Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 30 March 2012

Nik Aziz Pertahankan Undi PAS masuk Syurga

Demo lo ni tidak serupo mulo
Tok berani Anwar no tego
Tunggu sajo Karpa singhbersemuko
Takut nik ajih paling muko

Hambo ni tidaklah cerdik pandai dalam bab Agamo.. Tetapi seelok-eloknya Nik Aziz perlu “memisahkan” agama dari politik agar kesucian sesuatu agama itu terjamin dan dihormati. Pemimpin politik sekarang sering mempergunakan agama untuk kepentingan sendiri semata-mata mahu menyelamatkan diri dan menghalang kebenaran.

Lebih elok politik yang berpisah dari agama dibandingkan politik yang mempergunakan agama. Amatlah merbahaya apabila agama itu telah menjadi senjata mereka yang pandai berbicara untuk kepentingan kuasa dan diri. Hakikat Tuhan akan disalahertikan oleh manusia.

Perkembangan terbaru Cikgu Rizal

Alhamdulillah.. Muhammad Rizal bin Ariffin baru dipindah ke wad Neurologi dari wad ICU. Walaupun belum sedar 100%, beliau kini berada didalam keadaan stabil dan sudah sedar dari koma. Sudah mula bertutur walaupun tersekat-sekat. Ingatan juga belum pulih sepenuhnya.



  
HM : Terima kasih diatas sokongan dan doa dari sahabat-sahabat semua.. InsyaAllah, kami telah berbincang dengan pihak-pihak yang terbabit, jika keadaan Rizal beransur sihat.. Kami akan terbangkan beliau ke semenanjung. Saya akan update dari masa ke semasa.

Thursday 29 March 2012

Betul ke kempen LYNAS terima dana asing?

Susah payah kerajaan cari pelabur untuk membangunkan ekonomi dan menaikkan nama Malaysia di mata dunia..  Senang-senang je pembangkang mempolitikkan isu LYNAS ni. Pakatan Rakyat ni tak fikir ke.. Bila kilang ini dapat beroperasi, peluang pekerjaan dah tentu terbuka.. secara tidak langsung dapat mengurangkan penganggur di Malaysia khususnya di negeri Pahang.

Bermacam-macam taktik dilakukan oleh Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan LYNAS ni.. Janji mereka pada PRU ke-12 pun mereka tak tunaikan lagi.. ini mereka buat kerja bodoh pulak..

Penyokong pembangkang serta rakyat tempatan telah digembeleng sejak setahun lalu untuk menentang projek tersebut.

Tujuan utamanya ialah untuk menutup kilang Lynas yang yang menelan belanja dan pelaburan asing lebih RM700 juta bagi negeri Pahang.

Bermacam-macam tohmah dan dakwaan dilemparkan terhadap projek tersebut antara lain bahawa projek tersenut membahayakan rakyat Pahang serta alam sekitar kerana kononnya risiko bahan buangan beradioaktif hasil pemprosesan bahan mentah nadir bumi yang dilombong dari Australia.

Bagaimana pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri termasuk semua agensi yang bertanggungjawab dalam pelesenan dan pemantauan kilang tersebut telah memberi jaminan bahawa kilang tersebut selamat dan tidak berisiko tinggi seperti mana yang didakwa oleh pembangkang.

Malah ahli parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat yang merupakan pakar kajian nuklear telah mengesahkan tapak loji memproses nadir bumi Lynas adalah selamat dengan pemantauan yang mengikut prosedur.

Sekaligus kenyataan yang datangnya dari seorang pakar dan professional seperti Dr Che Rosli menyanggah dakwaan-dakwaan berbaur politik dan tidak berasas daripada kumpulan kempen anti-Lynas yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Jka dikaji sejarah kempen anti-Lynas, agak menghairankan mengapa DAP yang juga rakankongsi PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat membantah penubuhan jawatankuasa bagi menilai penubuhan kilang Lynas.
DAP mahu menampakkan bahawa parti itu tidak anti-pembangunan dan pelaburan tetapi secara senyap dan sembunyi memberi dokongan kuat kepada kempen tersebut.

