ada tapinya...

Kata Hadi, hukum hudud hanya akan dilaksanakan mengikut proses demokrasi dan selepas masalah kemiskinan dapat diatasi serta hanya terhad kepada umat Islam sahaja pada permulaannya. Menurutnya lagi hukum hudud tidak dapat dilaksanakan selagi gaji minimum tidak dilaksanakan.

Banyak pula syarat, dalih dan alasan itu ini bila masuk bab perlaksanaan, nampak sangat sewaktu menabur janji dan selepas selesai membentangkan draf hukum hudud di DUN Kelantan pada tahun 1993, PAS sengaja mahu ianya tergantung setakat itu sahaja.

Keutamaan dan modus operandi sebenar PAS dalam isu hudud hanyalah berkisar pada soal mencari undi dan pengaruh politik untuk mengejar kuasa duniawi bagi keselesaan diri sendiri itu saja. Noktah.

Soal perlaksanaan, prasarana dan praktikal hukum hudud, PAS tak pernah pun ambil tahu dan ianya terbukti benar apabila hanya selepas Mufti Kelantan mengkritik kerajaan PAS Kelantan tahun lepas bersabit persoalan hudud barulah cepat-cepat kerajaan Nik Aziz menubuhkan jawatankuasa teknikal.

Itupun sampai sekarang jawatankuasa teknikal tersebut tidak pernah mengadakan walau satu mesyuarat pun untuk membincangkan persoalan teknikal dan perlaksanaan hukum hudud.

Semasa berkempen di atas pentas ceramah bukan main gah, bersembur air liur melaungkan takbir sambil menghukum UMNO dan Kerajaan BN sebagai anti-Islam, kafir dan jahiliah seolah-olah PAS bila-bila masa saja akan melaksanakan hudud dalam pemerintahannya.

Kita tak lupa Hadi Awang jugalah yang pernah menjanjikan perlaksanaan hudud di Terengganu sebelum ayam jantan habis berkokok. Selepas 4 tahun memerintah Terengganu sehinggalah dihumban oleh rakyat dari tampuk pemerintahan negeri, ayam jantan sampai hilang suara pun bayang hudud secara praktikal pun tak nampak.

Dan kini Hadi Awang dan PAS datang lagi buat perangai lama hanya kerana musim pilihanraya makin dekat, bertempik sakanlah mereka melaungkan akan laksanakan hudud dalam pemerintahan. Bezanya kali ini laungan PAS berselindung disebalik isu halangan kemiskinan dan gaji minimum pula - perkara yang mereka tak fikirpun dulu sewaktu mula-mula menggembar gemburkan isu hudud.

Itulah nawaitu utama PAS bila mana menggembar gemburkan isu hudud segalanya hanya sekadar alat dan umpan politik semata-mata untuk mendapatkan sokongan secara mudah kerana dah terbiasa menjual agama dan gadai hukum hakam demi politik kepartian - dah jadi tabie semulajadi PAS sejak dulu hingga sekarang.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday 10 May 2012

Antara Hak Untuk Berdemonstrasi, Privasi Dan Mencari Rezeki

Kita tidak tahu sama ada S.Ambiga adalah seorang yang keliru, dungu atau semata-mata hipokrit. Beliau yang menganggap diri sendiri sebagai juara hak asasi manusia kini terjerit-jerit menafikan hak manusia lain untuk mencari rezeki dan berhimpun di depan rumahnya.Seolah-olah hilang pertimbangan Ambiga benar-benar berang apabila 20 peniaga Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) yang kerugian akibat BERSIH 3.0 menuntut pampasan darinya dan bertindak berniaga di hadapan rumahnya.

Alasan Ambiga ialah mereka telah menceroboh privasinya. Malah beliau juga menempelak mereka sebagai penyangak.

Benar, Ambiga ada hak privasi, tetapi beliau perlu ingat bahawa peniaga-peniaga juga ada hak berhimpun dan mencari rezeki di mana saja mereka suka. Lagipun, bukankah Ambiga juga yang menunjukkan contoh bahawa manusia boleh berhimpun di mana saja termasuk di kawasan perniagaan, walaupun ia akan menggugat hak manusia lain untuk mencari rezeki.

Dan Ambiga jugalah yang menunjukkan contoh bahawa manusia ada hak untuk menceroboh ke kawasan larangan dan mengingkari perintah pihak berkuasa jika mereka suka.

