Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 27 December 2011

Jangan cuba jolok sarang tebuan!!!

Ibrahim Ali bersama para pemimpin Perkasa pada sidang media berhubung beberapa isu termasuk kenyataan seorang paderi dan perhimpunan membela Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur, semalam

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan ke atas Dr. Eu Hong Seng di bawah Akta Hasutan kerana mempersoalkan mengenai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana kenyataan Pengerusi National Evangelical Christian Fellowship (NECF) itu pada majlis minum petang di sebuah gereja di Subang Jaya, Sabtu lalu itu berbentuk provokasi, menghasut dan tidak bertanggungjawab.

Jelasnya, kenyataan itu juga menggambarkan beliau serta mana-mana pihak yang mempertikaikan mengenai perkara tersebut seolah-olah mahu 'bermusuh' dengan orang Melayu dan Islam.

"Perkasa tidak senang hati mengenai kenyataan paderi tersebut. Kenyataannya jelas berbentuk provokasi dan tidak bertanggungjawab.

"Perkara 153 adalah kontrak sosial yang tidak boleh disentuh kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Inilah mereka, kalau kita jawab dikatakan rasis, tetapi siapa yang memulakan dahulu (mempertikaikan Perkara 153)?

"Jangan cuba jolok sarang tebuan dan membuat kenyataan provokasi seperti itu. Kita sudah bersabar cukup lama," katanya pada sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Hong Seng yang antara lain menyifatkan Perkara 153 lebih bersifat 'membuli' jika ia hanya melindungi hak sesuatu kumpulan atau pihak.

Ibrahim berkata, atas dasar itu Perkasa akan membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya.
Beliau kemudiannya menyelar sikap sesetengah pemikir Melayu liberal yang bertindak mempertahankan kenyataan Hong Seng.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, Perkasa tiada masalah untuk menyokong langkah kerajaan memperkenalkan Akta Hubungan Antara Kaum jika ia membawa kebaikan kepada negara.

Anwar perlekeh perundangan negara-Perkasa

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengheret rakyat dalam kempen Bebaskan Anwar 901 jelas membuktikan Ketua Pembangkang itu memperlekehkan keluhuran sistem perundangan negara,

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, rakyat juga dipergunakan Anwar demi kepentingannya dalam berhadapan dengan keputusan perbicaraan kes liwat pada 9 Januari ini.

"Kenapa nak bawa rakyat? Kita tak tahu (Anwar) bersalah atau tidak. Serahkan kepada mahkamah. Selepas keputusan, kalau bersalah pun dia (Anwar) ada ruang buat rayuan.

"Beri peluang mahkamah buat keputusan. Kita sendiri boleh baca (menilai) sama ada keputusan itu logik atau tidak, tetapi mengapa nak huru-harakan negara? Mengapa nak menyusahkan rakyat seperti apa yang berlaku semasa perhimpunan Bersih 2.0?

"Selama ini dia macam-macam menghina mahkamah. Itu pun dia dapat kebebasan seolah-olah dia manusia bersih dan tiada salah. Kalau (masalah) timpa atas dia, orang lain yang salah dan tuduh ini konspirasi," katanya pada sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini hari ini.

Ibrahim berkata, kerajaan dan pihak berkuasa perlu menggunakan segala 'kekuatan' yang ada bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku dalam perhimpunan terbabit.

"Kita juga mengutuk mana-mana pihak yang merancang mengadakan perhimpunan pada 9 Januari ini yang lebih dilihat untuk menghuru-harakan negara," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Perkasa masih membuka ruang untuk Datuk Dr. Hasan Ali menyertai pertubuhan bukan kerajaan tersebut namun ia terletak kepada keputusan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu.

"Dari segi perjuangan, kita ada persamaan iaitu mempertahankan Islam, Melayu dan raja-raja Melayu. Jika beliau ikhlas dalam perjuangan tersebut, matlamatnya akan jelas.

"Tetapi, kalau ia hanya cakap-cakap politik ekoran tidak dicalonkan dalam pilihan raya akan datang, kita akan tahu kebenarannya nanti dan perjuangannya dalam mempertahankan tiga perkara itu tidak mungkin (berjaya) dengan adanya DAP,"

PANAS!! Pengakuan Chegubard PKR bela Anwar bukan rakyat


Chegubard mendedahkan parti PKR semakin musnah dan sendiri mengaku dlm twitternya bahawa mereka hanya hendak membela Anwar bukannya rakyat.. Jadi, pikir2kanlah rakyat Malaysia. bahawasenya segala laungan utk membela rakyat oleh PKR hanyalah bohongan semata-mata..

Lagi bukti PKR semakin goyah dan menuju kehancuran..


chegubard nak mintak simpati.. boleh jalanlah... 


p.s : PKR - Parti Kencing Rakyat 

Monday 19 December 2011

Panas!! Tun M Cabar Anwar Sumpah Laknat

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tunjukkan surat yang ditulis beliau kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Dr Mahathir berkata beliau adalah orang yang menolak pinjaman daripada Bank Dunia pada masa itu tetapi, sekiranya apa yang didakwa oleh Anwar itu benar, sila tunjukkan surat itu.
“Saya tahu kalau kita terima pinjaman daripada Bank Dunia, kita akan menjadi hamba kepada mereka yang tolong kita dan disebabkan itu kita tidak berbuat demikian.