Ini terbukti dengan kehadiran dalam setiap demonstrasi dan bantahan yang diadakan sama di Kuantan atau di Kuala Lumpur.

Lebih daripada 90 peratus yang hadir terdiri daripada ahli dan penyokong DAP, hanya segelintir kecil penyokong PKR dan PAS menyertai mana-mana perhimpunan anti-Lynas.

Ini membuktikan bahawa wujud agenda tersembunyi yang tidak mahu didedahkan oleh DAP.

Menurut sumber dalaman kempen anti-Lynas sendiri, Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu menerajui kempen mampu bertahan lebih setahun kerana sokongan dana yang besar.

Dana tersebut dikatakan diberikan oleh sebuah negara Asia yang juga merupakan antara pengeluar terbesar nadir bumi dunia.

Kalau tidak masakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas yang besar mampu mengadakan kempen yang tersusun dan teratur, malah mampu membawa aktiviti-aktiviti mereka hingga ke Australia.

Semuanya ini memerlukan kewangan yang besar dan pembiayaan hanya mampu diberi oleh pihak yang mempunyai kepentingan dan berasa terancam dengan wujudnya kilang Lynas di Gebeng.

Ertinya DAP dan PKR telah menjadi kuada tunggangan negara asing untuk menjejaskan ekonomi dan iklim pelaburan Malaysia.

Tindakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas bolehlah dianggap sebagai usaha khianat terhadap negara mereka sendiri dan sudah tentunya pihak berkuasa harus menyiasat sumber dana yang diperolehi serta agenda tersembunyi pembangkang dengan menggunakan rakyat yang dipergunakan.

PAS telah menghidu agenda jahat PKR dan DAP dan oleh kerana itu sejak awal algi telah menunjukkan sikap dingin terhadap usaha menentang projek tersebut.

Hakikatnya kempen anti-Lynas adalah contoh yang menjadi bukti kukuh bahawa dakwaan pihak pembangkang sememangnya menerima dana asing bagi mewujudkan ketidakstabilan politik di negara ini.

Pembangkang akan menggunakan apa jua cara untuk merampas kuasa politik sekalipun bersekongkol dan didokong dana besar negara asing.

Saya tara goyang sama lu lah Anwar

Anwar Ibrahim berani saman Nallakaruppan tetapi trio Dato T tak berani pula... Macammana pula tu?
Walaupun Anwar Ibrahim  memfailkan notis saman kepada Nallakaruppan.. Sokongan kuat dari kalangan bekas pemimpin PKR seperti Ezam Mohd Nor, N. Gobalakrishnan, Zahrain Mohamed Hashim, Annuar Shaari dan beberapa yang lain berdiri teguh untuk terus membongkar salahlaku Ketua Umum PKR itu.

Keyakinan di pihak Nallakaruppan banyak berkaitrapat dengan faktor beberapa bukti penting yang memihak kepadanya termasuklah berkaitan dengan penglibatan isteri Azmin Ali, Shamsidar yang pernah banyak kali menjadi 'santapan' Anwar Ibrahim.

Semasa sidang akhbar semalam, sekali lagi secara terbuka Nallakaruppan menegaskan Anwar sebagai seorang biseksual dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri ataupun Ketua Pembangkang di parlimen.

Anwar Ibrahim dikatakan juga menemplak dan naik berang terhadap beberapa wartawan bila diminta mengulas isu saman

Anwar hanya baru saja memfailkan saman, namun hingga kini writ saman tersebut belum juga diserahkan kepada Nalla sendiri mahupun peguamnya. Jika Anwar serius, sepatutnya sejak dari awal lagi selepas saja saman difailkan, writ saman segera diserahkan kepada pihak Nalla.

Peguam terkemuka yang mewakili Nallakaruppan, Datuk Seri Shafie Abdullah pula meminta peguam bela Anwar segera menyerahkan writ saman di pejabatnya bagi mempercepatkan proses perbicaraan yang sekiranya mendapat kerjasama semua pihak berkemungkinan dapat diselesaikan kes tersebut dalam tempoh dua bulan ke tiga bulan.