Adalah pelik apabila peniaga yang berhimpun dan berniaga dengan aman dipanggil penyangak sedangkan mereka langsung tidak merosakkan harta benda Ambiga sepertimana perusuh ternakan Ambiga dalam BERSIH 3.0 merosakkan kereta polis termasuk mencederakan anggota polis.

Ambiga juga tidak boleh marah jika peniaga mengotorkan kawasan rumahnya kerana itu adalah hak mereka, sepertimana pihak BERSIH 3.0 berhak mengotorkan Kuala Lumpur dengan sampah sarap dan darah pada 28 April lalu.

Dalam kes ini, Ambiga perlu ingat bahawa sekurang-kurangnya beliau dan jiran-jiran langsung tidak mengalami apa-apa kerugian dari segi kewangan. Kesan kepada Ambiga dan jiran-jiran hanyalah dari segi perasaan terganggu atau rimas.

Tetapi, apa yang dialami oleh peniaga-peniaga tersebut ketika BERSIH 3.0, ialah kerugian yang bukan sedikit. Itupun belum lagi dikira dengan kerugian dalam BERSIH 2.0 yang belum dilunaskan oleh Ambiga.

Sedarkah Ambiga, bahawa peniaga-peniaga inilah rakyat marhaen yang konon dibela oleh Ambiga melalui BERSIH.

Justeru, kenapakah rakyat marhaen yang hanya berniaga kecil-kecilan ini perlu dipanggil penyangak hanya kerana ingin menuntut hak mereka yang telah dirampas oleh Ambiga dalam BERSIH yang lalu?

Maka, tidak salahlah jika kita berkata bahawa Ambiga dan BERSIH tidak pernah mewakili suara rakyat marhaen tetapi hanya segelintir rakyat yang menyokong pembangkang sahaja.

Jika Ambiga benar-benar berniat baik dan seorang pejuang hak rakyat yang ikhlas, beliau tidak akan sekali-kali menempelak atau naik berang dengan peniaga-peniaga ini. Sebaliknya beliau akan turun bersemuka dengan mereka, meminta maaf dan mendengar keluhan mereka dan berjanji akan melakukan sebaiknya untuk membantu dengan apa jua cara yang termampu.

Tetapi, Ambiga sememangnya berniat jahat dan tidak ikhlas. Ini telah pun terbukti apabila beliau dengan selamba mencuci tangan enggan bertanggungjawab apabila perusuh ternakannya ditangkap ataupun cedera. Sedikit pun beliau tidak peduli dengan nasib mereka jauh sekali menjenguk mereka yang hospital, sedangkan mereka juga mewakili rakyat marhaen yang konon diperjuangkannya.

Maka terbuktilah sudah buat kesekian kalinya, siapa Ambiga, iaitu seorang hipokrit dan pengkhianat negara. Apapun, terima kasih diucapkan kepada para peniaga Ikhlas yang berjaya membuat seekor iblis keluar dari penyamarannya.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Marina Tersungkur Di Kaki Ambiga


Ada juga sebenarnya beberapa kerat penyokong & peserta BERSIH 3.0 yang non-partisan masih memegang erat kepercayaan bahawa BERSIH hanyalah sebuah NGO yang berniat baik sebagaimana digambarkan melalui 8 tuntutannya yang kelihatan tulus dan murni.

Bab kata orang, mudah terpesona melihat kulit buku dan tajuknya hingga terlupa peri penting isinya perlu dihalusi dahulu sebelum mengotakan niat untuk membeli buku tersebut.

Marina Mahathir adalah antara peserta BERSIH 3.0 yang tergolong dalam kumpulan tersebut, terpengaruh dengan tuntutan yang dilihat bagus dan menarik kemudiannya terjebak untuk mempertahankan segala tindak tanduk BERSIH atas nama kebebasan bersuara, keadilan dan hak asasi manusia.

Menulis dalam blognya pada 08 Mei, Marina meluahkan pendapatnya mempertahankan BERSIH 3.0 sebagai agenda rakyat yang langsung tiada kaitan dengan kebangkitan di negara Arab khususnya yang berlaku di Mesir, Yemen, Libya dan Syria.

Katanya lagi, tiada alasan untuk dibimbangi tentang kemungkinan BERSIH 3.0 bertukar menjadi kacau bilau seperti yang terjadi di negara-negara Arab tersebut.