“Kalau apa yang dikatakan oleh Anwar itu benar, saya cabar dia bersumpah laknat di Masjid dengan al-Quran. Saya sanggup berbuat demikian sekiranya diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Multaqa Wehdatul Ummah ke tiga di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah berita online (Malaysiakini) hari ini, yang melaporkan bahawa Anwar telah membuat dakwaan mengejutkan terhadap ‘bekas mentornya’ Dr Mahathir bahawa bekas perdana menteri itu pernah menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata Anwar terkenal sebagai orang yang memperkenalkan cara-cara Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada masa itu.

“Saya biasa cakap kepada dia (Anwar), kalau kita buat pinjaman kepada bank dunia, kita tidak akan ada gaji yang cukup untuk bayar kepada pegawai-pegawai kita. Tetapi dia telah ikut cara-cara bank dunia sampai rosak fikirannya,” katanya.

Sementara itu, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang turut bersama berkata beliau boleh menjadi saksi bahawa Dr Mahathir adalah orang yang menolak pertolongan bank dunia dan apa yang didakwa oleh Anwar itu tidak benar.

Nor Mohamed yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata beliau masih ingat ada satu ketika wakil daripada bank dunia dan IMF telah datang untuk mencari Dr Mahathir untuk membincang tentang cara untuk elakkan krisis pada 1999.

“Wakil bank dunia itu telah mencadangkan kepada Dr Mahathir untuk menambah kadar faedah rumah, kerajaan pula tidak boleh belanja dan bank negara harus tarik balik semua pinjaman untuk elakkan krisis ekonomi.

“Namun Dr Mahathir memberitahu mereka bahawa cadangan itu akan membawa kepada ‘bloods in the street’ dan mereka berkata ‘let it be bloods in the streets’ tetapi cadangan itu telah dibantah keras oleh Dr Mahathir yang kemudiannya menghalau wakil bank dunia itu keluar dari pejabatnya pada ketika itu,”

Sah!! DAP Kiblat Baru Pas

 
Hukum hudud hanyalah gimik politik Pas yang sememangnya telah diguna pakai oleh parti tersebut sejak dari awal penubuhan mereka sebagai tarikan kepada orang Islam sendiri bagi memberikan sokongan kepada parti terbabit. 

Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Prof. Madya Datuk Dr. Baharudin Putih berkata  situasi Pas dalam pakatan pembangkang sekarang dilihat sudah semakin kendur ekoran ketidakmampuan mereka mempertahankan hudud apatah lagi untuk dimuatkan dalam manifesto pembangkang.

“Dulu mereka menyebut tentang hudud untuk tarik undi dari orang-orang Melayu kerana waktu itu mereka tidak menyangka akan dapat mentadbir negeri dan hari ini apabila mereka ada dalam pakatan pembangkang maka mereka menjadi serba salah,” katanya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau, para pemimpin Pas sudah serba salah lantaran sekiranya hukum dudud tidak disebut sebagai salah satu daripada gimik politik mereka khususnya dalam sesi ceramah maka tentunya pengundi Melayu tidak akan memberikan sokongan kepada mereka kerana telah terbukti itu satu penipuan.

“Begitu juga sekiranya hukum hudud terus dimainkan dalam polemik ceramah politik mereka lantaran hari ini mereka dalam pakatan pembangkang maka tentunya undi rakyat terhadap pakatan tersebut juga dikhuatiri berkurang kerana keinginan untuk melaksanakan hudud.

“Ini ditambah lagi dengan tentangan yang dibuat terang-terangan oleh pemimpin DAP yang sememangnya menolak pelaksanaan hukum hudud apatah lagi untuk dimasukkan dalam manifesto pakatan pembangkang, maka jadilah hari ini Pas seakan parti caca merba yang tidak ada pendirian dan semakin hilang keyakinan pada ideologi sendiri,” katanya.

Dalam hal ini, beliau menempelak pemimpin-pemimpin tertinggi Pas yang seringkali menggunakan hudud sebagai salah satu alat bagi menarik undi orang Melayu kononnya atas nama Islam.

“Dalam dunia hari ini, negara Islam manakah yang benar-benar melaksanakan hukum hudud secara total waima Arab Saudi juga amat jarang sekali mempraktikkannya dalam pentadbiran mereka.

“Inilah sebenarnya pemalsuan tentang Islam yang dilakukan oleh Pas iaitu menggunakan hudud sebagai cara menunjukkan keseluruhan Islam sedangkan sebenarnya ia adalah gimik atau sandiiwara dalam lakonan politik demi kepentingan mereka semata-mata.”

Tegasnya lagi, sekiranya benar Pas adalah sebuah parti politik yang berjuang demi menegakkan hukum Islam maka kenapa tidak saja tinggalkan perjuangan dalam pakatan pembangkang yang menolak pelaksanaan negara Islam dan kemudiannya bergabung bersama UMNO atas nama perpaduan bangsa Melayu.
“Fikirkanlah apa peranan DAP dalam pakatan pembangkang yang sehingga hari ini dilihat semakin menjinakkan Pas dalam urusan-urusan berkaitan Islam sehinggakan idealoginya juga boleh diubah begitu saja.