Kita tunggu dan lihat sehingga bila Anwar boleh bertahan dengan asakan & desakan umum yang mahu beliau menyegerakan kes ini. Di pihak Nalla, tekad dan kesungguhannya untuk menghadiri perbicaraan mahkamah sudah terserlah sejak awal lagi hingga kini tetap utuh tidak berganjak

Tuesday 27 March 2012

Update: Guru dibelasah hingga pecah tengkorak kepala

Perkembangan terbaru : Ada pergerakan di kaki dan tangan Rizal. Cuma mata je belum buka. Doktor memberi tahu, itu perkembangan yang terbaik. Masih dalam kedaan separa sedar. Bila keadaan Rizal stabil, doktor hendak melakukan imbasan di kepala untuk melihat jika ada darah beku di otak.
 Terima kasih kepada rakan-rakan yang mendoakan
Gambar terbaru
Sungguh menyayat hati.. Muhammad Rizal bin Ariffin atau panggilan mesra dakdik ini sebenarnya sepupu saya. Beliau bertugas sebagai guru di Sek. Keb. St. John, Dalat Sarawak.. Baru menetap di Mukah semenjak bulan September 2011.

Muhammad Rizal bin Ariffin di dalam keadaan koma

Pakar Perubatan memberitahu tengkoraknya pecah lebih kurang sebesar tapak tangan orang dewasa akibat dipukul dengan objek keras atau tumpul. Menurut laporan Polis, Rizal dijumpai oleh orang awam, sehingga kini Polis masih menjalankan siasatan untuk mengetahui apa punca yang berlaku.

Kami dimaklumkan oleh pihak sekolah pada hari Ahad bersamaan 25 Mac 2011. Mengikut kata Polis dan pihak hospital. besar kemungkinan Rizal telah dipukul pada hari Jumaat 23 Mac dan dijumpai oleh orang awam 3 hari selepas itu. Takdir Allah s.w.t dan dengan kehendaknya juga beliau dapat diselamatkan sehingga kini.

Beliau telah diterbangkan semalam melalui Helikopter dari Hospital Sibu ke Hospital Umum Sarawak untuk menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di otak.. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk sepupu saya. InsyaAllah..

Terima kasih diatas layanan yang diberikan olek pihak Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu, Hospital Mukah, pihak Pejabat Pendidikan daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Cikgu Qayum (rakan serumah rizal), Guru Besar Sek St. John Dalat, Pengarah dan Timalan JPN Negeri Sarawak dan Polis DiRaja Malaysia.

p.s : Dalam hati aku sekarang hanya Allah s.w.t je tahu..


Friday 23 March 2012

PKR Dakwa Tanpa Undi India, PR Masih Kekal Di Kedah

RADIO Kedah kelmarin menyiarkan temuramah dengan Ahli Parlimen Sungai Petani dari PKR, Johari Abdul yang mendakwa Pakatan Rakyat masih mampu mengekalkan kuasa di Kedah, walaupun tanpa sokongan dan undi dari masyarakat India.

Kenyataan ini menunjukkan betapa bongkak dan takburnya Johari Abdul dengan tahap kekuatan Pakatan Rakyat di Kedah sekarang sehingga memandang rendah keupayaan pengundi kaum India dan sumbangan mereka kepada pembangunan negeri tersebut.

Sedangkan kita semua tahu bahawa Kedah adalah antara negeri yang bakal terlepas semula ke tangan Barisan Nasional, bukan sebab kekuatan BN tapi kerana kegagalan PAS dan Pakatan Rakyat menunjukkan prestasi pemerintahan yang baik, dibanding dengan kerajaan BN sebelumnya.

Cakap memang banyak tapi satu apa tak dibuat. Tak kira lagi perbalahan dalam kerana masing-masing mabuk nak menjadi Menteri Besar.

Dulu bolehlah, masa jadi pembangkang, semua pun digebang besar-besaran. Itu boleh ini boleh. Tapi bila dah jadi kerajaan baru tahu susahnya nak menguruskan kerajaan.