Itu kata Marina yang kita ketahui kerap bergiat aktif bersama pelbagai NGO, berfikiran sedikit liberal & terbuka tapi naif soal sepak teranjang dunia politik sekalipun ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohammad adalah tokoh politik terkenal tanahair.

Sebenarnya ternampak jelas, Marina samaada lurus bendul atau sebenarnya sudah terjerat dalam mainan politik pembangkang hingga terpaksa mencari dalil dan hujah untuk menghalalkan penglibatan dalam kerusuhan yang tercetus gara-gara BERSIH 3.0

Hakikatnya apa yang berlaku 28 April lalu hanyalah lanjutan kepada cubaan pembangkang yang mahu meng'tahrir'kan Dataran Merdeka sebagaimana diterjemahkan melalui perarakan anti-PTPTN yang diadakan pada 14 April 2012 yang kemudian meleret menjadi perkhemahan siang malam di sana selama beberapa hari.

BERSIH 3.0 temanya 'Duduk dan Bantah' manakala penegasan oleh Pengerusi Bersama BERSIH 3.0, Datuk S. Ambiga sehari sebelum perhimpunan berlangsung ialah mereka hanya akan duduk dan bantah di kawasan yang sehampir mungkin dengan Dataran Merdeka tanpa melanggar atau mengalih pengadang jalan yang didirikan oleh pihak polis dan DBKL.

Jika BERSIH 3.0 berniat tulus ikhlas untuk mengadakan perhimpunan aman tentu saja sebaik arahan oleh Ambiga yang mahu peserta bersurai maka semuanya berakhir begitu saja tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Namun apa yang berlaku ialah perhimpunan diteruskan dan berlakunya serbuan peserta ke arah Dataran Merdeka selepas Anwar dan Azmin berbalas isyarat yang kemudiannya diikuti dengan tindakbalas pihak berkuasa untuk menyuraikan serbuan tersebut.

Malah ucapan Azmin Ali kira-kira sejam sebelum keributan berlaku jelas membayangkan hasrat pembangkang yang mahu mengepung dan menawan Dataran Merdeka - satu bukti nyata mereka mahu menjadikan Dataran Merdeka sama seperti yang berlaku di Dataran Tahrir.

Begitu juga ucapan Anwar Ibrahim sebelum masuknya waktu solat Zohor yang mahu peserta BERSIH 3.0 menuju masuk ke Dataran Merdeka - bukankah itu terbukti membelakangi arahan mahkamah yang memerintahkan supaya tiada perhimpunan di adakan di kawasan tersebut.

Arahan mahkamah akhirnya dicabuli, undang-undang dilanggar dan harta benda awam dijahanamkan dan anggota polis dicederakan - realitinya perhimpunan aman yang kononnya memperjuangkan ketelusan dan keadilan sebagaimana digambarkan selama ini oleh BERSIH dan pembangkang, sebetulnya hanyalah tong kosong yang dipukul bertalu-talu bunyi kuat tapi isinya zero tiada manfaat.

TRIBUNAL SPR TAKTIK PEMBANGKANG ALIH ISU DALANG RUSUHAN

PKR dan parti-parti pembangkang terus mahu mengelakkan daripda mengambil tanggungkawan sepenuhnya terhadap rusuhan yang berlalu semasa perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.

Setelah butki didedahkan bahawa pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasen mengarahkan peserta berarak menuju ke Dataran Merdeka, serta arahan isyarat tangan ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim kepada timbalannya, Azmin Ali supaya penokong merempuh penghalang, kini mereka mahu mendesak agar satu tribunal ditubuhkan untuk menyiasat pengerusi SPR dan timbalannya pula.

Belum lagi memerintah negara, PKR dan pembangkang sudah menunjukkan belang untuk memburuk-buruk semua institusi negara termasuklah institusi raja-raja Melayu.

Ingat bagaimana Azmin serta pemimpin-pemimpin pembangkang mencemuh raja-raja Melayu dan pemimpin-pemimpin negara dengan kata-kata sinis dan berunsur cacian semada pertabalan Yang diPertuan Agong baru-baru ini?

Inilah orang yang sama yang menjadi balaci kepada Anwar untuk mengarahkan peserta Bersih merempuh masuk ke dataran Merdeka yang telah diisytiharkan oleh mahkamah sebagai kawasan larangan.