“Bayangkanlah, adakah parti sedemikian yang mahu diletakkan sebagai jaminan untuk masa depan negara dan generasi akan datang sedangkan parti terbabit tidak pernah memikirkan sesuatu yang terbaik buat rakyat.”

Dalam masa yang sama, beliau turut menggesa rakyat memikirkan kembali peranan UMNO yang sentiasa berusaha memperjuangkan agama, bangsa dan negara sehinggakan Malaysia dikenali dan dikagumi dimata dunia.

“Gambaran kepimpinan bangsa Melayu dengan Islam sebagai agama rasmi Malaysia telah terkenal di peringkat antarabangsa sehinggakan bukan hanya negara-negara Islam termasuk di Timur Tengah kagum malahan negara-negara maju seperti Amerika, Britain, Jepun dan China hormat dan menjadikan negara kita sebagai model contoh yang sentiasa dalam perhatian mereka.

“Janganlah kita mahu menjadikan bangsa kita sebagai korban kerana kerakusan terhadap kuasa dan politik serta mempraktikkan Islam dengan fikiran jumud yang akhirnya akan merugikan bangsa kita sendiri ekoran tiada perpaduan dan berpecah-belah.” – MediaUMNO

Dap Niat Mahu Pecahkan Perpaduan Melayu

Cadangan Dap yang berkemungkinan meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi majoriti Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti adalah satu strategi pembangkang untuk menggagalkan usaha mencapai perpaduan di kalangan masyarakat berbangsa Melayu.

Penganalisis politik tempatan, Prof. Dr. Ahmad Atory menyatakan bahawa sudah menjadi impian Dap untuk mencapai kuasa dan tentunya strategi sedemikian dibuat berikutan iktibar daripada kemenangan pakatan pembangkang di Perak dalam PRU-12 lalu yang meletakkan wakil dari Pas sebagai menteri besarnya.

“Kali ini tentunya Dap mahukan wakil daripada partinya sendiri yang berkuasa lantaran Undang-undang Tubuh Negeri mensyaratkan bahawa menteri besar mestilah dilantik di kalangan orang Melayu apatah lagi, mereka mahukan sokongan daripada bangsa Melayu sendiri,” katanya kepada UMNO-Online.

Jelasnya, Dap sudah lama bercita-cita untuk memecahkan perpaduan di kalangan orang Melayu kerana mereka sedar perpaduan tersebut adalah kunci kekuatan yang selama ini gagal untuk ditembusi oleh mereka.

“Hari ini mereka telah putuskan untuk meletakkan calon Melayu di kalangan para pengundi yang majoritinya Melayu bagi memberikan saingan kepada calon Barisan Nasional (BN) sama ada Melayu atau bangsa lain, tetapi secara tidak langsung memberikan saingan kepada orang Melayu untuk membuat pilihan dan dalam masa yang sama pengundi Cina akan beralih kepada parti tersebut,” katanya.

Hari ini, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Negeri Selangor, Khalid Abdul Samad mendedahkan bahawa DAP mencadangkan meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi majoriti Melayu dalam pilihan raya akan datang kerana mereka mahu pecahkan imej daripada parti satu kaum kepada parti semua kaum.

“Inilah taktik Dap yang mahu memainkan peranan sebagai parti dominan di kalangan pakatan pembangkang termasuklah mahukan anggotanya menjadi calon dalam kerusi-kerusi tertentu biarpun di kawasan yang pengundinya adalah majoriti Melayu.

“Sebelum ini Dap tidak pernah bertanding dalam jumlah yang banyak untuk pilihan raya umum tetapi pada perkiraan saya, untuk akan datang mereka akan meletakkan calon yang lebih ramai termasuklah calon-calon yang terdiri dari orang Melayu sendiri,” ujarnya.
Dalam PRU-12 lalu Dap memenangi 28 daripada 47 kerusi yang ditandingi selain menerajui kepimpinan Pulau Pinang apabila Setiausaha Agungnya diangkat menjadi Ketua Menteri.
“Usha Dap untuk memancing orang Melayu sebagai calon sebenarnya sudah lama dilakukan dan kita juga tidak hairan jika dalam PRU-13 nanti ada orang Melayu mewakili Dap menentang calon UMNO atau BN sendiri.
“Ini semua akan berlaku apatah lagi dalam pakatan pembangkang tidak ada suara-suara yang berani untuk menyanggah perancangan Dap khususnya dalam usaha parti tersebut melebarkan sayapnya,” katanya.

Selain itu, dalam perasmian serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Dewan Merdeka, hujung bulan lalu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin juga telah mengingatkan orang Melayu agar berwaspada, jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP yang disifatkan sebagai parti paling rasis.

Katanya, Dap menarik orang Melayu untuk menyertai parti itu dengan ditawarkan jawatan dalam parti dan dijanjikan menjadi calon pilihan raya selain jika menang, mereka berpeluang dilantik sebagai ahli Exco atau Menteri Besar di negeri-negeri tertentu sedangkan tujuan sebenar bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu tetapi DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP. – MediaUMNO

Umum Ke-13 (PRU13) nanti sebagai satu langkah yang tidak wajar.pihaknya tidak akan tunduk kepada tuntutan itu kerana langkah tersebut masih belum dapat diterima oleh masyarakat selain ia bukan satu jaminan DAP akan memperoleh kemenangan dalam PRU13.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya tidak akan tunduk kepada tuntutan itu kerana langkah tersebut masih belum dapat diterima oleh masyarakat selain ia bukan satu jaminan DAP akan memperoleh kemenangan dalam PRU13.

