Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 29 February 2012

BERSIH: Mahkamah tarik balik pembebasan 3 ahli politik

1 Mac 2012 - Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan 16 individu termasuk 3 ahli politik untuk membela diri atas pertuduhan terlibat dalam perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (bershit) di ibu negara 5 tahun lalu.

Hakim Datuk Ghazali Cha memutuskan selepas mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sekyen di sini yang melepaskan dan membebaskan mereka daripada pertuduhan tersebut pada 19 November 2010.

Tiga ahli politik yang terlibat ialah Mat Sabu, Tian Chua dan Gobalakrisnan.

Monday 27 February 2012

Zatiwani : 'Fitnah, saya tak khalwat' tetapi mengaku Badrul kena belasah. Mana satu yang betul ni

Sinar Harian berjaya menjejak wanita didakwa berkhalwat dengan Badrolamin itu. Apa sebenarnya kisah di sebalik kejadian?

Walau enggan namanya disiarkan, namun wanita itu tidak keberatan berkongsi cerita dan menerangkan kedudukan sebenar.

Ikuti pengakuan eksklusif daripada beliau.

“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu! 
“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin). Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!
“Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan.
“Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya.

“Saya pergi menemui ustaz Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.


“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini.


“Saya memang kenal rapat ustaz dan isterinya sejak mengikuti rombongan umrah pada 1 Mei tahun lalu dan kami sering berhubung antara satu sama lain.


“Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini.


“Saya juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah.


“Tambah kesal kerana ada pihak menabur fitnah dengan meletakkan gambar palsu dan wajah yang tersebar di Internet bukan saya,” katanya.


Kakitangan di Kolej Komuniti Rompin berusia 28 tahun itu ke mahkamah semalam, bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus, kira-kira jam 11.15 pagi, sebelum keluar semula kira-kira 10 minit selepas memberi keterangan.

Beliau hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah Rompin pada jam 9 pagi semalam. Beliau ke sana bagi proses tuntutan penceraian terhadap suaminya.

“Saya nekad mengemukakan tuntutan cerai memandangkan pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga gagal.

“Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela,” katanya.
p.s : Mana satu yang betul ni? Pelik pulak aku tengok Zatiwani. Kalau betul ada masalah rumahtangga, apa pasal tak pergi mengadu dekat Jabatan/Majlis Agama Islam. Kenapa lak kau pergi mengadu kt Badrul pukul 2 pagi. Kalau pukul 2 pagi bukan nak mengadu masalah rumah tangga, nak mengadu masalah bil air tertunggak bolehlah.. hahahahaha.

Sumber : Sinar harian

Polis belum terima laporan Badrolamin dipukul, mana satu yang betul ni kena pukul ke tak?

KUANTAN - Polis hanya menerima laporan daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) berhubung tangkapan khalwat Ahli Majlis Pemimpin Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Badrolamin Bahron.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata setakat ini tiada sebarang laporan yang dibuat oleh Badrolamin berhubung dakwaan beliau dipukul ketika tangkapan itu.

Polis menerima laporan tangkapan khalwat terhadap individu terbabit yang dibuat Jaip pada 25 Februari lepas, yang dibuat di Balai Polis Beserah di sini pada 10.28 pagi, katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, di sini hari ini.

Beliau ditanya sama ada polis ada menerima laporan daripada Badrolamin, yang dilapor media sebagai mendakwa dipukul sekumpulan 20 lelaki yang menyerbu bilik hotelnya sebelum ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengan isteri orang.

Mengulas lanjut, Mohd Jasmani berkata polis akan melakukan siasatan berdasarkan laporan yang diterima. - Bernama

p.s : kena pukul ke tak ni.. kencing kuatlah.. 

Bini Badrul mengaku dipukul pula




p.s : Badrul nak cakap apalagi? UMNO punya kerja/konspirasi jugak ker? Lepas satu-satu terbongkar... huhuhuhu... no komen lah....



PKR upah samseng ugut suami Zatiwani


Kempen menyelamatkan Badrul Amin telah dilancarkan oleh blog-blog Pakatan Rakyat. Ini membuktikan bahawa pemimpin mereka menghalalkan perbuatan terkutuk yang dilakukan. Keratan diatas yang di ambil dari blog pakatan mengesahkan meraka akan melakukan perang terhadap JAIP, Suami Zatiwani dan saksi-saksi.