Orang yang sama jugalah kini berdepan dengan dakwaan melakukan perbuatan jijik berzina dengan salah seorang pemimpin Wanita Keadilan seperti yang telah didedahkan oleh laporan media.

Inikah jenis manusia seperti juga bosnya, Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang umpamanya Mat Sabu yang pincang akhlak dan moral mereka tetapi menipu rakyat untuk mendapat kuasa?

Pembangkang cuba membawa isu  rusuhan kepada perkara lain agar rakyat melupakan peranan besar mereka mencetuskan kekecohan yang menyebabkan ramai yang tercedera termasuk anggota polis.

Mereka menyebarkan fitnah dan propaganda bahawa SPR adalah satu badan penyelia pilihanraya yang tunduk kepada arahan kerajaan, maka dengan itu tidak bebas dan adil.

Malah untuk membukti dakwaan mereka, pembangkang membawa sekumpulan pemantau pilihanraya bebas dari luar negara untuk membuktikan kepada dunia bahawa apa yang mereka katakan adalah benar.

Satu persoalan sahaja yang sampai kini pembangkang terkedu dan terkelu lidah mereka apabila diajukan soalan ini.

Jika benarlah seperti yang didakwa bahawa SPR menjadi alat kerajaan, sudah tentu Barisan Nasional akan memenangi setiap satu daripada 222 kerusi parlimen dan 456 kerusi negeri, dan pembangkang tidak akan berjaya memiliki satu pun kerusi samada di Dewan Rakyat mahupun Dewan Negeri.

Namun, hakikat yang terjadi adalah sebaliknya.

Pembangkang bukan sahaja dapat mengekalkan penguasaan ke atas negeri Kelantan bagi lima pilihan raya umum berturut-turut sejak 1990, tetapi berjaya merampas empat buah negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah denbgan jumlah kerusi parlimen sebanyak 82.

Malah keputusan PRU 2008 merupakan yang terbaik bagi pembangkang berbanding PRU 1999 di mana mereka memenangi 31 kerusi parlimen.

Kalaulah benar dakwaan pembangkang bahawa SPR mengikut telunjuk, mustahil pembangkang mampu merampas dua negeri terkaya di Malaysia iaitu Selangor dan Pulau Pinang.

Sudah tentu BN dengan menggunakan SPR sebagai 'alat' akan memastikan Selangor dan Pulau Pinang terus kekal di bawah pemerintahan BN tetapi realitinya ini tidak berlaku.

Perak jatuh semula ke tangan BN setelah 11 bulan kerana tiga orang anggota Dewan Negeri itu tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan pembangkang.

Jadi amat jauh sekali daripada realiti, hakikat dan kebenaran menuduh SPR sebagai satu badan bebas yang ditugaskan menyelia pilihan raya sejak merdeka sebagai institusi yang diperalatkan.

Taktik pembangkang ialah untuk terus menabur fitnah siang dan malam terhadap SPR supaya lama-lama rakyat akan termakan dengan dakyat mereka.

Tohmahan pembangkang tidak akan berkesan lagi kerana rakyat sudah tahu SPR telah menjalankan tugasnya dengan telus, adil dan bersih sejak 55 tahun lalu.

Peguam Malaysia Bacul

Buat kesekian kalinya, Majlis Peguam menyerlahkan siapa sebenarnya mereka, iaitu salah satu dari beberapa badan atau pertubuhan yang merupakan rangkaian dari parti pembangkang.  

Badan atau pertubuhan rangkaian dari parti pembangkang boleh dilihat dalam berbagai bentuk, antaranya BERSIH, Kumpulan Hijau dan bermacam-macam lagi yang memakai nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO).    Tidak musthail, jika diteliti, ahli-ahli kesemua kumpulan ini hampir semuanya adalah orang yang sama dan juga mempunyai modus operandi yang sama iaitu cuba membuat huru-hara melalui demonstrasi atau provokasi. 

Inilah yang terjadi dalam BERSIH 3.0 di mana BERSIH membuat demonstrasi sementara Majlis Peguam membuat provokasi.