Beliau yang mengakui bahawa cadangan DAP tersebut ada dibincangkan dalam mesyuarat bersama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun pihaknya beranggapan ia sukar dilaksanakan dan memerlukan masa.

‘‘DAP (letakkan calon Melayu di kerusi majoriti Melayu) kerana mereka mahu pecahkan imej daripada parti satu kaum kepada parti semua kaum tetapi langkah ini memerlukan masa.


EKSLUSIF-Masalah Dalaman Pakatan Pembangkang Di Pulau Pinang Makin Kritikal

Tindakan Ketua PKR Cabang Bukit Gelugor, Lim Boo Chang keluar parti sekali lagi membuktikan bahawa masalah dalaman parti pembangkang sudah tahap kritikal sehinggakan seorang demi seorang pemimpin dan ahli mereka keluar parti.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, tindakan Boo Chang keluar dari parti ini memberi gambaran yang cukup jelas bahawa pakatan pembangkang adalah sebuah parti yang hanya mementingkan kuasa tanpa mempedulikan nasib rakyat.

“Saya sendiri telah menerima banyak aduan daripada ahli-ahli pakatan pembangkang yang menyatakan hasrat untuk keluar parti. Tunggulah, dalam masa terdekat ini saya akan dedahkan perkara ini.

“Namun apa yang pasti, pakatan pembangkang memang mengalami masalah dalaman parti yang amat serius. Apatah lagi di Pulau Pinang ini diperintah oleh mereka. Jadi, apabila ada pemimpin mereka yang keluar parti ini jelas memberi signal bahawa masalah dalaman mereka semakin tidak mampu dibendung.

“Semakin hari, ianya terdedah dengan sendirinya. Adakah kali ini mereka masih mahu terus menuding jari kepada UMNO dan BN sedangkan orang mereka sendiri yang sudah jelak dan muak dengan karenah mereka,” ujar Zainal.

Sekiranya ada pemimpin UMNO yang keluar parti, sudah pasti berita ini akan digembar-gemburkan dan melemparkan pelbagai tohmahan tetapi apabila ada pemimpin mereka yang keluar parti, mereka hanya membisu.

“Dahulu apabila Ahli Parlimen Bayan Baru keluar parti, mereka menganggap ini masalah terpencil. Kini apabila semakin ramai pemimpin mereka yang keluar parti, adakah ini masih masalah terpencil ataupun gambaran sebenar bahawa pakatan pembangkang memang bermasalah.

“Ini juga secara tidak langsung menunjukkan pakatan pembangkang dikawal sepenuhnya oleh DAP. PKR dan PAS hanyalah parti yang melukut di tepi gantang.

“Rakyat Pulau Pinang harus sedar dan bangkit bahawa selama tiga tahun berkuasa, pakatan pembangkang langsung tidak membawa manfaat atau membela nasib rakyat. Apa yang mereka tahu hanya tamak dengan kuasa.

“Sekarang ini mereka sudah semakin terdesak apabila menyedari bahawa PRU semakin hampir. Tindakan Boo Chang menambahkan lagi tekanan mereka.

“Saya menyeru kepada rakyat Pulau Pinang, nilailah dengan mata hati adakah pakatan pembangkang masih layak untuk diberi kuasa memerintah pada PRU akan datang. Janji mereka pada PRU lalu juga hanya retorik dan berlandaskan penipuan semata,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini, Boo Chang mengumumkan keluar parti apabila menyedari bahawa pakatan pembangkang sentiasa berjanji kosong. Beliau mula hilang keyakinan apabila mendakwa Lim Guang Eng memberikan kata dua kepada pemimpin pakatan pembangkang yang tidak bersetuju dengannya selain bosan dengan sikap mereka yang tidak menjaga kebajikan rakyat.

Katanya, hakikat sebenar ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang hanya bersandarkan kepentingan politik masing-masing memandangkan idealogi mereka sangat berbeza.
Selain keluar parti, Boo Chang juga mengumumkan meletak jawatan sebagai ahli majlis perbandaran Pulau Pinang, jawatan yang dilantik oleh PKR. -MediaUMNO

PM: Kerajaan Lulus Dana RM400 Juta Bantu Syarikat Bas Henti-Henti

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kerajaan telah meluluskan dana berjumlah RM400 juta bagi membantu syarikat bas henti-henti yang sedang menghadapi masalah kewangan di dalam meneruskan operasi mereka.

Perdana Menteri berkata dana yang diluluskan itu akan diurus oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang merancang untuk mengagihkan sejumlah RM100 juta pada suku pertama 2012.

“Untuk fasa pertama, dana bantuan itu akan digunakan untuk membantu syarikat-syarikat yang bermasalah di Selangor diikuti dengan negeri-negeri lain seperti Negeri Sembilan dan Pahang.