Petikan dari blog tersebut

"Sama ada Ustaz ini benar atau salah, adalah menjadi tanggungjawab kite untuk mempertahankan die"
Sebab apa? Kerana die member kite, kalau die tercemar bukan PKR sahaja tercemar tapi seluruh PAKATAN akan turut sama.
Sebelum cerita ini menjadi sahih. Apa perlu kita buat? 
  1. Cemarkan imej JAIP
  2. Cemarkan imej suami wanita tersebut. 
  3. Cemarkan imej saksi (jika ada).
Sebelum apa2 terjadi kita mesti mulakan dulu.. pre empative strike!
p.s : PKR kena tukar namalah lepas ni ke Kelab Tibai Bini Orang ker tak pun jangan buka pusat khidmat masyarakat, buka Pusat Khidmat Bil Air Tertunggak.

tq pisau.net

Khalwat-Badrul digantung satu bulan


Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor hari ini mengarahkan Ketua Penerangannya, Dr. Badrulamin Bahron mengambil cuti selama sebulan sehingga nama beliau dibersihkan daripada tuduhan khalwat dengan isteri orang di Pahang semalam.

Menurut kenyataan itu, kerajaan negeri telah menerima penjelasan Badrulamin berhubung kejadian tersebut dan mendesak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melakukan siasatan secara telus, adil dan profesional.

Menurut sekretariat itu, sepanjang tempoh cuti tersebut, segala tugas Badrulamin sebagai Ketua Penerangan Selangor akan diambil alih sementara waktu oleh pihaknya yang diketuai Setiausaha Akhbar Menteri Besar.



Dakwaan mengatakan Badrul dipukul 20 orang samseng adalah bohong semata-mata mahu mengaburi pandangan rakyat dan hendak memohon simpati..

Berita sebenar terdedah apabila muncul saksi yang buka mulut menceritakan hal yang sebenar.

Berikut adalah pengakuan saksi bernama Syukur yang dipetik dari ruangan komen blog pakatan.Jika diperhatikan kenyataan dibawah,Badrol telah bersama perempuan tersebut sejak hari beliau tiba di Kuantan lagi hinggalah hari ketiga beliau ditangkap.

"Saya pekerja hotel tersebut malah saya tahu cerita tersebut dari hari pertama sehingga hari ketiga (hari penangkapan tu)...tapi saya xnak bising2 kat sini...sehingga jika ada yang cuba memfitnah orang lain dengan mengatakan ini konspirasi...

kami tahu juga dan lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana hari ke dua suami wanita tersebut merayu isterinya supaya pulang ke rumah...apa2 pun kita tunggu lah...

yang pasti 20 orang yg di dakwa tu TIADA..yang ada hanya suami isteri tersebut..dan saya nampak dengan mata kepala saya sendiri Badrul Amin di tampar oleh suami perempuan itu...20 orang yg di dakwa adalah fitnah Badrul Amin
Ini pula kenyataan dari Jabatan Agama Islam Pahang

Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz berkata, tangkapan berkenaan dibuat berdasarkan aduan orang ramai. “Jaip mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak pernah berlaku perkara yang dirancang atau atau berkomplot,” katanya.
Menurutnya, tindakan itu dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguatkuasa Jaip supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama lelaki lain.
Ekoran penangkapan itu, Badrolamin dipanggil memberikan keterangan hari ini bersama wanita berkenaan bagi melengkapkan siasatan.
Mohd Ghazali berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
Menurutnya, selepas siasatan selesai, kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut. "Ia merupakan satu prosedur biasa dalam kes seperti itu," katanya.



 

Saturday 25 February 2012

Badrul nafi kena tangkap khalwat tapi mengaku kena pukul dengan suami wanita itu

Pemimpin Kanan PKR, Badrul Amin menafikan beliau ditangkap khalwat oleh JAIP awal pagi semalam. Sebaliknya beliau hanya mahu membantu seorang wanita yang berhadapan masalah keluarga.

Beliau akan hadir ke pejabat JAIP esok untuk diambil keterangan oleh agensi tersebut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, beliau berkata ini satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan beliau.

Beliau berkata pada jam 2.30 pagi, suami wanita tersebut datang bersama lebih 20 orang yang tidak dikenali telah menyerbu dan menyerang beliau.

Beliau mendakwa telah dikurung/ditahan didalam bilik tersebut sehingga pegawai jaip tiba.

p.s: beb.. kalau kau tak buat apa-apa, kenapa kau kena serang siap mengaku kena pukul pulak tu.. pukul 2.30 pagi beb dalam bilik, macam-macam boleh jadi.. kalau nak tolong pun pergilah jumpa kat lobby hotel, bukan dalam bilik. Tak payahlah nak tuduh-tuduh diperangkaplah, korang pembangkang ni suka sangat salahkan orang lain nak mintak simpati.. sendiri buat sendiri tanggunglah beb..


Pemimpin PKR kena tangkap basah dengan bini orang

Ustaz Badrul Amin Baharum yang pernah menyamakan Anwar sebagai Imam Mahadi dilaporkan telah di tangkap KHALWAT di bilik 8365 Hotel Swiss Garden, Pahang.

Badrul Amin di tangkap khalwat bersama pasangannya Zatiwani yang bekerja sebagai juruteknik di Kolej Komuniti Rompin, Pahang.