Kalau pun ada ‘sumbangan’ PAS di Kedah yang boleh diingati rakyatnya ialah kejadian banjir kilat yang kerap, hasil dari penggondolan hasil hutan (terutama balak) di Kedah sejak PAS mengambil alih. 

Walaupun kita tahu, kenyataan Johari Abdul itu terhasil dari rasa tidak puas hatinya kepada Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengisytiharkan keluar PKR pada tahun sudah, tapi tidak wajarlah dia mempalitkan tindakan tersebut kepada seluruh masyarakat India di Kedah.

Undi, walaupun satu, mampu memberi kesan kepada keputusan pilihanraya di kawasan tersebut.

Johari Abdul sedar, hilai tawanya bersama trio Datuk T dalam kes pendedahan video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim, sedikit sebanyak sudah mencalarkan imejnya sebagai penyokong setia Anwar. 

Di belakang buat main lagi tunduk patuh pada Anwar ya, dibelakang, dialah yang paling hebat mengata.

Semua inilah sebenarnya yang mengurangkan ‘nilai’ Johari Abdul untuk dicalonkan semula sebagai Ahli Parlimen dalam kempen pilihanraya umum akan datang. Dia tahu itu, maka itu dia banyak membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya boleh merosakkan PKR dari luar dan dalam.

Malangnya orang India pula dijadikan subjek kecama Johari Abdul dalam usahanya mensabotaj PKR dari dalam.

Orang India di Kedah sepatutnya mengambil kenyataan Johari Abdul ini dalam menentukan kerajaan mana yang mahu dipilih dalam pilihanraya akan datang. 

Malulah orang India jika peranan dan kepentingan mereka di pandang mudah dan rendah oleh parti yang memerintah. 

Walhal sebagai warganegara, orang India mempunyai peranan dan fungsi besar memajukan negara ini, tidak terkecuali negeri Kedah – walaupun populasi mereka di negeri tersebut adalah kecil.

Thursday 22 March 2012

GMPN bantah sokongan Anwar Ibrahim terhadap Israel





 Gerakan Memartabatkan Pejuang Negra ataupun lebih dikenali sebagai GMPN telah membuat demo secara aman di Lukut, Port Dickson semalam bagi membantah kunjungan Anwar Ibrahim dan sokongan Anwar Ibrahim terhadap Israel.

 
Barisan Pejuang-pejuang GMPN.


Laporan Polis yang telah dibuat bagi membatah sokongan Anwar Ibrahim terhadap yahudi.