“Dana ini juga merupakan langkah interim yang diharap dapat menyelamatkan perkhidmatan bas henti-henti, demi kepentingan rakyat yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan melalui SPAD akan memulakan rundingan dengan pengusaha bas terlibat untuk membincangkan kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

Perdana Menteri berkata ia penting untuk mencari penyelesaian jangka panjang bagi membolehkan pengusaha terlibat terus beroperasi, berteraskan kepentingan pihak pengusaha dan juga pengguna.

Beliau menjelaskan antara kaedah yang akan dibincangkan adalah penggunaan dana yang diluluskan sebagai subsidi mengikut per kilometer.

Menurutnya langkah itu perlu memandangkan beberapa syarikat bas yang menjalankan operasi bas henti-henti terutamanya di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang kini menghadapi masalah untuk mengekalkan perkhidmatan disebabkan masalah kewangan.

“Kerajaan menyedari impak perkhidmatan bas kepada pengguna pengangkutan awam dan sehubungan itu, SPAD akan terus komited untuk mencari penyelesaian komprehensif bagi menangani masalah yang timbul.

“Langkah-langkah itu adalah selaras dengan prinsip Rakyat Didahulukan yang sentiasa menjadi pendekatan kerajaan,” kata Perdana Menteri.

Jejai & Fasha Sandha umum tarikh nikah

Hubungan cinta antrara aktres cantik, Fasha Sandha dengan Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai bukan satu rahsia. Meskipun pasangan yang terkenal dengan status ‘on-off’ ini seringkali cuba menyembunyikan perhubungan mereka, namun ‘haruman cinta’ mereka pasti dapat dihidu sedari tanah Malaya hinggalah nun jauh ke Borneo, pendek kata 1 Malaysia tahu.

Terbaru, sekeping foto menunjukkan fasha mengenakan busana pengantin tersebar di beberapa laman gosip, dikongsi bersama ribuan pengguna laman sosial. Sudah tentu kalau ia melibatkan aktres jelita berbakat dan berkalung kontroversi ini, sekeping foto pasti sensasi, sekeping foto pasti cetus banyak spekulasi, yang antaranya menyatakan bahawa aktres kelahiran Johor Bharu ini bakal menamatkan zaman solo pada 12 februari 2012. Malah ada yang menebak, pelakon filem ‘Anak Halal’ ini akan mendirikan rumah tangga pada hari lahirnya, 28 Mac 2012.

Berkesempatan menemui Fasha baru-baru ini lewat sidang media filem ‘Penanggal’ di Restauran Al-Andalus Jumaat lalu, fasha yang datang lewat pada itu kerana baru selesai shooting menafikan khabar angin yang mengatakan dia akan berkahwin pada tarikh tersebut namun mengakui bakal menamatkan zaman solo tahun hadapan.

“Setahu saya, memang tidak akan berlangsung apa-apa majlis pada awal tahun hadapan baik pada Februari mahupun Mac. Kerana pada Februari saja, saya sibuk dengan penggambaran dengan drama ‘Seindah Sakura’ yang akan menjalani penggambaran di Paris,”

“Apa yang saya boleh katakan, saya memang akan menamatkan zaman solo tahun hadapan, namun saya tidak boleh mengumumkan tarikh sebenar hari tersebut. Saya berjanji, bila tiba masanya, saya akan mengumumkan juga berita baik ini kepada semua,” tutur bicara aktres berusia 27 tahun sambil menguntum senyuman.
Bertuah badan.. hehehe

Jelas Fasha lagi, dia bukan sengaja mahu menyembunyikan berita ini jauh sekali mencetus teka-teki sebaliknya, dia mahu mengambil langkah berjaga-jaga kerana tidak tahu bagaimana agaknya percaturan masa depan. Walaubagaimanapun, jauh di sudut hatinya mengharap, agar semua mendoakan kebahagiaan berpihak pada dirinya.

Berkongsi sedikit perancangan hari bahagianya kelak, ingin lari daripada temasya perkahwinan selebriti gah atas dasar tajaan, Fasha tanpa berselindung mengakui tidak mahu perkahwinannya ditaja oleh mana-mana pihak sebaliknya lebih senang menggunakan duit sendiri dan melangsungkan majlis penuh sederhana.

“Saya seboleh-bolehnya tidak mahu mengadakan majlis pertunangan sebaliknya mahu terus bernikah dan bersanding,” ujarnya lagi.
Bahkan Fasha juga dilihat seakan sudah bersiap sedia melayari alam rumah tangga apabila nekad mahu mengurangkan aktiviti seni selepas bergelar isterikerana mahu fokus pada rumahtangga dan keluarga.

“Saya akan mengurangkan sedikit aktiviti seni, beri tumpuan pada suami dan keluarga dan bercadang untuk memperkembangkan perniagaan salun saya,” ujar Fasha mengakhiri perbualan.

Marion Counter dapat anak perempuan


Marion Caunter, seorang pengacara, VJ, dan personaliti TV telah selamat melahirkan bayi perempuan baru-baru ini. Berita gembira ini disampaikan melalui laman Twitter rasmi milik Marion.