Diberitakan bahawa suami Zatiwani iaitu Fazli Pungut telah mengetahui berita penangkapan tersebut.

p.s : Setahu teman, Badrul ni dua orang bini dia.. Dasyat-dasyat nafsu serakah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ni kan.. Lepas satu persatu Allah nak tunjuk. Anwar Ibrahim dgn liwat dan zinanya, Mat Sabu dgn bini orang, Ustaz PAS main dalam keretapi. Elizabeth wong dengan bogelnya dan bersedudukan dengan jantan melayu. Takkan rakyat Malaysia tak boleh nak berfikir lagi.. Rakyat Malaysia perlu menolak kepimpinan dan parti PAS, PKR dan DAP yang terang-terang mempunyai masalah moral yang teruk dan juga tidak mampu memberi khidmat yang terbaik selain dari khidmat SEKS Sonsang....

Friday 24 February 2012

Live dari ceramah pembangkang

Apa nak jadi dengan Ustaz-ustaz penceramah dlm PAS skrg ni.. Mulakan ceramah dengan Bismillah.. membaca ayat2 Quran dan hadis selepas itu terus memfitnah sana sini.

Jual pembohongan demi cita2 politik mereka untuk ke Putrajaya. Bercerita benda yang tidak betul, tidak mempunyai fakta..

Mengatakan sesiapa yang memohon BR1M itu adalah rakyat yang terdesak. Tetapi penceramah tersebut mengatakan pula bantuan sebanyak RM 500 tu mana cukup!! Mana nak bayar sewa rumah, mana nak beli susu anak, mana nak beli pampers anak. siap cakap anak dah 5 orang dah sekolah.

Ustaz Oiii!!!!! Kalau belanja sakan pergi kerjalah.. Buat kerja yang berfaedah. Cari rezeki halal untuk anak bini.. belanjalah ikut kemampuan..

Kerajaan dah bagi bantuan persekolahan, baucer buku, tiada yuran sekolah.. hang nak apa lagi brader? Nak tanggung keluarga hang tiap2 bulan ke?

Menabur fitnah.. buat cerita bohong. Adakah ini perjuangan Islam dalam PAS

Ibu Pejabat PKR dirempuh-Amaran untuk Anwar Ibrahim


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah mengadakan demo di hadapan Ibu Pejabat PKR di Tropikana, Damansara bagi mendesak Anwar Ibrahim menarik kenyataan beliau menyokong Israel.
Turut sama dalam perhimpunan tersebut, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan Ketua Pemuda UMNO Selangor serta NGO NGO Islam bersama dengan ratusan penyokong. 


 Sebaik tiba di perkarangan Ibu Pejabat PKR, kemaraan kumpulan telah dihalang oleh pasukan Polis DiRaja Malaysia bagi menjaga keselamatan bersama diantara dua pihak.



Bagaimanapun wakil dari Pemuda UMNO serta NGO untuk menghantar Memorandum telah dihalang oleh Samseng-samseng upahan PKR.




Wednesday 22 February 2012

Anwar kaki putar belit

"saya menyokong segala tindakan bagi menjaga keselamatan negara Israel" inilah kata-kata AnwarIbrahim kepada WSJ (The Wall Street Journal) .

Anwar sekarang dilihat kehilangan punca selepas di balun teruk oleh orang Islam di luar dan di dalam negara.

Rakan kongsi politiknya, PAS juga tidak bersependapat dengan Anwar.

Jika dikatakan akhbar WSJ memutar belitkan kenyataan beliau.. Kenapa Anwar tidak menyaman akhbar tersebut.

Anwar sekarang dilihat terdesak mencari kroni-kroni untuk menyokong beliau..




Muslimat PAS harus dikenakan tindakan

Ahli PAS dan juga penyokong tegar Pn. Naznah Datuk Mohd Taha, menggesa PAS mengambil tindakan terhadap ahli-ahli PAS yang menunjukkan akhlak yang tidak sopan ketika keputusan pembicaraan kes liwat DSAI.

Beliau melahirkan rasa malu dan kesal dengan tindak tanduk muslimat PAS seolah-olah sudah hilang kawalan.

Beginikah yang dikatakan memperjuangkan Islam.

p.s : PAS memang dah bertentangan dengan perjuangan Islam kak oiii... Demi kepentingan politik sanggup tolak ketepi agama. Adaker penzina dan peliwat diagung-agungkan...

Pas sepatutnya tolak kepimpinan Anwar

Pas sepatutnya menolak kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat kerana pendirian Ketua Pembangkang itu jelas menyimpang daripada prinsip parti itu berhubung perjuangan rakyat Palestin dan rejim Tel Aviv, kata bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.