Tuesday 13 March 2012

Moh kita tengok gelagat Muslimah PAS


Blog HM: Panas!! Guan Eng akui Pakatan Rakyat goyah


Keangkuhan Lim Guan Eng akhirnya goyah juga apabila beliau semalam mengakui yang beliau merasa bimbang yang Pakatan Rakyat akan kehilangan kuasa di Pulau Pinang. Kenyataan beliau di dalam akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau semalam jelas menunjukkan ketidakyakinan beliau dalam menghadapi pilihanraya akan datang.
Kebimbangan beliau berpunca dari kesungguhan BN bekerja dalam memulihkan sokongan rakyat negeri itu, yang menyaksikan lawatan yang kerap dari pemimpin-pemimpin tertinggi BN ke kawasan-kawasan panas di sekitar negeri itu. Selain itu, beliau juga merasa bimbang mengenai insiden-insiden keganasan yang berlaku kerana isu-isu tertentu.
Menurut beliau lagi, adalah sukar bagi PR untuk menandingi BN dari segi jentera, wang dan media atau 3M (machinery, money and media) di mana BN mempunyai kelebihan sebagai kerajaan pusat. Sasaran kini, katanya adalah untuk memenangi 100 dari 222 kerusi sudah dikira mencukupi bagi PR kerana ia pasti menimbulkan huru-hara di dalam UMNO. Apabila BN kehilangan 2/3 majoriti, Dato’ Seri Najib pasti akan dicabar dan pencabarnya akan membantu melemahkan BN secara tidak langsung.
Itu adalah kenyataan dari mulut Guan Eng sendiri. Yang pasti, kebimbangan Lim Guan Eng bukan terhad kepada beberapa faktor yang disebutnya di atas sahaja. Tetapi, faktor yang paling kritikal ialah dirinya sendiri.
Sebelum berkuasa di Pulau Pinang, Lim Guan Eng atau DAP secara keseluruhan sememangnya sinonim dengan imej rasis dan chauvinis. Hakikat bahawa DAP adalah pencetus 13 Mei tidak mungkin dapat dipadamkan daripada sejarah walau bagaimana licik pun mereka berusaha mengubah sejarah.
Apabila Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, rakyat telah diberi amaran berkenaan sikap rasis dan chauvinis DAP. Ternyata apa yang ditakuti menjadi nyata apabila Lim Guan Eng dengan selamba memungkiri janji kepada kaum India dengan merampas tanah kampung mereka dan dengan angkuh menghalau dan merobohkan kedai-kedai dan kampung milik kaum Melayu.
Para pemerhati politik dan mereka-mereka yang berfikir dapat melihat dengan jelas bagaimana Lim Guan Eng menghalau kaum-kaum lain secara sistematik dan licik menggunakan kuasa dan undang-undang ke atas mereka yang lemah. Tanah-tanah kampung yang dirampas, didirikan rumah-rumah dan pusat komersial berkos tinggi bagi memastikan kaum Melayu dan India yang majoritinya terlalu jauh ketinggalan dari segi ekonomi berbanding kaum Cina tidak akan mampu memilikinya hatta terpaksa keluar dari Pulau Pinang.
Selain itu, sikap diktator Guan Eng juga semakin terserlah sehingga tidak lagi disenangi bukan sahaja oleh kaum bukan Cina, tetapi kaum Cina sendiri. Antaranya, Lim Boo Chang, bekas ahli MPPP telah bertindak keluar parti atas alasan khusus iaitu ‘sikap diktator dan autokratik’ Lim Guan Eng yang menggunakan taktik mengugut dan menekan dalam pemberian projek sPICE. Sikap itu juga sekali gus menunjukkan yang Guan Eng tidak telus atau korup dalam pemberian projek-projek kerajaan negeri.
Guan Eng juga tidak mampu menyembunyikan kebenciannya yang meluap-luap terhadap Melayu dan sikap inilah yang sering menimbulkan ketegangan antara beliau dengan pegawai-pegawai kerajaan berbangsa Melayu. Bagi melakukan ‘damage control’ apabila sikapnya berjaya dihidu media, beliau terpaksa berbohong dan berbohong mengenai apa yang sebenarnya berlaku.
Malangnya, Melayu tidak sebodoh yang Guan Eng sangka. Satu demi satu pembohongannya didedahkan seluas-luasnya sehingga beliau kini digelar sebagai Ketua Menteri lidah bercabang.
Sikap kepimpinan tertinggi DAP juga tidak mampu membantu Guan Eng dalam meraih sokongan rakyat. Walaupun sibuk melaungkan keterbukaan, menuntut kebebasan bersuara dan kebebasan media tetapi kepimpinan DAP sendiri tidak bersikap terbuka. DAP terkenal dengan budaya memberi tekanan kepada sesiapa sahaja yang menegur kepimpinan mereka. Tidak cukup dengan itu, mereka juga menyeru boikot terhadap media yang mengkritik mereka. Bayangkan, bagaimana Guan Eng boleh mengharapkan sokongan rakyat jika beliau sendiri bercakap tidak serupa bikin?
Itu belum lagi dikira amalan kronisme dan nepotisme dalam DAP di mana hanya mereka-mereka yang punya pertalian atau yang rapat dengan kepimpinan atasan sahaja yang akan diberikan jawatan. Sikap komunis yang sentiasa prejudis dan tidak mempercayai orang luar begitu menebal menjadikan DAP sebagai parti yang ‘dingin’ dan tidak mesra rakyat.
Semua ini adalah faktor-faktor yang menyebabkan Lim Guan Eng hilang keyakinan untuk menang dalam PRU akan datang. Mungkin Guan Eng enggan mengakui semuanya tetapi kita yakin yang jauh di sudut hatinya dia tahu setakat mana kebolehannya untuk mentadbir negeri. Seorang yang angkuh selalunya akan banyak berbuat silap kerana enggan menerima teguran dan nasihat.
Walaubagaimanapun, ‘jatuh’ atau tidak Pulau Pinang kali ini bukan bermakna PR akan selamat. 100 kerusi sasaran PR boleh dikatakan satu cita-cita yang terlalu tinggi dengan keadaan Selangor yang dipenuhi sampah dan berlubang di sana-sini akibat korupsi kerajaan negeri. Apa lagi dengan keadaan pentadbiran Kedah yang terumbang-ambing dan Kelantan yang seolah-olah ‘koma’ selama-lamanya.
Oleh itu, kebimbangan Guan Eng sebenarnya amatlah bertepatan sekali dengan perkembangan politik hari ini. Rakyat tidak lagi marah dengan BN sepertimana tahun 2008 dahulu. Rakyat kini marah dengan PR pula, kerana belum pun sampai sepenggal, sudah dilanda berbagai-bagai skandal.