Marion Rose Caunter Abdullah telah berkahwin bersama SM Nasarudin pada 17 Disember tahun lepas. Untuk pengetahuan, SM Nasarudin adalah CEO syarikat NAZA dan mereka berdua telah bercinta selama 5 tahun sebelum mengumumkan perkahwinan mereka pada tahun lepas.

Nilai sikap Anwar-Rahim Tamby Chik

Rakyat perlu menilai secara mendalam sikap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering berdolak-dalik setiap kali timbul isu membabitkan peribadi beliau. 

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, Anwar akan menggunakan pentas ceramah dan kepandaiannya ‘bermuka-muka’ untuk menarik sokongan rakyat, sedangkan dengan jelas beliau menghadapi krisis personaliti yang amat teruk.

Rahim yang juga Pengerusi RISDA berkata, tindak tanduk bekas pemimpin yang pernah dipenjarakan kerana kes liwat itu juga membuktikan bahawa beliau hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu untuk membuktikannya.

“Kita semua tahu perangai Anwar apabila membuat tuduhan atau satu fakta baru yang kena mengena dengan dia, akan habis-habisan menafikannya dalam ceramah di seluruh negara, dia memang hebat berceramah sehingga pendengar terpesona.

“Bila saat kritikal, bila mana kena buktikan mengikut Islam dia tidak mahu sedangkan rakyat mahukan kebenaran, inilah Anwar, hipokrit.

“Di luar bercakap seolah-olah dialah yang paling alim, semua tohmahan tidak benar. Sebagai contoh dalam kes Saiful Bukhari, Datuk T dan terbaru, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dia tidak berani bersumpah untuk membuktikan kebenaran,” katanya.

Akhbar hari ini melaporkan, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba mencari alasan untuk tidak menyahut cabaran Dr. Mahathir supaya bersumpah bagi membuktikan dakwaannya bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia bagi meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999.

Pailang aka Samseng aka Gangster SAMM aka Pakatan Rakyat

Kelakar woiii aku tengok budak nihh.. cam bagus jer..
Inilah Pailang aka Samseng aka Gangster SAMM aka Pakatan Rakyat.. kihkihkih.. dah bosar sangat raso ehhhh.. dh kuat bonar agak ehhhh.. nasib baiklah aku xdo maso nih... kut x... dio tahulah langit tu tinggi rondah camno... kurang didikan agak ehhh budak ni... spek mato pun boli uptown..

p.s : posan den.. jgn kurang ajar dgn org tua.. brani kerana bonar.. takut kerana salah.. kut ekau x salah buek apo ekau nk tunjuk lagak.. nak naik tangan.. kut ekau x kono tangan dh kiro nasib baik dah

layan video kek bawah ni yo..

Sah-Adam anak ikan ANWAR




Dah terang lagi bersuluh... tak payah nk nafi2kan kan lagi Adam..
Tak payah katakan kau tu perjuangkan hak mahasiswa2..
Mengaku jelah yg kau ni KUDA tunggangan Anwar.. kihkihkih..
Mak Ayah kau habiskan duit suh kau blajar.. ini x.. baru umur setahun jagung, dh kurang ajar..
buat malu keluarga kau ajer...

Adam akan dikenakan tindakan-UPSI

budak rambut kaler2 yg kurang ajar & biadap
TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat seorang pelajarnya yang didakwa bersikap biadap menurunkan bendera memaparkan gambar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam kejadian di Dataran Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, Sabtu lalu.


Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Zakaria Kasa berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Prof Madya Dr Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, sedang mengumpul bukti termasuk gambar yang disiarkan beberapa laman blog berhubung pembabitan pelajar terbabit sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.
Katanya, selepas penyiaran berita dan gambar berhubung pembabitan pelajar UPSI terbabit, pihak universiti beberapa kali cuba mencari dan menghubungi pelajar berkenaan untuk mendapatkan penjelasan tetapi tidak berhasil kerana telefon bimbitnya ditutup selain tiada di sekitar kampus.

“Pihak universiti sendiri tidak merestui perbuatan pelajar terbabit apatah lagi bakal menjadi pendidik. UPSI memberi jaminan akan mengambil tindakan sewajarnya kerana jika benar dia bertindak demikian, ia jelas menjatuhkan imej UPSI pada mata masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima memorandum bantahan dari UMNO Bahagian Tanjung Malim bersama parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wakil penduduk meminta UPSI mengambil tindakan tegas terhadap pelajar itu di depan universiti terbabit, semalam.

Pelajar semester lima Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) berusia 23 tahun yang juga peserta demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), didakwa menurunkan bendera tertera gambar Najib serta menggantikannya dengan bendera perhimpunan berkenaan Sabtu lalu. 
Kejadian dikatakan berlaku apabila kumpulan mahasiswa membabitkan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) berhimpun bagi menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi menuntut pemansuhan AUKU.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, yang mengetuai penyerahan memorandum berkenaan berkata, kejadian itu jelas menunjukkan sikap biadap pelajar terbabit sekali gus menjejaskan nama baik institusi pengajian tinggi awam (IPTA) khususnya UPSI.