"Pas seharusnya membuat pendirian tegas menolak kepimpinan Anwar dan menolak Pakatan Rakyat. Malangnya, kita melihat ada pula sesetengah pimpinan Pas menyatakan bahawa dalam Pakatan Rakyat perlu ada perbezaan pandangan.

"Apakah ini perbezaan pandangan yang hendak dipertahankan oleh Pas? Ini bukan perbezaan pandangan biasa. Ini satu kesalahan yang amat berat, satu pelanggaran terhadap akidah Islamiah terhadap soal benteng iman seorang Islam bila mana menyatakan sokongan dalam bentuk apa pun kepada negara haram Israel,”

Semalam, Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata, Menteri Besar Kelantan Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memahami penjelasan beliau berhubung kenyataannya yang menyokong keselamatan Israel seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ).

Sebaliknya, hari ini Nik Aziz dalam kenyataannya berkata, Pas tetap tidak mengiktiraf “negara haram” Israel.

Monday 20 February 2012

Nik Aziz buang tebiat maafkan Anwar tentang isu Israel

Selepas mengadakan pertemuan selama 1 jam dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS itu menerima penjelasan dan pendirian Anwar Ibrahim.

Dalam pertemuan tersebut mereka membincangkan tentang kenyataan Anwar di dalam WSJ serta soal Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangan PAS turutt hadir dalam perbincangan tersebut.


  • p.s : Entah apalah yang di kencing oleh Anwar tu.. 

Wednesday 15 February 2012

Penggunaan dakwat kekal pilihan raya berkuat kuasa hari ini


Penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum berkuat kuasa hari ini setelah diwartakan pada 13 Feb lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

 SPR kini membuat perancangan untuk menggunakan dakwat kekal itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), bagaimanapun masih belum membuat pesanan untuk membelinya kerana dakwat ini hanya boleh digunakan dalam tempoh tiga bulan sahaja.

"Dakwat ini tidak boleh dipesan awal kerana boleh tahan tiga bulan, dan kekalnya akan hilang. Oleh itu SPR belum ‘order’ lagi,”

“Kami merancang menggunakan warna berbeza pada hari mengundi dan untuk pengundi awal.

Pihak kami juga akan mendedahkan warna hanya pada hari mengundi atas sebab-sebab keselamatan.

Sebanyak 230,000 botol dakwat kekal akan disusun untuk digunakan 12.4 juta pengundi pada pilihan raya umum akan datang. Manakala 10,000 botol dakwat kekal pula untuk pengundi awal termasuk pegawai tentera, polis, Kakitangan Pasukan Gerakan Am serta keluarga mereka.

Tuesday 14 February 2012

PKR bidas Nik aziz

Kata dua yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama Pas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan beliau menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel mula menimbulkan perbalahan antara penyokong parti tersebut dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ia berikutan tindakan majlis berkenaan, semalam yang meminta Penasihat PKR itu menarik balik kenyataannya atau menyaman The Wall Street Journal, dianggap tidak wajar dan tidak melambangkan semangat setiakawan dalam pakatan pembangkang.

Menurut sumber PKR, penyokong parti itu menganggap tindakan Majlis Syura Ulama Pas dan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat kenyataan terbuka dalam memberi kata dua berkenaan boleh menjejaskan imej pakatan tersebut.

Mereka mempertikaikan kenapakah Pas tidak berunding atau membawa isu berkenaan ke mesyuarat pakatan pembangkang supaya ia boleh diselesaikan secara muafakat.

Penyokong PKR juga bertanya, apakah Pas kini sudah tertekan kerana dianggap telah meninggalkan perjuangan Islam sehingga sanggup memberi kata dua kepada pemimpin utama pakatan sendiri.

Bagi penyokong Pas, mereka menganggap tindakan Majlis Ulama itu adalah tepat kerana Anwar dilihat sudah banyak melakukan tindakan yang dilihat memberi masalah kepada pembangkang.

Malahan sumber dalaman Pas percaya, 'serangan' atau kritikan terhadap keputusan Majlis Syura Ulama tersebut adalah sebahagian tindak balas penyokong-penyokong PKR dan Anwar terhadap blog-blog pro-Pas yang mengkritik PKR berhubung isu yang berlaku di Selangor.

Sementara itu, sebuah blog pro pakatan pembangkang secara terbuka mengkritik keputusan Majlis Syura Ulama dan Nik Abdul Aziz.




Monday 13 February 2012

Pas Youth and the last line of defense

For the second time, Deputy Chief of Pas Youth Wing, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, criticized DAP, Karpal Singh on matters that concern Pas’ stance on certain issue, this time about Valentine’s Day celebration.

A son of Pas spiritual leader, has asked Karpal to learn to respect other religions and not to impose his views on others.

For the record, Nik Abduh has on Sept 23 last year, also asked Karpal to respect the Pas government’s stance in implementing hudud because it is the right of Muslims.