Khairy bongkar sokongan Anwar terhadap Israel di Parlimen


Percubaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk 'membersihkan' dirinya berhubung isu Israel menjadi 'senjata yang memakan diri' apabila kupasan seorang Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) sebaliknya menyifatkan Anwar sebenarnya menyatakan sokongan mutlak kepada rejim zionis itu.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang mencelah ucapan Anwar ketika membahas titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini berkata, fakta itu boleh dilihat sekiranya kenyataan Anwar dalam temu bual dengan akhbar Wall Street Journal itu dibaca sepenuhnya dan bukan setakat petikan tertentu sahaja.

Beliau kemudiannya membaca dua petikan kenyataan Anwar iaitu :"I support all efforts to protect the security of the state of Israel" dan kenyataan kedua berbunyi :"...stated that any change to the status quo would remain contingent on Israel recognising the aspirations of the Palestinians".

"Saya faham soal 'contingent' itu tetapi saya hendak tanya kenapa Yang Berhormat Ketua Pembangkang tidak baca sepenuhnya paragraf temu bual dengan Wall Street Journal itu sebab kalau dibaca sepenuhnya, maknanya berbeza.

"Maksudnya kenyataan ini ada dua bahagian. Apabila Yang Berhormat sebut "I support all efforts to protect the security of the state of Israel", itu tidak ada 'contingent', maknanya sokongan itu adalah 'blanket support', sokongan mutlak yang tidak ada syarat kepada kerajaan Israel," katanya.

Berdasarkan laporan WSJ mengenai temu ramah dengan Anwar dalam laman webnya berbunyi: "Dalam temu ramah Anwar menjawab kepada soalan sama ada beliau akan membuka hubungan diplomatik dengan Israel dengan menyatakan 'sokongannya' untuk 'usaha melindungi keselamatan negara Israel' manakala pada masa yang sama menyokong 'hak sah rakyat Palestin'.

Beliau berhenti sejenak dan berkata akan menjalin hubungan diplomatik dengan kedua-dua negara dan berkata sebarang perubahan status quo akan kekal bergantung kepada Israel mengiktiraf aspirasi rakyat Palestin."

Pertanyaan Khairy itu menyebabkan persidangan dewan yang tenang bertukar kecoh apabila kedua-dua Anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang saling bertikam lidah.

Anwar walaupun nampak tenang menghadapi 'pukulan' itu, cuba membuat serangan balas dengan melontarkan tuduhan-tuduhan liar kepada Khairy.

"Inilah Ketua Pemuda yang boleh berniaga dengan Israel, yang boleh berkawan dengan tokoh-tokoh Yahudi, yang boleh pertahan Apco, yang boleh sokong Perdana Menteri tulis surat kepada Perdana Menteri Israel," katanya yang enggan memberi laluan seterusnya kepada Khairy untuk berhujah.