Sebagai peguam, ahli-ahli mereka pastinya cukup bijak memutarbelit dan memanipulasi fakta.    Dan inilah yang mereka lakukan selama ini demi untuk mencapai matlamat ‘merombak’ Malaysia mengikut acuan yang mereka inginkan.   ‘Bentuk’ Malaysia yang mereka inginkan boleh dilihat dalam isu-isu yang diperjuangkan mereka.  Antaranya, hak LGBT dan juga hak untuk murtad, yang mana dianggap mereka sebagai hak asasi dan keadilan bagi manusia sejagat. 

Bagaimanapun, bagi mencapai matlamat ini di Malaysia, agama Islam, Melayu dan Raja-raja menjadi penghalang utama dan kerana itu perlu dihapuskan, sama ada melalui pilihanraya yang mana peluang mereka adalah agak tipis, atau melalui jalanraya, atau apa saja. 

Maka tidak hairanlah Majlis Peguam menjadi rangkaian pembangkang kerana pembangkang, iaitu DAP dan PKR juga berpegang kepada matlamat yang sama.    PAS walaubagaimanapun, tidak faham dan tidak tahu apa-apa dan hanya menurut saja asalkan ada peluang untuk ke Putrajaya.

Apabila BERSIH 3.0 gagal, dan menjadi senjata makan tuan kepada pembangkang, maka Majlis Peguam pantas membela sekutu mereka bagi memastikan matlamat untuk memburukkan Malaysia tercapai.    Dengan itu, mereka telah bertindak menutup mata dan telinga tentang hakikat bahawa BERSIH 3.0 telah melanggar undang-undang sejak dari mula lagi apabila tidak menunaikan janji untuk ‘Duduk dan Bantah’ dengan aman. 

BERSIH 3.0 juga melanggar undang-undang dengan mengingkari arahan polis untuk bersurai. 

Dan kemuncaknya BERSIH 3.0 telah melanggar perintah mahkamah bahawa Dataran Merdeka adalah haram bagi mereka. 

Undang-undang dan mahkamah adalah dua perkara yang seharusnya diangkat bagaikan ‘berdaulat’ bagi para peguam.  Malah, dalam perbicaraan, sekiranya pihak pendakwa memperolehi bukti secara tidak sah, walaupun bukti tersebut jelas merujuk kepada pesalah, peguam akan berhujah agar pesalah wajib dibebaskan dari tuduhan.  Begitulah tingginya kedudukan undang-undang dan mahkamah bagi para peguam sehinggakan ia mengatasi keadilan itu sendiri.

Namun, dalam isu BERSIH 3.0, Majlis Peguam telah berhujah dengan tidak berdasarkan undang-undang mahupun keadilan, tetapi emosi dan sentimen politik semata-mata. 

Ini terbukti apabila Majlis Peguam bersikap bacul dengan memanipulasi laporan daripada 78 sukarelawan yang memerhatikan BERSIH 3.0 dari enam penjuru. 
Perkara ini didedahkan sendiri oleh seorang peguam, Ranjit Singh Dhillon melalui rakaman video youtube mempersoalkan kenyataan bercanggah oleh Pengerusi Majlis Peguam, Lim Chee Wee serta tindakannya menyembunyikan perkara sebenar tentang bagaimana keganasan tercetus dalam BERSIH 3.0.  Menurut laporan tersebut, perusuh telah terlebih dahulu mengganas sebelum polis bertindak balas. 

Kata Ranjit, "Undang-undang adalah sesuatu yang khusus. Kita sepatutnya berkhidmat untuk rakyat. Laporkan apa yang sebenarnya berlaku dan serahkan kepada rakyat untuk menilai,"

Kita bernasib baik, masih ada peguam yang waras dan professional seperti Ranjit dalam negara ini.  Jika tidak, bagaimana negara boleh berfungsi dengan baik apabila peguam-peguam asyik membela pesalah tanpa langsung mengambil kira kebenaran, keadilan, undang-undang mahupun perintah mahkamah. 

Tidak tahulah sama ada Majlis Peguam masih mempunyai sedikit maruah untuk merasa malu apabila sikap berat sebelah dan tidak adil mereka terdedah.  Kita harap Majlis Peguam dapat belajar sesuatu dari pendedahan ini iaitu hak asasi manusia itu tetap tertakluk kepada undang-undang.  Justeru, walau apapun kecenderungan politik, prinsip hidup atau kepercayaan agama, setiap seorang rakyat termasuk juga para peguam, adalah wajib akur kepada undang-undang. 

Bukankah ini perkara paling asas dalam bidang guaman?