In this issue which involves the party’s principle of struggle, the Pas Youth Wing is seen as being a step ahead. Prior to this, at a time when key Pas leaders are taking muted stance on the Seksualiti Merdeka issue, the wing was at the forefront in opposing the event.

In fact, Pas Youth Wing also support firm action by Dr Hasan Ali in protecting the Islamic faith in Selangor, even when the former Selangor Pas commissioner was sacked from the party, they defended him.

But what the Pas supporters want from the youth wing is not to practice Pepsi cola syndrome which Pas President, Datuk Seri Abdul Hadi Awang told them before.

At the moment, Pas supporters look at the Youth Pas Wing as a savior to the future of the party which is seen as subservient to Pas in its struggle for power with PRK and DAP in its struggle for power through the opposition pact.

The euphoria of getting into Putrajaya has substantially affect Pas credibility as a party that struggle for Islam. Pas supporters are even more upset when Pas sacrificed its objective of setting up an Islamic nation.

Pas is also seen as weak in defending issues that affect Islam.

At a time when Pas is looking for direction and bow to the other component in the opposition pact, the boldness of Pas Youth Wing is refreshing.

The boldness of Pas Youth Wing lead by Nasruddin Hassan is not well-liked by Pas leaders who are more concern of its camaraderie with PKR and DAP. .

Pas Youth wing should understand that Pas is now no longer a party with principle and consistent in its struggle.

Instead, the party has been willing to go to any extent even if it has to sacrifice its original line of struggle.

However, the party would to go to any extent to wrest power and topple Barisan Nasional (BN) where UMNO is the backbone.

As such, if Pas Youth Wing follow Pas attitude of kowtowing to PKR and DAP, they should be responsible if Pas is rejected by the rakyat.

Although Pas Youth wing should abide by the rules set by the party, Pas constitution is not the Quran which cannot be altered. Pas Youth wing should dare enough to come forward in stating the truth.

We understand that it is not an easy task for the Pas Youth Wing to do that, more so with the presence of ‘parasite’ in the party but they have no choice.

The Pas Youth Wing may allow Pas body to be lulled by its political agenda in chasing after power even if it has to abandon its Islamic struggle or as the last defense line of the party.

Although Pas Youth Wing may be considered as unqualified in giving advice or views to the main body of the party on any issue agreed upon with the other members of the opposition pact, Pas Youth Wing must not remain silent on issues that affect the future of the party.

They see that Pas leaders are getting weak and listless in defending the credibility of Pas, as an Islamic party. As such it is the responsibility of Pas Youth Wing to revive the credibility.

Whether Pas Youth wing admit it or not, the direction of the party is a critical issue among the Malays and Muslims.

The Malays look at Pas as being double standard when come to its relationship with the PKR and DAP. It kicks a fuss over certain issue created by UMNO leaders but close its eyes when the same is created by leaders of its opposition partners.

Another point which should be corrected and in fact should not be committed by the Pas Youth Wing is to blame UMNO for anything that gone wrong in the opposition party.

Whatever it is, we are not sure how long can Pas Youth wing continue with its boldness and audacity.
What is certain, Pas supporters are putting high hope on the Pas Youth wing in ‘saving’ the party from straying.

So it is up to Pas Youth wing whether to continue to walk with its high with pride or sing to the tune of other partners in the opposition just for the sack of seeking power.

Develop new strategies to enhance public safety

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the Royal Malaysia Police need to develop new strategies in combating crime to gain public trust and equip themselves to face modern day challenges.

He said that in undergoing the transformation, the force would need to have a complete change of mindset, very strong ethical balance, strict enforcement, as well as strong and effective leadership at all levels.

“We have to be attuned with the changing needs of the people and society.

We”re in uniform because we want to protect our citizens, and it”s not only about a mere profession.

"It”s also rising to the challenge of having to operate a police force in modern times amid a more educated society that demands high standards, aware of their rights.

"Therefore as a police force, we have to transform ourselves,” he said in his speech at the International Conference on Principled Policing: Rule Of Law, Public Order and Sustainable Development here, today.

Representatives from 15 countries are taking part in the two-day conference organised by the Asian Strategy and Leadership Institute (Asli).

Najib said that the political transformation introduced by the government saw the government deciding to, among others, do away with outdated laws and replacing them with new sets of laws, in tune with current needs.

He said this would demand a higher level of professionalism, including in areas of gathering evidence and investigation process.

Najib said for the police to emerge with enhanced reputation, the key operative word was trust — that is gaining the trust of the people.

He said that police personnel should relentlessly continue their on-going efforts to uphold the law and not be demoralised by criticism against them.

Najib observed that although the survey on public satisfaction with the local police force showed confidence rising to 70.5 per cent in December last year from 55 per cent in May, the effort must not stop there.

"This is about a journey to convince the people...eventually, I believe that the vast majority will feel that Malaysia is a safe place and this is what we want to achieve,” he said.