Keadaan itu menyebabkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta masing-masing bertenang dan duduk.

Terdahulu, Anwar dalam hujahnya mendakwa media kerajaan digunakan untuk menyebarkan fitnah terhadapnya dengan menyentuh pelbagai isu termasuk isu Israel dan kenyataan kontroversinya dalam temubual dengan BBC mengenai isu undang-undang homoseksual.

Persidangan dewan bersambung esok (Hari Ini).-BERNAMA

Monday 12 March 2012

SAIFUDDIN RAMPAS KUASA DARI AZMIN DI KUANTAN


Jika para penganalisis politik menganggap PAS Kedah sedang menghadapi krisis kepimpinan yang runcing, Parti Keadilan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim bertambah lagi kepincangan dalamannya.

Kejadian khalwat yang didakwa membabitkan Ketua Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrolamin Bahron dengan isteri orang di Kuantan, 25 Februari lalu, bukan sahaja telah melenyapkan peluang orang kuat Anwar itu untuk menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang, tetapi juga secara tidak langsung telah membongkar satu skandal politik yang bakal menggugat masa depan parti reformasi jalanan itu. 

Ketika Dr Badrolamin yang dipanggil 'ustaz' di kalangan penyokong PKR, di tahan dalam serbuan oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang di sebuah hotel di Kuantan, beliau dikatakan berada di ibunegeri Pahang itu kerana menghadiri satu perjumpaan dan taklimat parti.

Maklumat yang tidak diketahui oleh kebanyakan pimpinan PKR peringkat samada di peringkat negeri mahupun di peringkat cabang ialah perjumpaan itu bersifat rahsia dan mereka yang hadir adalah atas jemputan khas sahaja.

Sumber dalaman PKR memberitahu taklimat tersebut dianjurkan di bawah pengawasan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
 
 Amat mengejutkan perjumpaan yang turut dihadiri oleh Anwar dan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail serta Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar TIDAK disertai oleh Timbalan Presiden, Azmin Ali.
 
Sumber PKR memberitahu, Saifuddin sengaja mengadakan taklimat khas itu tanpa pengetahuan Azmin dan mengambil peluang keemasan ketika bekas Setiausaha Sulit kepada Anwar itu berada di luar negara.

Lebih mengejutkan mereka yang hadir pada perjumpaan iu adalah individu-individu yang berpotensi besar dipilih sebagai calon pada PRU ke-13 nanti. 

Satu kesimpulan boleh dibuat daripada perjumpaan tersebut.
 
 
 

iaitu pengaruh Azmin di dalam PKR semakin berkurangan dan nampaknya beliau kian disisih.

Ini jelas terbukti apabila Anwar dan Wan Azizah merestui taklimat yang dipanggil oleh Saifuddin khas melalui SMS sahaja tanpa sebarang jemputan rasmi secara bertulis.

Dikalangan ahli PKR, menjadi satu rahsia terbuka bahawa Saifuddin dan Azmin tidak sebulu dan Setiausaha Agung itu dilihat sebagai pencabar berpotensi mengugat jawatan Timbalan Presiden yang dipegang Azmi kini pada pemilihan parti tahun depan.

Azmin kini dikatakan sedang 'mengamuk' kerana majoriti mereka yang dijemput Saifuddin ke perjumpaan rahsia itu bukan kroni atau pilihan Azmin sebagai calon yang akan bertanding samada kerusi Parlimen atau DUN.

Azmin dikatakan akan menyuarakan ketidakpuasan hatinya pada mesyuarat Biro Politik parti dalam masa terdekat.

Kehadiran Wan Azizah juga seolah-olah dilihat mengabsahkan teori bahawa beliau sebenarnya tidak sukakan Azmin sejak era Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.

Apatah lagi pada pemilihan parti 2010, anaknya Nurul Izzah pada satu ketika menimbang untuk turut serta dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Kini apa yang berlaku di Kuantan dua minggu lalu mengesahkan kumpulan Wan Azizah telah melakukan rampasan kuasa terhadap Azmin.