Tuesday 6 December 2011

Khatan Percuma Pemuda UMNO 2011

Gambar hiasan

Khatan Perdana Pemuda UMNO 2011

KEPADO WARIH-WARIH YANG ADO ANAK YG NAK DISUNATKAN,APO LAIE JOM HANTAR ANAK-ANAK KE PROGRAM SUNAT PERCUMO

terbuka kpd anak2 tuan2 & puan2

Anjuran : Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau.
Dengan Kerjasama : Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) & Persatuan Perubatan ISLAM Malaysia caw. N.Sembilan.
Tarikh : 11 Disember 2011 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 6.00 ptg
Tempat : SK Taman Tuanku Jaafar
Perasmian : YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Sasaran Peserta : 200 org kanak-kanak
Doktor/MA : 30 orang
Program Khas : Pemeriksaan Kesihatan Percuma.
Untuk Pendaftaran hubungi Pej. Parlimen Rembau 066857001 atau Sdr. Adira Abdullah 0172732307. Terima Kasih.

Permohonan dan borang bantuan tunai RM500 mulai 10 Dis

1.Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat. 

2.Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu: 

Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; 

Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; 

Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan 

Warga emas sebatang kara 

3.Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon. 
4. 
Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan. 
5. 
Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM. 
6. 
Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012. 
7. 
Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion. 
Kementerian Kewangan Malaysia 
30 November 2011 


Nik Anis Soraya @ Taiping Mali 

Friday 2 December 2011

Mat Sabu jadi tukang salak DAP


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kini layak digelar ‘tukang salak DAP’ apabila sanggup dipergunakan untuk menghina dan memperlekehkan siapa saja yang menyinggung DAP sehingga ke tahap menyerang kaum seagama dengannya.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata  UMNO tidak menyerang kaum-kaum yang lain dan yang lebih buruk ialah  Mat Sabu yang menyerang bangsa dia sendiri dan menghina pejuang-pejuang, bekas polis, tentera dan sebagainya.
Menurut beliau UMNO yang berpegang kepada pendekatan wasatiyyah bukan sahaja menjaga hak dan kepentingan Melayu tetapi juga kaum-kaum lain di negara ini dan bekerjasama membina negara yang berdaulat.
“Apa yang telah kita bincangkan itu bukan menyerang bangsa lain tetapi menyatakan bahawa parti macam DAP ini sebenarnya rasis  dan bukannya kaum Cina sebab kita dengan kaum berkenaan tidak ada masalah.
“Kita bersama dengan kaum-kaum lain bersatu dan bekerjasama membina negara yang berdaulat tetapi yang masalahnya adalah DAP sebab pendekatan mereka, kenyataan mereka  yang rasis, pendirian mereka dan kita nampak Mat Sabu seorang penyokong tegar mereka. Kenapa? Mat Sabu seolah-olah tidak ada pegangan sanggup menyerang sesiapa pun demi kuasa dan kepentingan politik,” katanya.
Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu mendakwa, ucapan dan perbahasan dalam perhimpunan agung UMNO yang sedang berlangsung menggambarkan agenda sebenar ‘perkauman’ parti pemerintah.
Tegas Khairy lagi, Mat Sabu  rela menjadi “pak turut” kepada DAP semata-mata mahu memastikan mereka mendapat kuasa.
“Dulu dia serang Anwar ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri,  tetapi hari ini dia rela menjadi “pak turut” kepada DAP,  balaci kepada DAP semata-mata mahu pastikan mereka memerintah. Tidak ada pegangan langsung,” katanya.
Beliau seterusnya menambah tumpuan pembangkang terhadap perhimpunan agung UMNO membuktikan parti pemerintah itu masih relevan dan menjadi igauan ngeri kepada parti pembangkang.
“Kalau kita tengok dalam ceramah mereka, pelbagai kata dilontarkan kononnya UMNO tidak lagi relevan, UMNO sudah tidak diterima oleh rakyat dan sebagainya kenapa mereka takut sangat dengan apa yang kita cakapkan di sini. Ini membuktikan UMNO terus menjadi relevan kepada seluruh rakyat Malaysia

Kerajaan PKR Selangor tunai janji PRU12?


“Bila rumah tidak berketua,
celaka datang bala menimpa, 
bila negeri pemimpin kurang bijaknya, 
alamat hidup aniaya menganiaya.’

Itulah rangkap pantun yang dilontarkan oleh wakil Selangor, Datuk Johan Abd. Aziz bagi menggambarkan nasib rakyat Selangor di bawah pentadbiran kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebenarnya menipu rakyat kerana gagal menunaikan janji-janji dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) lalu.

Menurut Johan, kegagalan dan kerakusan kerajaan PKR di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menjadikan Selangor, negeri paling maju di negara ini muflis.

Jelasnya, pakatan pembangkang dalam manifestonya pernah berjanji akan membuka tabung permulaan sebanyak RM100 bagi setiap kelahiran anak Selangor.

Bagaimanapun, katanya, persoalan timbul apabila laporan Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas) menunjukkan, sehingga 16 April 2010 hanya 300 bayi yang mendapat kemudahan tabung tersebut.

“Mereka juga berjanji akan memberikan bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri, memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan prasekolah, elaun kepada ibu-ibu tunggal yang layak dan elaun khas kepada suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka sekiranya diberi amanah memerintah negeri Selangor.