Citing his experience in Chinatown, New York, Najib said Malaysia could emulate methods used by the New York police in gaining public trust and confidence.

He said that police omnipresence in the area had contributed towards enhancing public confidence and making the streets safer.

“If it can be done in New York, it can be done in Kuala Lumpur,” Najib added.

Anwar balun pelacur dan meliwat, PAS tak nak tegur.. pasal Israel tegur pulak. Kata kawan

Pas hari ini mendesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menarik balik kenyataannya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel seperti yang disiarkan dalam The Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini. 

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga meminta Anwar supaya menyaman WSJ sekiranya kenyataan tersebut telah diputar-belitkan oleh media berkenaan.

Jawatankuasa Agung dan Majlis Syura membuat keputusan meminta saya mengirim surat kepada Anwar supaya menarik balik kenyataannya mengenai Israel sebagaimana yang disiarkan dalam WSJ

Menteri Besar itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai pendapat banyak pihak bahawa Anwar mengeluarkan kenyataan itu hanya untuk menarik sokongan dari negara asing.

"Bila kita bersahabat kewajipan kita adalah tegur-menegur, apa yang kita tengok kawan kita tidak betul kita tegur, apa yang kawan kita tengok kita tidak betul dia tegur kita, itu ajaran agama.

p.s : Kenapa Anwar balun chinaDoll dan liwat jubo tak nak tegur?

Karpal kena sound dengan Mufti

"Sampai bila hendak tunduk sahaja dengan nasihat agama daripada Karpal" kata Dr. Juanda Jaya
Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya memberi amaran kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh agar tidak mempertikaikan syariat Islam berhubung sambutan Hari Kekasih.
Beliau menegaskan, Karpal bukan ulama Islam dan sama sekali tidak boleh mempertikaikan syariat yang dilaksanakan oleh Islam.

Beliau turut menggesa pihak- pihak yang bersahabat dengan Karpal terutama Pas supaya menilai kembali persahabatan dan ‘kemesraan’ yang terjalin antara mereka.

‘‘Dahulu mereka (Pas) kata Karpal telah berubah dan mulai memahami Islam namun kita lihat hari ini dia semakin keras terhadap Islam.’’

‘‘Kenapa dia hendak mengajar orang Islam bagaimana hendak melaksanakan syariat Islam. Dia mungkin hebat dalam undang-undang tetapi dia bukan ulama Islam,’’ katanya

Beliau mengulas kenyataan Karpal yang tidak bersetuju dengan pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih.

Karpal berkata, pendirian tersebut bertentangan dengan hak asasi dan prinsip kebebasan yang diamalkan oleh negara demokrasi seperti Malaysia.

Sementara itu, Juanda turut mempertikaikan sikap sesetengah pihak dalam Pas yang tunduk terhadap Karpal dalam isu-isu yang membabitkan Islam.

Wednesday 8 February 2012

Sharizat serah diri kepada SPRM


Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil menegaskan, beliau tidak terlibat dalam isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didakwa oleh pihak berkenaan.

Beliau hadir memberi keterangan hari ini selepas dihubungi oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam. Menurutnya, kehadirannya ke pejabat SPRM Putrajaya sebagai isteri kepada Pengerusi NFCorporation, Datuk Mohd Salleh Ismail.

Saya langsung tidak pernah terlibat dengan isu NFC dan memberi kerjasama sepenuhnya apabila ditanya oleh pegawai SPRM berhubung isu itu," kata beliau pada sidang media sejurus selesai memberi keterangan, di sini.

Sebenarnya saya mengambil cuti dengan harapan pihak SPRM akan memanggil saya hari ini untuk membuat penyiasatan rapi sama ada saya terlibat atau tidak dengan NFC.

Isu mengenai NFC mulai mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu menyatakan bahawa NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Ia semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

Perlakuan sumbang Eli Wong

Heran betul gua tengok Pakatan Rakyat sekarang ni. Bila kes NFCorp, beria-ia mereka menyuruh Sharizat Jalil meletakkan jawatan. Tetapi bila kes melibatkan EXCO Selangor ni, senyap pula mereka. Mana pergi Ulama-ulama PAS di dalam Pakatan Rakyat khususnya di negeri Selangor.

Takkan pemimpin di Selangor dan Pakatan Rakyat menghalalkan perlakuan yang tidak bermoral yang dilakukan oleh Elizabeth Wong ini.
Hmm... susah gua nak cakap.. Kes Anwar Ibrahim balun China Doll dan meliwat Pembantunya pun, mereka sanjung.. inikan perbuatan tidak bermoral Eli Wong.. Dunia dah nak terbalik gamaknya...



Anwar masuk majalah BLUE di Jepun


selanjutnya baca disini : credit to BroJinggo


Nik Aziz perlu diTarbiahkan?