Kumpulan Wan Azizah dikatakan terdiri daripada Nurul Izzah, Saifuddin,  Khalid Ibrahim, Tian Chua, Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Mustafa Kamil Ayub.

Mereka ini secara terang-terangan menunjukkan rasa tidak puas hati dan setuju dengan tindakan dan dakwaan penyelewengan berleluasa yang didalangi oleh pihak yang didokong Azmin pada pemilihan parti lalu. 

Azmin pula di sokong oleh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, ADUN Batu Caves dan ADUN Seri Muda, Shuhaimi Mat Shafiei.

Dalam pertelingkahan dua puak dalam PKR ini, Anwar memainkan peranan pecah dan perintah.

Tindakan beliau merestui taklimat rahsia itu seolah-olah mahu mengekang kuasa dan pengaruh Azmin di dalam parti dan memastikan Nurul Izzah satu hari nanti akan mewarisi PKR dari ibunya.

Yang menarik dalam masa terdekat apakah bentuk tindakan politik yang bakal diambil oleh Azmin bagi menyerang balas gerakan Saifuddin bagi mengekalkan kuasa dan pengaruh sebelum beliau kehilangan kedua-duanya.

NFC: Undang-Undang Mengatasi Kepentingan Politik


Pendakwaan rasmi telahpun dilakukan ke atas Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail.

Walaupun beliau adalah suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, namun status tersebut tidak mampu menghalang proses undang-undang & keadilan dari dilaksanakan.
 
Soal beliau bersalah ataupun tidak, itu urusan mahkamah yang akan tentukan.

Jika diambil kira dalam konteks penguasaan kerajaan, sepatutnya kes mahkamah yang melibatkan pemimpin BN atau ahli keluarga mereka disenyapkan saja demi nama baik parti & kerajaan.

Tapi perkara sedemikian tidak berlaku kerana bagi kerajaan BN, urusan kehakiman & soal keadilan adalah prioriti yang berada jauh di atas kepentingan politik.

Sejarah membuktikan ramai pemimpin kerajaan & parti yang memerintah jika wujud keraguan dalam sesuatu isu, mereka tidak terlepas dari pendakwaan di mahkamah.

Rekod menunjukkan, belum pernah mana-mana pemimpin kerajaan yang memprotes proses kehakiman ataupun mengadakan rapat umum untuk memberi tekanan terhadap proses keadilan.

Isu NFC sekali lagi menjadi bukti nyata bahawa sejak dulu hingga sekarang kerajaan tidak pernah memilih bulu mahupun mencampuri urusan kehakiman apatah lagi menyalahgunakan kuasa untuk menekan proses undang-undang.

Berbeza dengan kebanyakan pemimpin pembangkang, kerap kali bila di dakwa di mahkamah atas pelbagai kes, mereka akan menggunakan kekuatan politik untuk menekan & mempengaruhi proses pendakwaan & hakim.

Anwar Ibrahim misalnya, apabila menghadapi pendakwaan mahkamah, sudah menjadi kebiasaan baginya mengadakan rapat umum & ceramah politik dengan tujuan memberi tekanan terhadap proses keadilan.

Di masa yang sama Anwar menggunakan teori konspirasi dan meracuni fikiran rakyat supaya meragui proses kehakiman & keadilan. 

Akibat dari tindakan Anwar yang tidak bertanggungjawab tersebut, menyebabkan segelintir masyarakat menjadi ragu dengan proses kehakiman, pelbagai khabar angin kemudian tersebar dan demonstrasi jalanan berlaku di mana-mana.

Bayangkan jikalau Anwar & PR menguasai negara, tentu sekali tidak sukar menggambarkan pasti berlakunya manipulasi undang-undang demi kepentingan politik mereka.

Jauh berbeza dengan BN yang menjunjung tinggi proses keadilan & keluhuran undang-undang, tiada pilih kasih dan tidak memilih bulu dalam memastikan keadilan berada di tempatnya.