“Dah perintah pun, tak pernah dapat pun, sudah tiga tahun memerintah. Malah, Wan Azizah (Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ibrahim) baru-baru ini berjanji di Johor akan memberi RM1,000 kepada setiap rumah. Adakah kita masih leka dengan janji-janji palsu pakatan pembangkang ini?,” soalnya ketika membahaskan usul ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2011.

Thursday 1 December 2011

LIVE-Menteri Besar N9 di PAU

Barisan Kepimpinan UMNO
Pemimpin yang kita sayangi
Bersatu kita bersatu, dengan setia berganding bahu
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO N9 bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia
Lawatan ke bilik Media RTM
Temuramah TV3 mengenai ucapan dasar Presiden

Noramfaizul terima Anugerah Kesatria Terbilang


Pergerakan Pemuda UMNO hari ini memberi penghormatan tertinggi kepada jurukamera Bernama TV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor melalui Anugerah Kesatria Terbilang sempena Persidangan Perwakilan pergerakan itu di sini hari ini.

Allahyarham yang terkorban sebagai wira ketika menyertai misi kemanusiaan di Somalia pada 2 September lalu, adalah penerima kedua anugerah tersebut sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2009.

Anugerah disampaikan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kepada isteri Allahyarham, Norazrina Jaafar, 37, sebelum bermulanya persidangan pergerakan itu di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Suasana hiba menyelubungi dewan ketika klip video mengenai Noramfaizul dimainkan sehingga meruntun perasaan para perwakilan manakala ibu bapa Allahyarham, Mohd. Nor Yassin, 66, dan Naemah Abdul Majid, 63, yang turut hadir, dilihat menutup muka tidak dapat menahan kesedihan.

Keadaan dewan senyap seketika apabila para perwakilan bertafakur dan membacakan al-Fatihah untuk Allahyarham.
Noramfaizul, 39, yang menaiki kenderaan pacuan empat roda terbunuh akibat terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan semasa menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia di negara bergolak itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sabak Bernam, Abdul Samad Dawood pula menerima Anugerah Khas Pemuda sebagai menghargai keberaniannya menyelamatkan seorang kanak-kanak yang dibawa arus deras sungai dalam satu insiden Jun lalu.

Sempena pemberian anugerah itu, Abdul Samad, 36, yang juga bapa kepada tiga anak, menerima penghormatan pemakaian tengkolok daripada Khairy sambil diberi sanjungan berdiri (standing ovation) oleh para perwakilan.-Utusan

Wakil asing sokong Presiden UMNO


Ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan agung parti, di sini hari ini, dilihat perwakilan asing sebagai ucapan berwawasan bukan saja untuk UMNO tapi juga Malaysia.

Naib Presiden sayap Sukarelawan Parti Nasionalis Bangladesh, Mahbud Alam berkata dasar yang terkandung dalam ucapan itu mampu membawa Malaysia jauh ke hadapan.

"Ucapan Presiden menunjukkan masa depan yang positif untuk negara, yang mana bagus untuk pilihan raya umum akan datang,” katanya kepada pemberita.

Mahbub berkata, demokrasi dalam parti adalah aspek yang diperlukan untuk membangunkan Malaysia, iaitu sebuah negara Islam contoh, dengan jayanya.

Beliau berkata, Malaysia antara yang disenaraikan sebagai negara terkenal di Bangladesh dan memiliki pemimpin yang hebat seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib.

Wakil Persatuan Kebangsaan Kenya, Prof. Philip Kaloki menganggap ucapan Najib menyuntik semangat khususnya berkenaan ekonomi.

"Ini sebuah parti yang berdaya maju dengan dasar yang mampu meningkatkan taraf hidup rakyat,” katanya.
Katanya, terdapat banyak perkara seperti politik dan kepimpinan negara yang boleh dipelajari negara-negara Afrika khususnya Kenya, daripada Malaysia.

Pandangannya dikongsi Penasihat Khas Kebangsaan Parti Demokratik dan Liberal Mamafisoa dari Madagascar, M. Rakotonirainy Zaka yang menyifatkan ucapan itu sebagai ucapan seorang pemimpin sebenar.

Jangan terpedaya


Rakyat Malaysia tidak patut terikut-ikut dengan amalan demokrasi yang diuar-uarkan pembangkang kerana demokrasi yang diamalkan di Malaysia adalah bersesuaian dengan prinsip dan nilai ketimuran.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, rakyat perlu mempertahankan hak untuk memilih, dan tidak meniru amalan demokrasi di negara lain secara membabi buta, yang akhirnya akan merosakkan keamanan yang dikecapi negara selama ini.

"Pembangkang yang begitu terdesak kini banyak menggunakan kaedah tidak demokratik bagi menjatuhkan kerajaan seperti membawa rakyat ke jalanan untuk menunjuk perasaan mencabar kerajaan.

"Kita juga amal demokrasi, tapi ikut cara kita. Kita nak jadi negara maju ikut acuan kita. Jika ada amalan baik di negara-negara maju, kita contohi. Amalan yang tak sesuai dengan budaya ketimuran kita, itu kita tolaklah,” katanya ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Mukhriz berkata, adalah tanggungjawab ahli UMNO untuk menerangkan fakta sebenar kepada rakyat agar mereka faham dan tidak terpedaya dengan tipu helah pembangkang yang kononnya memperjuangkan demokrasi