Ulama Pas perlu mentarbiah Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya kembali ke pangkal jalan dan berhenti daripada bersikap hipokrit semata-mata untuk menjaga kepentingan politiknya bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Dia sepatutnya berkata sesuatu yang lebih tegas bukannya berdiam diri atau sekadar meminta penjelasan Anwar yang sebenarnya hanya satu helah.

"Nik Abdul Aziz sudah banyak menyeleweng, maka perlu ulama dalam Pas sendiri membawa beliau kembali ke pangkal jalan,"

Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, keengganan Nik Abdul Aziz menyatakan pendirian berhubung sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan sebuah negara Israel baru-baru ini membuktikan beliau seorang pemimpin yang tidak berpendirian.

Mohd. Puad mengulas sikap 'pak turut' Mursyidul Am Pas itu yang dilihat mempertahankan kenyataan Anwar menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel di dalam wawancara dengan The Wall Street Journal (WSJ) akhir bulan lalu.


Menurutnya, sebagai pemimpin parti yang memperjuangkan Islam, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya berdolak-dalih berhubung isu yang telah mengguris hati umat Islam dan imej negara yang konsisten menentang kezaliman Zionis.

"Dia buat andaian kononnya media memutar belit kenyataan Anwar tetapi Anwar sendiri tidak menafikan kenyataan yang beliau buat dalam WSJ.

"Tak perlu buat kenyataan berhelah, boleh bidas terus Anwar kalau itu yang dinyatakan," katanya.

RM14 Juta untuk pampasan. Banyak tu

Kerajaan Pulau Pinang perlu memberi penjelasan kepada rakyat berhubung pemberian wang sebanyak RM14 juta dalam isu tanah Tan Hak Ju kerana ia melibatkan wang rakyat.
 
Menurut pensyarah Kuliah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr. Zulfakar Ramlee, jumlah tersebut amat besar sebagai pampasan daripada sebuah kerajaan yang memerintah.

''Jika pampasan itu daripada pihak swasta ia mungkin tidak perlu dipertikaikan tetapi kalau daripada kerajaan negeri ini sesuatu yang perlu diperjelaskan,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kata beliau, rakyat Pulau Pinang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disaran untuk memantau isu berkenaan bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan.

''Kita kena lihat atas dasar apa kerajaan negeri boleh mengeluarkan wang sebegitu banyak sebagai pampasan,'' katanya.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Teng Hock Nan yang menyifatkan tindakan kerajaan negeri itu sebagai 'pelik' kerana ia masih dalam perbicaraan di Mahkamah Rayuan.

''Kalau kes itu masih di peringkat rayuan oleh mana-mana pihak maka, tindakan kerajaan negeri itu seolah-olah memperlekehkan fungsi mahkamah,''

Tuesday 7 February 2012

Pembangkang N9 dah terdesak.Kesian

Kelakar-kelakar.. Nampaknya pembangkang di N9 ni dah meroyan... dh terdesak sangat nk meraih undi penduduk setempat.

Hari ini di blog Tranung kite mengatakan bahawa Keadilan diugut untuk tidak mengadakan ceramah di Tmn Jed Rantau. Mereka mendakwa didatangi oleh 30 orang lelaki mengugut mereka dengan pisau..

Mereka juga mendakwa telah mendapatkan permit dari Balai Polis Rantau untuk mengadakan ceramah.

Yang menghairankan HeroesMalaya.. Kalau dah ada permit.. Diorang takut apa? Kalau betul mereka diugut dengan pisau.. Awat tak report kepada pihak berkuasa.. Jangan nak buat Propa & tuduhan yang tidak berasas.

Kesiannnn.......

Thursday 2 February 2012

Rumah timb ketua Pas Johor dibakar, khianat katanya


Rumah teres dua tingkat milik Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dzulkifly Ahmad rosak sebahagian dalam kebakaran manakala salah sebuah kereta miliknya rosak teruk, dipercayai akibat perbuatan khianat awal pagi tadi.

Dzulkefly berkata, dia yakin kejadian itu lebih kepada motif politik kerana tidak mempunyai sebarang musuh perniagaan.

p.s : belum pun polis jalankan siasatan, dah kata motif politik (mcmnilah org pembangkang, asyik menyalahkan org lain) entah2 pinjam  Along kut... hikhikhik.. Tepuk dada tanya selera..

Puntung rokok punca flat di Nilai terbakar semalam

Sebanyak 14 unit kediaman di Pangsapuri Taman Semarak di sini, hangus dalam kebakaran, kira-kira jam 8 malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, keseluruhan tingkat empat di sebuah blok di pangsapuri itu musnah, dipercayai berpunca daripada puntung rokok.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Nilai, Zainal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.26 malam dan mengambil masa lapan minit untuk ke lokasi.

“Tiba di lokasi, api sudah marak berikutan keadaan angin kencang menyebabkan api merebak pantas.

“Semua rumah di tingkat empat pangsapuri terbabit musnah dan kami berjaya memadamkan api daripada terus merebak ke tingkat lain setengah jam kemudian,” katanya.

Menurutnya, sebanyak dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai serta Mantin berserta 18 anggota termasuk dari Senawang diaeahkan ke lokasi kejadian.

“Tiada kecederaan dilaporkan dan punca sebenar kejadian masih disiasat.

“Walaupun tingkat empat pangsapuri ini tidak berpenghuni, namun kita percaya ia dijadikan tempat tinggal oleh gelandangan warga asing,” katanya.

Zainal berkata, kejadian itu kali kedua berlaku di pangsapuri berkenaan pada tahun ini.


Kerajaan sentiasa tunai janji & mengutamakan kesejahteraan rakyat- MBN9

Wednesday 1 February 2012

Zaid Ibrahim bubar parti KITA

SHAH ALAM - Datuk Zaid Ibrahim mahu memanggil satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk membubarkan parti Kita, yang ditubuhkan lebih setahun lalu selepas beliau keluar PKR.

Zaid berkata, keputusan itu terpaksa dibuat untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa pihaknya tidak memihak kepada pembangkang, terutama dengan beberapa anggota-anggota parti di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka mengkritik Pakatan Rakyat (PR).

Zaid juga berkata, beliau sedar sekarang bahawa penubuhan Kita adalah satu kesilapan.

"Saya berhasrat untuk memberi idea-idea alternatif dalam politik dan membawa kepelbagaian bakat yang lebih luas kepada kepimpinan pembangkang. Ini belum pernah berlaku sebelum ini.

"Saya telah membuat banyak kesilapan dalam hidup saya tetapi saya tidak tawar hati. Saya tetap yakin bahawa perubahan akan datang untuk kebaikan negara ini dan saya akan terus menjalankan tanggungjawab saya di dalam mencapai tujuan itu," katanya lagi.

Zaid berkata, ahli dan pemimpin terbabit telah melakukan perbuatan sedemikian secara berterusan, yang menurutnya jelas membuktikan bahawa mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara dan semata-mata mahu memalukan dan mencemuh pihak pembangkang.

Katanya, idea beliau menubuhkan sebuah parti politik yang menyokong idea-idea yang sederhana dan progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban kepada wacana politik telah gagal.

"Saya tidak berjaya membawa masuk anggota-anggota yang cukup berminat dalam cita-cita bagi mencapai demokrasi, tadbir urus yang baik dan akauntabiliti di kalangan pegawai-pegawai awam.

"Saya juga tidak dapat mengumpul dana yang mencukupi untuk menguruskan aktiviti-aktiviti parti, dan teman-teman yang telah berjanji untuk membantu telah akhirnya memutuskan untuk menarik balik," katanya lagi.
Bekas anggota Kabinet kerajaan pusat ini menambah, kecenderungan media yang mendalam dalam melaporkan isu-isu remeh yang memberi kesan kepada parti akan terus memberi kesukaran kepada KAMI.

"Cukup ramai orang di luar sana yang hanya berminat dalam mengkritik kepimpinan saya di dalam Kita, dan yang menggemburkan cerita-cerita dengan tujuan untuk mencemuh saya.

"Peribahasa Melayu ada menyebut, 'jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ka pangkal jalan'," katanya.

Adik Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia

KUCHING 2 Feb. - Datuk Ibrahim Mahmud, 69, adik kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, meninggal dunia di Hospital Pakar Kuching 7 pagi ini.

Menurut seorang anggota keluarganya, Ibrahim meninggal dunia akibat serangan angin ahmar.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima anak.

Ibrahim, yang pernah berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia, merupakan Pengarah Kristal Harta Sdn. Bhd. dan juga Pengarah Eksekutif Sarawak Pulp Industries Sdn. Bhd.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Demak Jaya di Jalan Bako di sini hari ini.

Berita kematian Ketua Polis Negara hanya khabar angin


SEPANG 2 Feb. - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tiba di tanah air hari ini selepas melakukan lawatan kerja lima hari ke London bersama polis United Kingdom, sekali gus menamatkan khabar angin berhubung kematiannya.

Ismail, ketika ditemui kumpulan wartawan yang menanti kepulangan beliau di Lounge VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira pukul 8 pagi, kelihatan sihat dan ceria serta bersalam-salaman dengan mereka yang hadir.

"Tidak ada apa-apa. Saya bersyukur dapat kembali ke tanah air,” katanya yang tiba di tanah air dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Ketibaan beliau disambut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan beberapa pegawai kanan polis Bukit Aman.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Isnin lepas menafikan khabar angin bahawa Ismail telah meninggal dunia di London. - BERNAMA